Rasanya dalam dunia Ini tiada Wanita yang tak ingin kelihatan cantik, cantik luaran dan dalaman, cantik di mata manusia semuanya ingin, tak terkecuali aku wanita kampung, namun aku tidaklah seobses terlalu sehingga ke tahap melakukan sesuatu yang mencabar pada mana-mana bahagian anggota tubuh badan buat masa ini seperti yang di lakukan oleh sesetengah wanita pada zaman ini.
Dengan tujuan sentiasa terlihat awet muda, kulit kencang tiada kedut, terutamanya di bahagian wajah, bukan kerana takutkan jarum tetapi bimbang jika tidak sesuai selepas disuntik.
Ini bukan mengata tetapi kenyataannya memang begitu. Macam-macam keadaan boleh berlaku, biarlah wajah ku berkedut mengikut peredaran masa. Tak apa oles dengan mekap pun sudah memadai buat masa ini asalkan ok.
Ketuaan pada setiap manusia tak mampu di elakkan kerana itu adalah fitrah pada kehidupan. Yang muda akan tua, yang hidup akan mati. Apa pun semua itu pilihan sendiri dan hak masing-masingkan. Apa yang kita buat, kita punya hal, yang penting asalkan kita bahagia dan tak ganggu kehidupan insan lain๐
๐
.
Hanya satu yang aku inginkan, Cantik di mata Tuhan.
#Jangan menangis perempuan dilorong belakang#.
No comments:
Post a Comment