Kini sudah seminggu berada ditahun 2020, hanya duduk diofes setiap hari tiada apa aktiviti diawal tahun ini, peruntukan untuk aktiviti pun masih dalam proses pengurusan. Sejak kerajaan PH mengambil alih kuasa, suasana agak hambar berbanding zaman kerajaan BN dahulu.
Tinjauanku dan kaji selidik dibeberapa tempat, mendengar keluhan masyarakat begitu hangat, kini rakyat mulai merungut dengan pelbagai isu, mereka asyik membandingkan kerajaan BN dan PH, mereka berkata zaman kerajaan BN dahulu lebih baik dari kerajaan dibawah pakatan harapan PH.
Isu yang paling hangat menjadi perbualan adalah harga barangan keperluan asas, harga melambung tinggi, bantuan BRIM dihadkan dan lain-lain. Isu gst yang telah di ganti kan dengan sst lagi teruk.
Harga barangan mahal dua kali ganda. Kata mereka lagi janji-jani yang ditabur sebelum berkuasa hanya bohong belaka. Katanya lagi mereka akan menolak kerajaan PH pada PRU 15 akan datang dengan slogan "Ubah balik! Ubah balik".
ZAMAN KERAJAAN PH, ZAMAN GELAP
No comments:
Post a Comment