Tuesday, 28 January 2020

CANTIK DI MATA TUHAN



Rasanya dalam dunia Ini tiada Wanita yang tak ingin kelihatan cantik, cantik luaran dan dalaman, cantik di mata manusia semuanya ingin, tak terkecuali aku wanita kampung, namun aku tidaklah seobses terlalu sehingga ke tahap melakukan sesuatu yang mencabar pada mana-mana bahagian anggota tubuh badan buat masa ini seperti yang di lakukan oleh sesetengah wanita pada zaman ini.

Dengan tujuan sentiasa terlihat awet muda, kulit kencang tiada kedut, terutamanya di bahagian wajah, bukan kerana takutkan jarum tetapi bimbang jika tidak sesuai selepas disuntik.

Ini bukan mengata tetapi kenyataannya memang begitu. Macam-macam keadaan boleh berlaku, biarlah wajah ku berkedut mengikut peredaran masa. Tak apa oles dengan mekap pun sudah memadai buat masa ini asalkan ok.

Ketuaan pada setiap manusia tak mampu di elakkan kerana itu adalah fitrah pada kehidupan. Yang muda akan tua, yang hidup akan mati. Apa pun semua itu pilihan sendiri dan hak masing-masingkan. Apa yang kita buat, kita punya hal, yang penting asalkan kita bahagia dan tak ganggu kehidupan insan lainπŸ˜…πŸ˜….
Hanya satu yang aku inginkan, Cantik di mata Tuhan.

#Jangan menangis perempuan dilorong belakang#.


Tuesday, 21 January 2020

FESTIVAL PUISI LAMPUNG INDONESIA


23hb januari -

Kini aku sudah berada di KKIA menunggu waktu untuk berlepas ke Kuala Lumpur. ketibaanku dalam sekitar jam 6.30pm di Klia2. Rakanku Kat pula dijangka tiba agak lewat dalam sekitar jam 10.30 malam. Sementara aku menunggu kat, aku berlegar mencari-cari sesuatu di sekitar bangunan, aku sebenarnya tidak berhasrat membeli-belah kerana esok akan meneruskan lagi satu perjalanan. Aku hanya membeli seutas jam tangan, jam tangan yang ku beli kali ini harganya tidaklah terlalu mahal sangat harganya bolehlah.

Setelah keletihan berlegar, aku mencari hotel ingin menginap untuk satu malam. Rancangan awal aku memang tidak menginap tergerak pula hati mencari Hotel setelah keletihan. Aku ke satu kaunter pertanyaan di aras 3, ada seorang perempuan duduk disitu, dia menunjukkan aku arah jalan menuju Hotel tersebut. Kedudukan Hotel di aras 4.  Tiba di kaunter aku bertanya jika ada bilik kosong, Jawapannya bilik dah penuh. Dia mencadangkan aku ke aras 1 mungkin disana ada bilik kosong.

Tanpa berlengah aku ke aras 1,
mencari hotel tersebut. Nampak kaunternya tak jauh dari tempat aku turun tadi. Aku terus ke kaunter dengan begitu bersemangat, lapang rasa bila staf di kaunter itu memberi tahu banyak bilik kosong. Dalam hati bersyukur tidaklah terburu-buru esok pagi dan bolehlah rehat-rehat sebelum kat tiba.

Dengan tidak selidiki dulu bagaimana keadaan bilik tersebut. Aku terus menjelaskan bayaran untuk satu malam, setelah urusan di kaunter selesai aku diberi satu bag kecil berisi sehelai tuala dan sebotol air mineral. Sebelum aku beredar meninggalkan kaunter petugas di kaunter itu memberi tahu bilik air kena turun entah dimana bla bla bla...lepas tu dia menunjukkan aku pula satu bilik berdinding kaca, terletak di hadapan kaunter, boleh juga letak bag disitu katanya, dalam bilik itu ada beberapa orang dan banyak bag, aku hanya menjawab OK. Dia menunjukkan aku arah menuju ke pintu masuk penginapan. 

Aku terus menuju ke pintu masuk mencari nombor bilik yang tertera dalam kunci. Sebaik melepasi pintu masuk aku tergamam melihat keadaan didalam seperti bilik stor, banyak kotak-kotak besi tersusun rapi dan bertingkat-tingkat. Dalam hati mulai rasa tak selesa dahlah letih mengheret bag yang agak berat, pelbagai persoalan dah berlegar dalam otak, kenapa agaknya tempat ini banyak kotak besi, fikirku tempat menyimpan barangan, mungkin ini hanya laluan menuju ke bilik tersebut. 

Aku meneruskan langkah tak sabar untuk memasuki bilik untuk berehat. Aku berjalan melalui satu lorong sambil mata memerhati pada nombor-nombor yang tertera hingga ke hujung, hairan dalam hati kenapa besi-besi ini bernombor. Aku tidak temui nombor bilik tersebut, aku patah balik menuju ke pintu utama. Aku bertanya kepada seorang perempuan yang kebetulan lalu disitu, agakku mungkin staf disitu, dia menunjukkan aku jalannya dengan hanya melalui percakapan. Aku patuh dengan apa yang di kata, aku terus berjalan masuk kelorong seterusnya berpandukan no kunci, aku jumpa satu pintu dan ada tangga, tak ada lagi laluan masuk ke mana-mana lorong, jalan mati, dalam hati berkata-kata tak kan naik tangga ini masih tak puashati. 

Aku keluar semula dari pintu kedua dan mencari perempuan tadi bertanya lagi mana satu biliknya. Katanya naik tangga di tingkat 2 disitulah bilik tersebut. Aku kembali ke tempat tadi dan terus naik tangga dalam keadaan hampir berputus asa dan letih mengheret bag yang berat. Hatiku dah kacau. 

Kakiku lenguh menaiki tangga langkahku longlai hampir tak mampu berjalan lagi, aku melintasi kotak-kotak besi mencari no bilik akhirnya aku jumpa. Dua tiga kali aku tengok no kunci dan no yang tertera dihadapan ku. Mataku berlegar memerhati di sekitar, masyahAllah dahsyatnya semuanya besi seperti berada dalam penjara biar betul.. berkata-kata lagi dalam hati sungguh mengejutkan. 

Pintunya hanya ditutupi tabir, aku selak tabir itu alangkah terkejut beruknya aku dengan keadaan bilik tersebut, bukannya bilik sesempurnanya tetapi kabin, rupanya kotak besi yang kusangkakan tempat menyimpan barang, itulah tempat tid
ur, macam tangkai air bentuk empat segi cat warna perak cuba bayangkan. 

Beberapa saat aku terpaku diluar kabin, masih rasa tak percaya itulah biliknya dengan harga RM168. 00, mengalahkan harga hotel 3 bintang, tak berbaloi langsung, kamar mandi dan tandas entah dimana lokasi. Tempat tidur pula cukup-cukup memuatkan satu sosok tubuh, aku menarik nafas panjang-panjang, memujuk hati yang teramat kecewa dengan kebodohan sendiri. Aku rasa itulah hari paling malang dalam sejarah misi mencari hotel buat seorang aku.. dalam hati mengutuk diri sendiri. Kadang manusia ini tidak mampu berfikir normal bila dalam keadaan kelam kabut. Alahai bodoh betullll. Patut pun ramai orang lebih rela tidur dibangku atau dilantai daripada tidur di tempat sebegini teruk. 😭

Perlahan-lahan aku masuk dan duduk diatas tilam, ada sebiji bantal, walau tilamnya empuk tak bisa memujuk HATIKU lagi. Ku perhati disegenap ruang Ya Allah rasa seperti berada didalam kubur, amat derita melihat suasananya, sambil berfikir.. aku menghantar whatsap pada kat tak jadi meneruskan penginapan di bilik sesempit ini. stress ku kian meningkat 100 darjah. Bimbang saja aku diserang tekanan darah rendah, sudahlah aku ni memang kurang darah.

Misi mencari hotel paling malang dalam sejarah ini pasti tak akan pudar dalam ingatan. (BILIK BESI KLIA2) tak kan berulang hanya sekali seumur hayat. 

Lebih kurang jam 10.30 malam kat menghantar whatsap dia sudah tiba. Tanpa membuang masa aku terus keluar dari kabin dan terus kekaunter mengembalikan kunci. Aku tak peduli lagi tentang kos yang telahku bayar. Aku terus mencari kat kami bertemu di aras 2 aku ajak kat duduk sebentar minum menyejukkan hatiku yang teramat keletihan gara-gara keadaan tadi. Selesai minum kami mencari teksi ke klia 1.

Esok kami berlepas melalui klia 1. Setelah berbincang dengan kat kami tidak akan menginap dimana-mana hotel lagi, kami buat keputusan hanya menginap di surau saja di aras 4. walau pun agak tak selesa namun tiada pilihan, tetap rasa lapang boleh bernafas panjang berbanding dalam kabin itu. Mujur penjaga surau itu sudi memberi ruang pada kami untuk rehat sebentar sementara menunggu esok pagi.
πŸ˜…

24hb-
jam 5 pagi kami beredar meninggalkan surau dan terus ke kaunter menguruskan tiket penerbangan ke Jakarta. Kami berempat kali ini, Dari kota Jakarta kami menaiki pesawat Lion ke Lampung namun penerbangan kami ke Lampung tertunda selama hampir 5 jam. 45 minit penerbangan dari kota Jakarta ke pulau Lampung. Dari lapangan Terbang Lampung kami menaiki kereta menuju ke pelabuhan dan kami menaiki feri ke pulau TEGAL MAS. 

Akhirnya kami tiba di pulau Tegal MAS, Alhamdulillah, dukaku di bilik besi klia2 terlerai sudah melihat keindahan pulaunya. Meski pulau ini agak hangat tetapi tidak menyumbang kesan derita pada jiwaku, sebaliknya menyumbang happy dan bahagia.. Bahagiaaaa menghayati alam ciptaan ilahi.

Kami menuju ke jeti
24hb hingga 27hb January 2020 
Mereka sudah bersiap sedia menanti ketibaan para Penyair dari pelbagai Negara. InsyahAllah semoga sukses segalanya.

Menghayati keindahan buana.. 

Antalogi yang telah siap di bukukan. Disini aku berkesempatan berkenalan dengan seorang lagi penyair tersohor dari Lampung bernama Isbeady stiawan Z.S. bertuah rasa.. Aku Penulis kerdil yang bezanya dikalangan mereka seperti langit dan bumi. Aku terus belajar tapi masih terkial-kial. 😒

BR1M ZAMAN BN


Kenangan paling manis zaman kerajaan BN, Zaman Dato Najib pasti rakyat merindui zaman ini. Semuanya kini tinggal kenangan. Ada rakyat menolak tuah, paling sadis, ada Rakyat diberi madu tapi dia membalas dengan tuba, rasalah, kerajaan hari ini bagaimana. Mana yang lebih baik, tepuk dada fikir sendiri. 


Monday, 20 January 2020

TANGGANG ANAK DERHAKA

Satu kisah yang amat pilu, kisah seorang anak derhaka kepada ibu Kandungnya sendiri. Kerana kekecewaan yang amat dalam terhadap si anak, buat si ibu menadah doa kepada Allah swt akhirnya anak derhaka ini menerima pembalasan.

Doa seorang ibu tiada hijab, justeru setiap kata-kata yang ditutur harus berhati-hati namun jika sebaliknya apa boleh buat. Hanya Allah yang lebih tahu. Anak derhaka kehidupannya tidak akan aman sepanjang hayat jangan perlekehkan, mungkin hari ini kau rasa bahagia dengan tindakan yang kau lakukan namun hari esok tiada kepastian.
Allahualam.

Perjalanan masih panjang. 

Sunday, 19 January 2020

TAHNIAH PARLIMEN KIMANIS


Satu undi, satu Negeri Sabah. 
PSS adalah satu isu yang paling panas, sepanas lahar gunung berapi yang baru meletus di Negeri Bawah Bayu. ini antara faktor menyumbang kekalahan parti warisan dalam prk yang baru lalu. 

Ini adalah satu mesej rakyat bahawa pss adalah satu hal yang begitu sensitive yang tak seharusnya disentuh oleh pihak kerajaan warisan saat prk sedang berlaku namun berlaku pula sebaliknya. 



Saturday, 18 January 2020

CERITA DONGENG: JERANGAU MERAH

     
Siri Buku Cerita Kanak-kanak
DONGENG JERANGAU MERAH
Diceritakan semula: Haini Karno


Akhirnya buku comel ini dapat dihasilkan

Cerita dongeng ini saya dengar dari orang tua-tua sewaktu saya masih zaman kanak-kanak lagi. Keseluruhan jalan cerita itu langsung saya tak ingat hanya nama Jerangau yang masih melekat dalam minda sehingga kehari ini. Kisah Jerangau itu bertukar menjadi manusia itu saja.

Cerita dongeng jerangau merah ini telah saya olah semula bercirikan kisah dan tauladan sesuai untuk bahan bacaan di peringkat kanak-kanak pra Tabika.

Tentang kasih sayang seorang anak terhadap ibunya. Anak ini sanggup bertukar menjadi pokok jerangau demi menyembuhkan ibunya yang sudah lama terlantar sakit.

Sinopsis:

Pada zaman dahulu ada seorang kanak-kanak bernama Sulangi tinggal bersama ibu dan kakaknya di sebuah kampung bernama kampung Tidong (Bukit). Sulangi sangat rajin membantu ibunya di kebun.

Pada suatu hari ibu Sulangi jatuh sakit, Penyakitnya itu agak misteri. Sudah Berbulan-bulan tidak sedarkan diri.
Semua dukun dan pawang telah mengubatinya namun tidak sembuh. Mereka telah kehabisan ikhtiar dan berputus asa. Dukun itu berkata penyakit ibunya tidak boleh di sembuhkan.

Sulangi sangat sedih dengan keadaan itu menyebabkan dia dan kakaknya sering menangis. Suatu malam Sulangi telah bermimpi didatangi oleh seorang tua.

Orang tua itu berkata kepadanya bahawa penyakit ibunya akan sembuh dengan meminum air rebusan pokok jerangau merah dengan syarat Sulangi sanggup berkorban menjadi pokok tersebut.

Sulangi telah bersetuju demi ibunya yang dikasihi. Tiba-tiba orang tua itu hilang dan serta merta Sulangi bertukar menjadi pokok jerangau merah.

Pada malam itu Kakak Sulangi telah bermimpi, Sulangi memberi tahu pada kakaknya agar menggambil Pokok jerangau merah yang tertanam di belakang rumah untuk direbus dan berikan Pada ibunya untuk diminum. Sulangi menceritakan pada kakaknya bahawa pokok jerangau itu adalah dirinya yang berkorban demi menyembuhkan penyakit ibu mereka.

Tiba-tiba kakak Sulangi terbangun dan mencari-cari Sulangi namun Sulangi tiada disisinya. Tanpa membuang masa kakak Sulangi kebelakang rumah dan mengambil Pokok jerangau tersebut dan merbusnya. Air rebusan itu dititiskan sedikit demi sedikit ke mulut ibunya.

Tiba-tiba ibunya sedar dan sihat. kakak Sulangi telah menceritakan pada ibunya bahawa air yang ibunya minum itu adalah dari pokok jerangau merah. Sulangi telah berkorban bertukar menjadi pokok tersebut untuk menyembuhkan penyakit ibunya. Ibunya sangat terharu dengan pengorbanan Sulangi.

Sejak itu pokok jerangau merah telah menjadi salah satu bahan perubatan secara tradisional untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit oleh sesetengah 
masyarakat di kampung.

Karya asli: Haini Karno
Sebarang tindakan menciplak dari mana-mana pihak tidak dibenarkan, boleh di kenakan tindakan undang-undang. 

Friday, 10 January 2020

TUMBUHAN INI ADA PERASAAN









Terapi jiwaku, setiap kali ku tinggalkan bunga-bunga ini dalam waktu yang agak lama, bunga-bunga ini jadi murung, tidak ceria, nampak layu dan tak segar. Aku faham kini, bunga-bunga ini perlukan sentuhan tanganku juga. kiranya aku sudah tiada, aku pasti hayat mereka juga akan berakhir. 


#BIARKAN BULAN BICARA#

MOTIVASI UNTUK DIRI SENDIRI

5 Cara Menghentikan Negative People Memengaruhimu

RINGKASAN
  • Jangan pedulikan apa yang difikirkan orang
  • Jangan menyalahkan diri sendiri
  • Temukan solusi, jangan hanya mengeluh
Fimela.com, Jakarta Ketika menjalin hubungan sosial dengan banyak orang, mau tak mau kamu akan menemui berbagai jenis orang, ada yang memberi pengaruh baik dan ada yang buruk. Meski tahu bahwa beberapa di antaranya bisa memberi pengaruh buruk, segala keputusan tetap ada padamu, mau mengikuti alur negatif mereka atau justru putar balik dan mengambil jalanmu sendiri.

Ini caranya agar energi dan pikiran tak perlu terpengaruh oleh orang-orang negatif di sekitarmu.
1. Jangan pedulikan apa yang dipikirkan orang
Kamu akan lelah jika hidup dengan terus mengikuti pendapat dan pikiran orang lain. Orang-porang negatif selalu bisa menemukan kesalahan dalam dirimu dan tidak menyukaimu, kamu tak akan bisa memuaskan mereka. Jadi daripada membuat diri sendiri capek, jangan pedulikan apa kata mereka. Kamu hanya akan semakin tak memiliki hidupmu sendiri jika hanya menuruti apa kata orang.

2. Jangan menyalahkan diri sendiri

ngobrol
Photo by Mimi Thian on Unsplash
Ketahui bahwa setiap orang pasti pernah melakukan kesalahan, mengakuinya memang perlu, namun bukan berarti kamu bisa menyalahkan diri sendiri terus-menerus. Sangat mudah menyalahkan diri sendiri ketika banyak orang-orang negatif di sekitarmu, mereka akan mengkritik betapa buruknya dirimu. Sadari bahwa ini tak sehat, bedakan mana kritik yang membangun dan mana yang justru menjatuhkan.
3. Jangan gampang terpancing emosi
Reaksimu penting bagi mereka, mereka akan suka jika kamu terpancing emosi. Jangan termakan omongan dan mudah marah atau kesal. Ketika kamu kehilangan kendali terhadap emosimu, kamu hanya memberi makan kenegatifan yang mereka berikan. Mereka tak layak mendapat perhatianmu, jadi senyumin saja, nggak usah dipedulikan.

4. Temukan solusi, jangan hanya mengeluh

orang-orang negatif
©Shutterstock
Ketika menghadapi masalah, jangan mengeluh. Buang-buang waktu saja. Temukan solusinya, berpikir dengan tenang dan susun apa yang harus dilakukan. Orang-orang beracun di sekelilingmu akan sengaja membuatmu pesimis dan mengeluh lebih sering, tapi jangan terjatuh perangkap mereka. Tak masalah jika hidup memang sedang tak baik, ini membuatmu belajar untuk lebih kuat mental.
5. Ambil sikap
Ketahui bahwa kamu rugi jika meluangkan waktu untuk mereka. Ada banyak hal yang lebih baik untuk dilakukan dari sekedar menghabiskan waktu dengan mereka. Ketika mereka mengajakmu keluar, katakan kamu sibuk atau sedang ada urusan. Jika terlanjur terjebak pembicaraan dengan mereka, pamitlah dengan sopan untuk pergi.
Tentu saja, kamu tak akan bisa menyingkirkan mereka, tapi kamu bisa menghindar dan memilih keputusanmu sendiri. Ketahui kapan harus menentukan apa yang baik dan buruk untuk dilakukan. Kamu berhak berpikir apa pun, namun jangan memberi makan emosi negatif. Sesekali berpikiran buruk itu boleh, tapi jangan terus-terusan.

Sumber-fimelah. com

SEBAHAGIAN HAYAT DISINI

Sudah hampir 20 tahun duduk dibilik ini. Kadang waktu hujung minggu sesekali datang disini sendiri, kadang ada bunyi tapak kaki kanak-kanak berlari-lari tanpa suara diluar pejabat , waktu siang pun ada, saya sudah biasa dengar bunyi itu. Tiada apa yang harus di bimbangkan, mereka juga mahluk TUHAN dan baik-baik saja walau tidak dilihat oleh mata kasar manusia.

Kelmarin aku ke bilik air, waktu aku dalam bilik air, Tiba-tiba pintu bilik air diluar tu dihempas kuat-kuat, adehh hampir bercerai jantung aku dari Badan. Tiada ribut, tiada taufan. Budak-budak halimunan itulah punya kerja. Tak apa faham dengan situasi. 

Thursday, 9 January 2020

KARYA RIDA K. LIAMSI

Saya sudah mulai membaca karya-karya Pak Rida, Ternyata tidak mengecewakan, salah satu tajuk yang telah saya baca Mahmud Sang Pembangkang

Tuesday, 7 January 2020

UBAH BALIK! UBAH BALIK!

Kini sudah seminggu berada ditahun 2020, hanya duduk diofes setiap hari tiada apa aktiviti diawal tahun ini, peruntukan untuk aktiviti pun masih dalam proses pengurusan. Sejak kerajaan PH mengambil alih kuasa, suasana agak hambar berbanding zaman kerajaan BN dahulu. 

Tinjauanku dan kaji selidik dibeberapa tempat, mendengar keluhan masyarakat begitu hangat, kini rakyat mulai merungut dengan pelbagai isu, mereka asyik membandingkan kerajaan BN dan PH, mereka berkata zaman kerajaan BN dahulu lebih baik dari kerajaan dibawah pakatan harapan PH.

Isu yang paling hangat menjadi perbualan adalah harga barangan keperluan asas, harga melambung tinggi, bantuan BRIM dihadkan dan lain-lain. Isu gst yang telah di ganti kan dengan sst lagi teruk. 

Harga barangan mahal dua kali ganda. Kata mereka lagi  janji-jani yang ditabur sebelum berkuasa hanya bohong belaka. Katanya lagi mereka akan menolak kerajaan PH pada PRU 15 akan datang dengan slogan "Ubah balik! Ubah balik". 
ZAMAN KERAJAAN PH, ZAMAN GELAP 


AKU INGIN SELALU DUDUK DISINI


Villa Azalea, nun jauh tersorok dari pandangan luar, satu tempat yang tenang jauh dari keributan. 
Damai, indah menyumbang jiwa bahagia, syurga kalbu. Aku ingin sepanjang waktu disini dipersekitaran yang hijau.


Setiap kali pergi dan kembali pohon-pohon yang ku tanam ini memberi aura bahagia buat jiwaku yang kadang kalut dan serabut oleh hal-hal duniawi yang tak habis-habis. 

debu yang menghempuk dan daun-daun gugur dihalaman, membikin rasa terganggu. 


terhibur hati menatap kehijauan pohon-pohon, mendengar kicau burung meriuh di dahan-dahan, dari pohon ke pohon rama-rama terbang bebas menghisap madu bunga dengan sepuasnya





# Duhai hati Jangan kau marah pada Dunia, Dunia hanya persinggahan sebentar # kita ingin suasana tenang selalu, namun sesungguhnya untuk mencari sebegitu amat payah, fitrah hidup tiada yang sempurna dan tidak sentiasa dalam keadaan tenang, ada-ada saja bikin hati panas, tetapi hanya sabar penawar kalbu. 

Sunday, 5 January 2020

KARYA YANG AKU ADA


Ini antara tajuk antalogi cerpen dan puisi,  karya ku ada disini seadanya. Ada lagi yang bakal terbit bersama dengan rakan - rakan. Tapi sangat-sangat aku tak sabar ingin menghasilkan antalogiku sendiri InsyahAllah moga tercapai. Tahun 2020 ini aku ingin melakar sejarah untuk diri sendiri.

Terima kasih buat rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan budi kalian tak terbalas, aku sangat-sangat menghargainya dan tak akan melupai segala jasa. Aku hanya mampu membalas melalui doa.

Aku berkarya untuk mengisi waktu-waktu lapangku disaat ada ruang, itu saja untuk kebahagiaan jiwa sendiri. Namun kadang aku dilanda kemalasan tahap tidak mampu berfikir. 

 πŸ˜

Saturday, 4 January 2020

DI DEPAN BERPURA-PURA BAIK RUPANYA

Sesetengah manusia memang dasarnya ada sikap pendengki dan suka mengata orang walau diri sendiri lebih teruk,  Dia merasakan dirinya suci, sesuci malaikat, suci daripada orang lain.
Inilah ciri-ciri manusia hatinya penuh dengan penyakit hati, insaflah wahai mahluk dan pandanglah diri dicermin. Moga ada keinsafan bermukim dihati.

GAMBAR INI CANTIK

Gambar cucu-cucu kakak berlatarkan gunung Kinabalu. Dua budak berbaju biru telah kembali ke Negeri 9, yang berbaju merah kekal di Keningau 
Gambar ini dirakam pada hujung disember 2019 yang baru lalu. Kesempatan melawat sekitar kaki gunung Kinabalu di musim cuti. Happynya budak-budak ini.