Baru-baru ini saya bertemu rakan seasramah dahulu dalam satu program majlis raya di pedalaman ini. Lama juga kami tidak bersua puluhan tahun. Kami pun sembang saling bertanya kabar dan perkembangan kehidupan masing-masing dengan panjang lebar.
Cerita kami berkisar tentang kisa-kisah kami diasrama, kerjaya dan keluarga. Seronok rasanya mengimbas nostalgia zaman sekolah . Masa itu saya dalam tingkatan 4 dan dia pula dalam tingkatan 3. Ketika saya dalam tingkatan 5, saya berpindah semula kesekolah lama didaerah sendiri menyebabkan kami terus terputus hubungan.
Dengan izin Tuhan kami bertemu semula setelah diusia hampir emas. Menurutnya dia bertugas dibahagian pentadbiran disalah sebuah sekolah didaerahnya. Anaknya kesemua tujuh orang dan sudah memiliki beberapa orang cucu.
Katanya dia sudah berpisah dengan suaminya dan kini berstatus ibu tunggal. Kesemua anak dia jaga. Bekas suaminya pula sudah keluar negara kerana bekerja disana. Saya tidak bertanya punca apa dia berpisah.
Saya bertanya pada sahabat ini, kiranya masih ada jodoh apakah dia masih mahu berkahwin lagi? Jawabnya " JIKA BOLEH DIA TIDAK INGIN BERKAHWIN LAGI , " KEHIDUPAN LEBIH DAMAI, TIADA YANG MARAH-MARAH, TIADA YANG MENDERA JIWA, HUBUNGAN DENGAN ANAK-ANAK LEBIH MESRA dan banyak lagi alasan-alasan kenapa dia tidak mahu berkahwin lagi.
Pandangan peribadi saya tindakannya untuk tidak berkahwin lagi adalah satu keputusan selesa dan saya boleh bayangankan kehidupan dia lebih tenang dan bahagia bersama anak2 dan cucu. Kerana berkahwin lagi belum tentu menjanjikan bahagia atau menyelesaikan segala masalah. Mungkin masalah lain bakal muncul dan mungkin sebaliknya.
Memang benar kata-kata sahabat saya, banyak contoh yang di lihat berlegar disekitar kehidupan macam2 hal. Saya mendoakan sahabat ini agar hatinya sentiasa cekal dalam mendepani cabaran hidup. Dia pasti sudah MERDEKA dari penderaan emosi.
Memang benar kata-kata sahabat saya, banyak contoh yang di lihat berlegar disekitar kehidupan macam2 hal. Saya mendoakan sahabat ini agar hatinya sentiasa cekal dalam mendepani cabaran hidup. Dia pasti sudah MERDEKA dari penderaan emosi.
No comments:
Post a Comment