Friday, 3 April 2020

SEBUAH WARKAH HITAM

Masih kusimpan kemas sebuah warkah hitam kuterima semusim yang lalu dikirim oleh seseorang yang tidak bernama namun aku dapat meneka siapa pengirimnya melalui cop yang tertera pada stem tersebut.

Isi suratnya pendek saja namun cukup menghiris nurani, dahsyat sungguh tuduhan yang di lemparkan dan sangat tidak berasas sama sekali. Ayat-ayat yang dicoret tak terjangkau dek akal bagi insan yang berfikiran waras.

Si pelaku yang berwatak warak diluar hanya palsu semata rupanya berhati legam di sebaliknya seperti ular berbisa nauzubila himinzolik moga terhindar dari segala perilaku seperti ini. 

Tak terpadam di ingatan buat ketika ini, entahlah pada hari kemudian. Aku bukan bersifat pendendam apa lagi bila hati sudah sejuk. Namun aku bukan seperti benda yang tiada perasaan, aku juga bukan berhati nabi kesabaran hingga ke tahap syurga. 

Aku hanya manusia biasa tahap kesabaran ibarat setipis kulit bawang. Sekuman aku tidak berdosa padanya, sehingga kini dia masih berusaha menghancurkan kehidupanku dengan cara halus.

Apa pun keadaan aku tidak sekali-kali membalas segala perbuatan nya itu, aku hanya serahkan segalanya pada Allah swt. Semoga hamba Allah itu ada keinsafan sebelum nyawanya bercerai dari jasad.

Semoga Allah sentiasa melindungiku dari segala perbuatan sihir dari manusia bersifat durjana.
Jangan mudah terpedaya pada luaran. Kerana kulit tidak menceritakan isinya Allahualam. 

No comments:

Post a Comment