Pintu masuk Taman Sepilok |
Baik juga jalan-jalan cari angin. Kali ini aku ke sandakan menghadiri majlis hari potensi kanak2 Tabika Kemas peringkat Negeri dan daerah Sandakan sebagai tuan rumah. Kali ini aku ditemani seorang rakan dari jabatan pendidikan. Mujur program ini berlangsung waktu cuti UPSR jadi rakan ini kebetulan sedang bercuti. Nasib baik dia sudi menemani aku jika tidak lugai-lugai keseorangan memandu selama 6 jam. Rombongan guru2 dan murid2 Tabika pula, menaiki bas sewa. Aku paling malas tumpang kereta orang kecuali terpaksa. Aku lebih selesa memandu kereta sendiri biar pun berjam-jam lamnya, lebih enjoy orang bilang..
Suasana ditaman sepilok ini masih seperti dulu tidak pernah sunyi dengan kehadiran pengunjung, tapi sayangnya kali ini tidak berkesempatan bertemu Orang Hutan kerana ketibaan kami kelokasi agak lewat dalam sekitar jam 11.30 pagi. Kata penjaga orang hutan itu, spesis itu baru saja dilepaskan kedalam hutan sekitar jam 11 pagi tadi. Dia mengingatkan kepada pengunjung jika ingin bertemu dengan orang hutan itu jadualnya dalam sekitar jam 10 pagi dan jam 2 pada sebelah petang. Alahai tiada rezeki kali ini. Hanya berfoto dengan replikanya pun tak apalah lain kali saja.
Sebenarnya dalam Taman ini banyak lagi spesis haiwan yang boleh dilihat tetapi kenalah masuk kedalam taman itu dengan berjalan kaki jauhnya ratusan meter. Jika dilihat dalam pelan yang tertera dipintu masuk agak jauh juga. Memandangkan masa tak mengizinkan kami terpaksa melupakan hasrat untuk melihat spesis2 itu.
Tunggulah waktu lain.
Replika orang hutan sebagai tanda kenangan saja |
No comments:
Post a Comment