Monday, 4 September 2017

KERONCONG KUALA LUMPUR

Malam ini menonton filem klasik lakonan Allayarham Tan Sri P. Ramli "ANAK BAPAK". Sudah lama rasanya tidak menonton filem2 Tan Sri P. Ramli. Dalam filem ini terselit sebuah lagu kesukaan saya bertajuk " KERONCONG KUALA LUMPUR" lagu ini sungguh mengusik kalbu Iramanya mendayu-dayu melayangkan ingatan ke zaman kanak-kanak. Waktu yang sudah jauh ditinggalkan terkenang deretan pohon-pohon getah dibelakang rumah dan terbayang arwah ayah dan ibu sedang menoreh getah. Aduhh sungguh sebak bila mengenang.

Kata orang tanda-tanda orang sudah berjiwa tua apa bila sering teringat masa-masa lalu, sering datang mengusik-ngusik kalbu, benar kah begitu? Semua insan banyak kenangan beranika warna itu pasti dan normal. 

Sunday, 3 September 2017

SEPILOK ORANG HUTAN

Pintu masuk Taman Sepilok
30hb ogos , kali ini sempat meluangkan masa ke taman Sepilok sebelum meneruskan perjalanan pulang ke daerahku keningau. Kali terakhir aku berkunjung ke sini pada tahun 2006 bersama rombongan jabatan, sudah agak lama juga tidak kesini kerana asyik kesuntukan waktu.

Baik juga jalan-jalan cari angin. Kali ini aku ke sandakan menghadiri majlis hari potensi kanak2 Tabika Kemas peringkat Negeri dan daerah Sandakan sebagai tuan rumah. Kali ini aku ditemani seorang rakan dari jabatan pendidikan. Mujur program ini berlangsung waktu cuti UPSR jadi rakan ini kebetulan sedang bercuti. Nasib baik dia sudi menemani aku jika tidak  lugai-lugai keseorangan memandu selama 6 jam. Rombongan guru2 dan murid2 Tabika pula, menaiki bas sewa. Aku paling malas tumpang kereta orang kecuali terpaksa. Aku lebih selesa memandu kereta sendiri biar pun berjam-jam lamnya, lebih enjoy orang bilang..

Suasana ditaman sepilok ini masih seperti dulu tidak pernah sunyi dengan kehadiran pengunjung,  tapi sayangnya kali ini tidak berkesempatan bertemu Orang Hutan kerana ketibaan kami kelokasi  agak lewat dalam sekitar jam 11.30 pagi. Kata penjaga orang hutan itu, spesis itu baru saja dilepaskan kedalam hutan sekitar jam 11 pagi tadi.  Dia mengingatkan kepada pengunjung jika ingin bertemu dengan orang hutan itu jadualnya dalam sekitar jam 10 pagi dan  jam 2 pada sebelah petang. Alahai tiada rezeki kali ini. Hanya berfoto dengan replikanya pun tak apalah lain kali saja.

Sebenarnya dalam Taman ini banyak lagi spesis haiwan yang boleh dilihat tetapi kenalah masuk kedalam taman itu dengan berjalan kaki jauhnya ratusan meter. Jika dilihat dalam pelan yang tertera dipintu masuk agak jauh juga. Memandangkan masa tak mengizinkan kami terpaksa melupakan hasrat untuk melihat spesis2 itu.
Tunggulah waktu lain.



Replika orang hutan sebagai tanda kenangan saja

ANDAI WAKTU MAMPU DIUNDUR

Baru-baru ini saya bertemu rakan seasramah dahulu dalam satu program majlis raya di pedalaman ini.  Lama juga kami tidak bersua puluhan tahun. Kami pun sembang saling bertanya kabar dan perkembangan kehidupan masing-masing dengan panjang lebar.

Cerita kami berkisar tentang kisa-kisah kami diasrama, kerjaya dan keluarga. Seronok rasanya mengimbas nostalgia zaman sekolah . Masa itu saya dalam tingkatan 4 dan dia pula dalam tingkatan 3.  Ketika saya dalam tingkatan 5, saya berpindah semula kesekolah lama didaerah sendiri menyebabkan kami terus terputus hubungan.

Dengan izin Tuhan kami bertemu semula setelah diusia hampir emas. Menurutnya dia bertugas dibahagian pentadbiran disalah sebuah sekolah didaerahnya. Anaknya kesemua tujuh orang dan sudah memiliki beberapa orang cucu.

Katanya dia sudah berpisah dengan suaminya dan kini berstatus ibu tunggal. Kesemua anak dia jaga. Bekas suaminya pula sudah keluar negara kerana bekerja disana. Saya tidak bertanya punca apa dia berpisah. 

Saya bertanya pada sahabat ini,  kiranya masih ada jodoh apakah dia masih mahu berkahwin lagi? Jawabnya " JIKA BOLEH DIA TIDAK INGIN BERKAHWIN LAGI , " KEHIDUPAN LEBIH DAMAI, TIADA YANG MARAH-MARAH, TIADA YANG MENDERA JIWA, HUBUNGAN DENGAN ANAK-ANAK LEBIH MESRA dan banyak lagi alasan-alasan kenapa dia tidak mahu berkahwin lagi.

Pandangan peribadi saya tindakannya untuk tidak berkahwin lagi adalah satu keputusan selesa dan saya boleh bayangankan kehidupan dia lebih tenang dan bahagia bersama anak2 dan cucu. Kerana berkahwin lagi belum tentu menjanjikan bahagia atau menyelesaikan segala masalah. Mungkin masalah lain bakal muncul dan mungkin sebaliknya.

Memang benar kata-kata sahabat saya, banyak contoh yang di lihat berlegar disekitar kehidupan macam2 hal. Saya mendoakan sahabat ini agar hatinya sentiasa cekal dalam mendepani cabaran hidup. Dia pasti sudah MERDEKA dari penderaan emosi.