Tuesday, 28 April 2020
Friday, 24 April 2020
BERSAHABAT DENGAN BUKU WALAU APA PUN KEADAAN, SALAM RAMADAN
Lambakan bahan bacaan dimedia sosial tidak meminggirkan buku-buku ini untuk terus dibaca, ia tetap menjadi sahabat di waktu-waktu terluang apa lagi diwaktu pkp begini. Banyak ruang untuk menatap Sekurang-kurangnya tidaklah boring.
Hari ke dua ramadan, dugaan covid tidak melemahkan umat Islam melaksanakan ibadat puasa, syukur Alhamdulillah masih bernafas di atas muka bumi ini.
Hari ke dua ramadan, dugaan covid tidak melemahkan umat Islam melaksanakan ibadat puasa, syukur Alhamdulillah masih bernafas di atas muka bumi ini.
Thursday, 23 April 2020
Tuesday, 21 April 2020
Monday, 20 April 2020
BILA DUDUK SATU BUMBUNG INI PASTI BERLAKU
ya pengalaman masa lalu banyak memberi pengajaran, memang benar tinggal ramai-ramai dalam satu bumbung pasti banyak masalah yang timbul, lebih-lebih lagi bila masing-masing sudah berkeluarga mungkin tidak pada adik beradik tetapi dikalangan ipar duai terutamanya.
Biasanya bab tugas-tugas dalam rumah, seperti memasak, basuh pinggan mangkuk, mengemas dan sebagainya, inilah salah satu bab yang selalu mencetuskan masalah. Masing-masing hendak lepas tangan, macam-macam perangai yang timbul. Ada yang berkurung dalam bilik, ada yang saja sibuk dengan anak dan lain2.
Perkara ini berlaku masa lalu cukup mencabar emosi, Mujur ada kesabaran, jika tidak bisa berlaku Pertengkaran. Paling terbaik tinggal rumah sendiri, apa-apa masalah hadam sendiri tidak melibatkan orang lain kan.
Saturday, 18 April 2020
SAYA PUN DAPAT BANTUAN?
senarai barang : 10kg beras, 1kg gula, 1kg tepung gandum, 1kg minyak makan dalam plastik, 1 bungkus mee kuning.
ini daripada rumah ketua kampung, dia minta jiran ini tolong bawakan dan hantar ke rumah saya, kebetulan mereka ke rumah ketua kampung untuk menerima bantuan tersebut., bantuan daripada Kerajaan.
Petang semalam ketika saya sedang duduk-duduk diberanda rumah menghayati suasana petang, tiba-tiba jiran saya datang menghantar barang makan seperti dalam gambar diatas.
ini daripada rumah ketua kampung, dia minta jiran ini tolong bawakan dan hantar ke rumah saya, kebetulan mereka ke rumah ketua kampung untuk menerima bantuan tersebut., bantuan daripada Kerajaan.
Sedikit rasa terkejut kerana saya tiada permintaan bantuan tersebut, saya tidak wajar untuk menerimanya, bukan kerana saya kaya tetapi saya selaku penjawat awam Ada pendapatan bulanan adalah sedikit kemampuan.
Saya menolak untuk tidak menerimanya, jiran saya kata, ambil saja semua penduduk satu kampung pun dapat. . terfikir dalam hati, jika semua penduduk kampung menerima bantuan tersebut maknanya termasuklah juga pegawai2 kerajaan yang bergaji besar itu,, rasanya tidak adil bagi saya, baik jugalah tindakan ketua kampung mengagihkan sama rata, tetapi tidak adil kepada keluarga yang tidak ada sumber pendapatan sebagaimana pegawai kerajaan.
Tak kan mau juga?? Namun begitulah sikap sesetengah manusia. Semuanya mau yang free walaupun mampu.
Saya menolak untuk tidak menerimanya, jiran saya kata, ambil saja semua penduduk satu kampung pun dapat. . terfikir dalam hati, jika semua penduduk kampung menerima bantuan tersebut maknanya termasuklah juga pegawai2 kerajaan yang bergaji besar itu,, rasanya tidak adil bagi saya, baik jugalah tindakan ketua kampung mengagihkan sama rata, tetapi tidak adil kepada keluarga yang tidak ada sumber pendapatan sebagaimana pegawai kerajaan.
Tak kan mau juga?? Namun begitulah sikap sesetengah manusia. Semuanya mau yang free walaupun mampu.
Oleh kerana rasa simpati kepada jiran saya ini, bantuan tersebut saya berikan semula kepadanya Kerana mereka lebih daripada layak untuk menerimanya. Anak-anak pula ramai termasuk cucu-cucu dan lagi mereka tiada sumber pendapatan tetap.
Mulanya dia enggan tetapi saya bagi beberapa alasan dan akhirnya dia akur. Sekurang-kurangnya dapat juga saya membantu meringankan sedikit beban mereka pada waktu-waktu pkp ini. Walau pun mereka juga dapat, Ahamdulillah.
*TERIMA KASIH ATAS KEPERIHATINAN"
*TERIMA KASIH ATAS KEPERIHATINAN"
Friday, 17 April 2020
RESEPI PINJARAM
Resepi dari staf cikgu masakan.
Time2 Pkp ini banyak aktiviti yang boleh dibuat antaranya bolehlah mencuba semula kemahiran yang pernah dipelajari masa lalu. Mana tahu masih berbisa.
Wednesday, 15 April 2020
TANGAN DIATAS LEBIH BAIK DARI TANGAN DIBAWAH
*Kikis sikap menafikan hak yang lebih layak. (Dari Grup Majlis Dakwah Negara)*
Tazkirah hari pagi .
cerita lama yang saya ulang baca dan ingin berkongsi dgn ahli kariah sekalian *moga bermanfaat buat menjentik minda semua*.
Seorang sahabat lama yang tinggal di Perth, Australia bercerita tentang pengalamannya pertama:
Suatu petang, sesudah menikmati secangkir capucino di Gloria Jeans Café yang capucinonya paling sedap, kami singgah di kedai roti yang sudah hampir mahu tutup. Membeli sebatang roti kismis dan minta kepada si penjaga kedai roti, untuk dipotong, sebab bila sampai nanti di rumah senang dimakan.
Selesai dipotong dan dibungkus rapi, lalu diserahkan kepada saya. Langsung saya mengunjuk wang kertas 10 AUSSIE.
Tapi ditolak dengan senyum manis, sambil berkata
"It's free, nothing to pay.”
"Are you sure?” kata saya.
Gadis remaja yang bertugas menjual itu, menjelaskan, bahawa kalau kedai sudah hampir mahu ditutup, roti tidak boleh lagi dijual. Boleh diberikan kepada siapa yang mahu atau dihantarkan ke Second Hand Shop untuk orang yang memerlukan.
Agak tercengang juga saya mendengar penjelasannya. Terbayang, kalau di Malaysia, wah boleh saja bankrap, kerana orang ramai bakal menunggu kedai tutup supaya dapat yang percuma.
Belum selesai cerita dengan si gadis, tiba-tiba datang sepasang suami isteri, yang juga mahu membeli roti. Rupanya tanpa saya sedari, mereka sudah mendengar percakapan kami. Kelihatan si suami adalah orang Australia, sementara isterinya orang Asia. Si isteri juga minta roti dari si gadis, tetapi di cegah oleh suaminya, sambil berkata,
"No darling, please. We have enough money to buy. Why do we have to pick up a free one?"
Kalau kita mampu beli. jangan ambil yang percuma. Let other people who need it more than us to take it."
Wahhhh.. saya rasa tersindir dan wajah saya panas… Ego saya melonjak ke muka, benar-benar tersindir dengan perkataannya itu. Dalam hati saya tergamam, ”Hmm.. saya ini dulu berniaga juga tau?”
Tapi, syukur cepat sedar diri, tidak sampai terucapkan. Kerana orang yang bercakap itu si suami kepada isterinya, masakan saya tiba-tiba menyampuk di tengah-tengah?
Hampir saja saya berbuat kesalahan. Kerana mereka tidak pun bercakap dengan saya… Kalau saya merasa tersindir, itu salah saya sendiri.
Hingga menjelang tidur, kata-kata si suami kepada isterinya masih terngiang-ngiang di telinga,
"We have enough money to buy... why do we have to pick up a free one."Kalau kita mampu beli, jangan ambil yang percuma."
Setelah saya renungkan, saya merasakan bahawa kata-kata itu benar.
Kalau semua orang yang punya duit, ikut sama dan dapatkan roti percuma, yang biasanya dihantarkan ke Second Hand Shop untuk dibahagi secara percuma, bermakna orang yang sungguh-sungguh memerlukan bakal tidak dapat bahagian roti percuma.
Walaupun saya sesungguhnya mahu membayar, namun si gadis yang tidak mahu menerima wang saya.Pelajaran hidup ini tidak mungkin akan saya lupakan.
*Kalau kita mampu beli. Jangan ambil yang percuma.Biarlah orang lain yang lebih memerlukan mendapatkannya.*
Satu sikap prihatin terhadap orang lain diterapkan dengan kesungguhan hati.
Kini saya baru tahu, kenapa di kelab ada kopi percuma, tetapi jarang ada yang ambil, mereka lebih suka membeli. Bukan kerana segan, tetapi terlebih kerana rasa peduli mereka pada orang lain, yang mungkin lebih memerlukan.
Pelajaran yang sungguh-sungguh memberikan inspirasi bagi diri saya sendiri.
Tuhan sudah memberikan rezeki dan keberkatan yang cukup untuk kita, tidak perlu lagi kita mengambil bahagian berkat yang diperuntukkan bagi orang lain.
Ketika kita mendengar ada program untuk membantu orang miskin, apa yang ada dalam benak kita?
Apakah kita akan ikut serta agar mendapat bahagian? Ataukah kita memaklumkan agar sahabat dan saudara kita dapat bahagian juga?
Atau kita ikut jadi pahlawan dengan mengajukan diri sebagai pendamping program, tetapi dalam fikiran kita tersimpan niat busuk untuk memperkayakan diri sendiri?
Sahabat, kemiskinan bukan untuk dieksploitasi. Orang miskin dan kemiskinan adalah ladang amal. Keberadaan orang miskin adalah cara Tuhan untuk menguji sejauh mana pepedulian dan keimanan kita. "Jangan Mengaku Beriman Jika Saudara & Tetangga Kanan Kiri Kita Masih Ada Yang Kelaparan."
Sudah sampai saatnya kita bangkit dan sedar, tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah. Menjaga harga diri lebih baik daripada menjatuhkan kehormatan hanya demi sesuap nasi.
"Maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan?"
"Biasakanlah memberi makan orang miskin."_
(QS: 107 Al-Ma'un: 3)
Semoga Bermanafaat Kesah Ini Tatapan Semua.
BAGAI PUNGGUK MERINDU BULAN
Untuk kesekian kalinya aku katakan kepadamu bahawa cinta menyatukan kita tak akan lapuk dek waktu tak akan lekang dek zaman |
Kerana kita dicipta dari ketelusan kalbu dan keikhlasan hati yang selalu bersama, kita alirkan di jiwa terdalam
Pertengkaran yang kadang datang tak akan mampu membuatkan retak hati kita, justeru ia membuatnya kian kuat
Juga kebosanan
akan keadaan sulit pun tak akan membuat kita mengeluh dan jatuh, bahkan semakin mengukuhkan kaki untuk terus berdiri
Maka pada malam kesekian ini aku pun semakin merindumu bagai pungguk merindukan bulan dan malam
"teringat lagu lama nyanyian seniwati Normadia dan Tan Seri P. Ramlee," BAGAI PUNGGUK diwaktu malam MERINDU BULAN "
hahaha.. Adoii enternet amat ciput sekali diwaktu pkp ni.. Tak kah tidur manusia di malam-malam buta begini.. Misi meneroka alam misteri belum selesai.. Best.. ;
MOTIVASI BUAT DIRI SENDIRI
*Presiden Turkey Erdogan berkata:*
Ketika saya masih kecil, saya sangat egois, selalu mengambil yang terbaik untuk diri saya sendiri. Perlahan-lahan, semua orang meninggalkan saya dan saya tidak punya teman. Saya tidak berpikir itu salah saya tetapi saya mengkritik dan menyalahkan orang lain.
Ayah saya memberi saya 3 kalimat dan beberapa pilihan untuk membantu saya dalam hidup.
Suatu hari, ayah saya memasak dua mangkuk mie dan meletakkan dua mangkuk di atas meja. Satu mangkuk disajikan dengan satu telur di bagian atas mie dan mangkuk lainnya tidak memiliki telur di atasnya.
Ayah berkata, *Anakku, silahkan kamu pilih. Mangkuk mana yang kamu inginkan*. (Telur sulit didapat saat itu). Hanya bisa makan telur selama Festival Tahun Baru Islam. Tentu saja saya memilih mangkuk dengan telur.. Saat kami mulai makan. Saya mengucapkan selamat kepada diri saya sendiri atas pilihan & keputusan cerdas yang saya lakukan dan mendapatkan telur itu. Lalu saya terkejut ketika ayahku makan mie bersamaku, ternyata ada dua telur di bawah mangkuknya, tersembunyi di bagian bawah mie. Saya sangat menyesal.. memarahi diriku sendiri karena terlalu terburu-buru dalam keputusanku. Ayah saya tersenyum dan iba kepada saya,
*ANAKKU KAMU HARUS INGAT APA YANG DILIHAT MATAMU MUNGKIN TIDAK BENAR*.
*JIKA KAMU BERNIAT MENGAMBIL KEUNTUNGAN DARI ORANG LAIN, KAMU AKAN BERAKHIR DENGAN KEKALAHAN*.
Keesokan harinya, ayah saya kembali memasak dua mangkuk mie..satu mangkuk dengan telur di atasnya dan mangkuk lainnya tanpa telur di atasnya. Sekali lagi, dia meletakkan dua mangkuk di atas meja dan berkata kepada saya, *Anakku..Silahkan kamu pilih. Mangkuk mana yang kamu inginkan*..Kali ini saya lebih pintar. Saya memilih mangkuk tanpa telur di atasnya. Yang mengejutkan saya, saat saya memisahkan mie di atas, tidak ada satu pun telur di dasar mangkuk..Sekali lagi ayah saya tersenyum dan berkata kepada saya...
*ANAKKU, KAMU TIDAK HARUS SELALU BERGANTUNG PADA PENGALAMAN KARENA TERKADANG HIDUP DAPAT MENGECOHMU ATAU MENIPUMU, TETAPI KAMU TIDAK BOLEH TERLALU JENGKEL ATAU BERSEDIH, INI HANYA SEBAGAI PENGETAHUAN YANG KAMU DAPAT SEBAGAI PROSES PEMBELAJARANMU. DAN KAMU TIDAK AKAN MENDAPATKAN PELAJARAN SEMACAM INI DARI BUKU,SEKOLAH MAUPUN DI BANGKU KULIAHMU*.
Hari ketiga, ayah saya lagi memasak dua mangkuk mie lagi, satu mangkuk dengan telur di atas dan mangkuk lainnya tanpa telur di atasnya.. Ayahku meletakkan dua mangkuk di atas meja dan kembali berkata kepadaku.. *Anakku...Silahkan kamu pilih. Mangkuk mana yang kamu inginkan*. Kali ini, aku memberi tahu ayahku, *Ayah yg pilih dulu. Ayah adalah kepala keluarga dan berkonstribusi paling banyak kepada keluarga* lalu Ayah saya tidak menolak dan memilih mangkuk dengan satu telur di atasnya. Saat saya makan semangkuk mie saya, di hati saya berkata pasti tidak ada telur di dalam mangkuk. Yang mengejutkan saya.. Ada dua telur di dasar mangkuk. Ayah saya tersenyum kepada saya dengan cinta di matanya..
*ANAKKU, KAMU HARUS INGAT.. KETIKA KAMU BERFIKIR UNTUK KEBAIKAN ORANG LAIN, MAKA HAL-HAL BAIK AKAN SELALU TERJADI PADA DIRIMU*.
Saya selalu ingat tiga kalimat nasehat ayah saya dan hidupku selalu melakukan sesuai nasihatnya.
Dan Alhamdulillah saya bisa sukses.
Sebab di mana ada iri hati dan mementingkan diri sendiri di situ ada kekacauan dan segala macam perbuatan jahat..
*Selamat beraktivitas di rumah, semoga selalu sehat dan semangat*
_*(files: mesmesaiden)*_
Saturday, 11 April 2020
PERKAMPUNGAN YANG TAK DI DENDANG
Gambar ini ku rakam menggunakan hp dengan teknik zoom, Jarak 250 meter dari jendela rumahku. Hasilnya agak jelas. ada sesuatu yang mengusik naluri ingin membongkar kembali satu tragedi pernah berlaku di tempat itu.
Asal pemilik tanah itu penduduk kampung kami. keluasan 15 hektar jika tak salah. Pemiliknya telah menjual kepada seorang lelaki asing berpuluh tahun yang lalu. Setelah berpindah milik, pemilik baru itu membina sebuah rumah disitu.
Menghairankan ramai Wanita-wanita cantik dilihat berkunjung ke rumah itu setiap hari. Menjadi persoalan kepada penduduk sekitar. Apa sebenarnya yang di lakukan oleh wanita-wanita itu. Setelah kaji selidik di buat. Penduduk menjadi gempar rumah itu rupanya di jadikan sebagai tempat kegiatan pelacuran. Ya TUHAN satu pencemaran mengundang sial berlaku di kampung halaman ku, penduduknya majoriti muslim yang berpegang teguh kepada ajaran agama, kemungkaran wajar dicegah.
Laporan polis telah di buat dan pemilik tanah itu turut di tangkap dan telah di sumbat ke dalam penjara. Setelah keluar dari penjara, mungkin kerana malu dengan keadaan diri dan desakan orang kampung tidak mahu bapa ayam itu menatap di tempat itu, dia menjual tanah itu kepada orang2 bugis secara lot. Bapa ayam itu telah hilang perkabaran entahkan hidup atau sudah meninggal.
Tempat itu kini telah menjadi sebuah perkampungan, jumlah rumah mungkin telah mencecah 200 buah dan jumlah penduduk telah berjumlah ratusan orang.
Tidak diketahui apakah orang-orang bugis itu berstatus warganegara atau berstatus pendatang. Ada sumber mengatakan ada juga individu yang tidak memiliki ic turut menjadi penghuni di tempat tersebut.
Begitulah kisah yang berlaku di tanah itu.
Aku sendiri tidak pernah jejakkan kaki ke sana walau dekat.
Thursday, 9 April 2020
TERKANDAS DI PULAU PINANG
Kesian kak long ku, ziarah anak cucu hanya untuk waktu yang singkat, kini hampir sebulan duduk di penang gara-gara covid melanda negara. Tiket pun terpaksa di biarkan luput kerana PKP, sabarlah kak long ku bumi sabah tak kan lari😂 meniti usia 70han Moga kak long ku sihat selalu. Love u kak long, sudah lama kita tidak bertemu.
SESUAI SANGAT
duduk di tempat yang teasing dari keriuhan amat menenangkan, tapi tidak bermakna mengasingkan diri dari berhubungan dengan masyarakat sekeliling. Masyarakat adalah sumber untuk Saling membantu dalam keadaan tertentu, justeru jangan abaikan silaturrahim dikalangannya.
Wednesday, 8 April 2020
GERHANA
Tetapi warganya semua buta
Mereka mengingati keindahannya
Dari memori lama
Ada menangis gembira
Dan mereka berpelukan
Ada cahaya di mata mereka
Kilauan menerobos tabir masa
Ada tari merias langkah
Tapi mentari dari kegelapan
Dan mereka jadi buta semula
Mereka cuba menatang
Keindahan yang dirasakan
Ada ketawa
Ada bernyanyi
Ada menangis
Ada jadi bisu
Ada jadi gila
Didalam hati ada guntur
Dan hujan
Namun tiada datang memimpin
Tiada yang datang menunjukkan jalan
Hk.
Keningau.
Sunday, 5 April 2020
Friday, 3 April 2020
SEBUAH WARKAH HITAM
Masih kusimpan kemas sebuah warkah hitam kuterima semusim yang lalu dikirim oleh seseorang yang tidak bernama namun aku dapat meneka siapa pengirimnya melalui cop yang tertera pada stem tersebut.
Si pelaku yang berwatak warak diluar hanya palsu semata rupanya berhati legam di sebaliknya seperti ular berbisa nauzubila himinzolik moga terhindar dari segala perilaku seperti ini.
Tak terpadam di ingatan buat ketika ini, entahlah pada hari kemudian. Aku bukan bersifat pendendam apa lagi bila hati sudah sejuk. Namun aku bukan seperti benda yang tiada perasaan, aku juga bukan berhati nabi kesabaran hingga ke tahap syurga.
Isi suratnya pendek saja namun cukup menghiris nurani, dahsyat sungguh tuduhan yang di lemparkan dan sangat tidak berasas sama sekali. Ayat-ayat yang dicoret tak terjangkau dek akal bagi insan yang berfikiran waras.
Si pelaku yang berwatak warak diluar hanya palsu semata rupanya berhati legam di sebaliknya seperti ular berbisa nauzubila himinzolik moga terhindar dari segala perilaku seperti ini.
Tak terpadam di ingatan buat ketika ini, entahlah pada hari kemudian. Aku bukan bersifat pendendam apa lagi bila hati sudah sejuk. Namun aku bukan seperti benda yang tiada perasaan, aku juga bukan berhati nabi kesabaran hingga ke tahap syurga.
Aku hanya manusia biasa tahap kesabaran ibarat setipis kulit bawang. Sekuman aku tidak berdosa padanya, sehingga kini dia masih berusaha menghancurkan kehidupanku dengan cara halus.
Apa pun keadaan aku tidak sekali-kali membalas segala perbuatan nya itu, aku hanya serahkan segalanya pada Allah swt. Semoga hamba Allah itu ada keinsafan sebelum nyawanya bercerai dari jasad.
Semoga Allah sentiasa melindungiku dari segala perbuatan sihir dari manusia bersifat durjana.
Jangan mudah terpedaya pada luaran. Kerana kulit tidak menceritakan isinya Allahualam.
Apa pun keadaan aku tidak sekali-kali membalas segala perbuatan nya itu, aku hanya serahkan segalanya pada Allah swt. Semoga hamba Allah itu ada keinsafan sebelum nyawanya bercerai dari jasad.
Semoga Allah sentiasa melindungiku dari segala perbuatan sihir dari manusia bersifat durjana.
Jangan mudah terpedaya pada luaran. Kerana kulit tidak menceritakan isinya Allahualam.
Subscribe to:
Posts (Atom)