Satu peristiwa tidak terjangka telah berlaku disuatu petang saat aku ke pejabat untuk mengambil laptopku yang tak sempat kuambil pada hari kelmarinnya sebaik selesai urusan diluar pejabat kerana sudah lewat petang.
Keesokan harinya hari sabtu, waktu menunjukkan jam 3.35 minit petang, aku tiba dipejabat dan sebelum berlalu, aku duduk sebentar membuka laptop untuk menaip ada sedikit kerja yang hendakku siapkan. beberapa minit, aku mendengar bunyi tapak kaki kanak-kanak berlarilari berkejaran diruang karidor diluar bilik pejabat menghala kearah pejabat pendaftaran yang telah beberapa tahun dikosongkan tak jauh dari pejabat kami hanya bersebelahan saja.

Aku tak kisah dengan hal itu, kerana sangkaanku mungkin kanak2 itu mengikuti ibu atau bapa mereka kebetulan juga hari cuti umum. Kadang ada juga kakitangan jabatan yang datang ke Pejabat tersebut pada hari cuti terutama kakitangan Rtm, bunyi tapak kaki kanak2 berlari-lari itu sebentar berhenti sebentar kedengaran dan asyik ditempat yang sama. Suara bercakap atau gelak ketawa tiada pula kedengaran. Namun lamakelamaan aku rasa terganggu dengan suasana itu kerana bunyi kaki berlari-lari itu tak berhenti-henti. Buat aku hilang fokus dengan apa yang aku taip. Akhirnya aku menutup laptopku dan terus memasukkannya kedlm bag, dalam hati berkata lebih baik pulang saja.
Namun sebelum aku meninggal kan bangunan, Entah kenapa ada rasa keinginanku mencari kanak-kanak tadi, aku pun turun ke tingkat bawah melalui tangga berhampiran dengan pejabat rtm. Bangunan persekutuan ini ada dua tangga, tangga yang satu lagi kedudukannya bersebelahan dengan pejabat sprm terletak di hujung menghadap ke Jalan raya besar. Mataku melihat-lihat di sekitar bangunan mencari kanak-kanak tadi namun tiada kelihatan. Saat aku termangu berfikir tentang kanak2 itu, seorang Wanita muncul dipintu utama bangunan, dia kaki tangan jabatan akauntan, aku bertanya jika dia ada melihat kanak-kanak di sekitar bangunan.
Katanya dia baru tiba, dia bertanya padaku kenapa? Aku menceritakan apa yg berlaku sebentar tadi. Dia hanya tersenyum dan selemba berkata itu biasa berlaku dalam bangunan ini. Dia pun terus naik ke Tingkat atas menuju ke Pejabatnya. Aku masih terus berdiri disitu dalam keadaan masih tak berpuas hati. Tak lama keluar seorang sikuriti dari pjbt rtm dan tak sabar2 aku terus bertanya seperti apa yg kutanyakan pada wanita itu sebentar tadi. Dia juga berkata tiada kanak2 dalam bangunan itu sejak pagi tadi. dia menceritakan pula bahawa bunyi seperti itu sering saja kedengaran dlm bangunan itu, terutama bila waktu2 cuti dan tidak kira siang atau malam.
Sedang kami rancak berbual, dari arah pintu berdekatan dengan pejabat sprm kelihatan seorang lelaki muncul bersama dua orang anak perempuannya yang masih kecil antara 4tahun dan 3 tahun, itu budak2 kataku sambil menunjukkan jariku kearah lelaki itu, dia menoleh kearah lelaki itu dan berkata, mereka baru saja tiba.
Sikuriti itu meneruskan ceritanya tentang hal tadi, dia berkongsi cerita bos baru mereka pernah melihat kelibat seorang kanak2 lelaki dlm bangunan itu sambil menunjukkan lokasinya.
Sedang aku khyusuk mendengar cerita sikuriti rtm itu, tiba2 seorang sikuriti bertugas menjaga kawasan bangunan masuk dipintu depan bangunan dan menghampiri kami dan turut mendengar perbualan kami. dia tersenyum dan turut mencerita kan bahawa bukan setakat bunyi kanak-kanak berlari yang mereka dengar, bunyi menarik meja kerusi pun ada ditengah-tengah malam buta dan itu bukan perkara baru katanya dan terus berlalu. Peliknya rasa ingin tahu ku tidak hanya tamat disitu.

Beberapa hari kemudian aku berjumpa pula penyelia bangunan yang sudah lama bertugas dibangunan tersebut. Dia menceritakan kepadaku satu kisah duka menyayat hati telah menimpa kepada seorang kaki tangan #### pernah bertugas dibangunan tersebut. Sebelum agensi rtm itu wujud disitulah pejabat #### dahulu. Namun telah berpindah ke bangunan hospital lama yang lokasi lebih kurang 100 meter jaraknya dari bangunan Persekutuan.
Menurut Penyelia bangunan, sewaktu pejabat ### belum berpindah, pegawai itu selalu membawa dua orang anaknya ke pejabatnya setiap kali tamat sesi persekolahan sidang pagi, seorang lelaki dan seorang perempuan masing-masing berusia antara 5tahun Dan 7tahun. Dan kabarnya suatu hari Ketika pegawai itu bersama keluarganya balik kekampung halaman. keluarga ini telah ditimpa kemalangan dan kedua orang anaknya ini telah meninggal dunia ditempat kejadian. Katanya lagi mungkin apa yang berlaku dibangunan ini ada kaitan dengan semua itu. Mendengar kisah itu, barulah terlerai segala persoalan dibenakku. Ya mungkin ada benarnya juga atau entahlah semuanya Allah swt yang lebih mengetahui. Semoga roh mereka damai dialam sana.
No comments:
Post a Comment