Tuesday, 27 March 2012

Sunyinya Tanpa IBU



sekadar gambar hiasan


Gemersik alunan suara Allahyarham Tan Sri P. Ramli mendendangkan lagu  'IBU" mendengarnya buat hatiku bergetar pilu, ingatan menerpa pada insan ini. Hari ini 27hb Mac 2012  genaplah dua tahun pemergian ibu. Tiada kudengar lagi leteran ibu,  kisah penderitaan ibu dizaman kanak-kanak, menjadi anak yatim seawal usia dua tahun,  menjadi anak angkat bapa saudara, kisah Ibu di zaman jepun, merasai nasi tradisi masakan ibu... ah terasa sangat sunyi dan sepi, rindu ini sering bertandang,  rindu yang teramat dalam, Saat ibu menghembus nafas terakhirnya begitu sukar untukku terima,  ibu sudah tiada didunia ini, ibu telah pergi meninggalkan kami buat selamanya. kepiluan menyelubungi segenap jasad ini...detik2 indah bersama ibu masih ligat bermain di mindaku sehingga saat ini. Peribahasa melayu ada mengatakan "KASIH IBU MEMBAWA KESYURGA". "KASIH SAUDARA MASA BERADA"

 Saat hayat ibu masih ada, terasa letih mendengar leteran ibu yang tidak habis-habis, biasalah orang tua panjang leternya boleh cipta satu novel,, namun kini segalanya sepi, tiada lagi kedengaran semua itu, aku merindui semuanya tentang ibu. Perkara yang sangat-sangat aku kagumi pada arwah ibu walau sudah terlantar sakit  solatnya tetap tidak terlupa. Tertinggal waktu buat ibu rasa resah.

Maafkan anakmu ini ibu atas segala dosa-dosa terhadapmu, letih melayan karenahmu walhal sesungguhnya itu menunjukkan ibu mohon perhatian,,,anakmu ini sentiasa mendoakan semoga ibu bersemadi dalam aman dan di tempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah buat IBU...

Buat anda yang masih punya ibu sayangilah mereka sepenuh hati, layanilah dengan baik, ada kalanya kita terlepas perhatian pada ibu kita lantaran kesibukan urusan kehidupan, namun sesibuk manapun jangan sekali-kali abaikan ibu. Kasih ibu tiada pengganti hingga sampai kehujung nyawa. Sejuta sesal akan terasa bila mereka telah tiada" INGATLAH BAHAWA SYURGA ITU DI TELAPAK KAKI IBU".

" SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU YANG BAKAL TIBA "

Kepayahan hidup adalah motivasi


sekadar gambar hiasan
Bila memandang puteriku berusia 6 tahun masih terlalu kecil, masih didodoi, masih menyusu botol, cakap pun belum lurus.. ke sekolah segala-gala masih di urus...di hantar dengan kereta dan begitulah seterusnya..

Berbanding aku seawal usia 6 tahun sudah bijak mengurus diri, bangun seawal pagi segala-gala urus diri sendiri, harapkan ibu langsung tiada waktu, seawal subuh ibu sudah ke kebun menoreh getah,, apa-apa hal bijak-bijaklah mengurus segalanya. ke sekolah jalan kaki sejauh 7km setiap hari hingga ke tahun enam, di jalan raya berhabuk.   menyaksikan kedewasaanku demi menuntut secebis ilmu. kepayahan, keletihan semua tolak ketepi.  Mengurus diri sendiri..kadang-kadang ke sekolah tanpa menjama sarapan pagi dan kadang-kadang tidak di bekalkan dengan duit. jika ada  pun hanya 10 sen, 15sen atau 20 sen. bila rasa dahaga  pergi saja ke air pancuran berdekatan dengan sekolah, daifnya kehidupan masa lalu. baju pun basuh sendiri aduhai.

 Tugasan orang dewasa  ambil kayu api, angkat air di perigi itulah antara aktiviti yang dilakukan, bantu ibubapa angkat susu getah dari pohon ke pohon sehinggalah semuanya selesai, jika tidak melakukan semua itu sudah pasti kena leter, kena marah , tiada can untuk malas, bila merajuk maaflah jangan harap dipujuk, pujuklah diri sendiri.. bila kerja siap tidak pernah di puji, malah jika kerja tak seberapa siaplah habis kena marah..mana-mana adik beradik yang tidak ikut kata denda sedang menunggu.
 
Kini bila memikirkan semua itu rasa bersyukur kerana sejak kecil telah di motivasikan oleh orang tua dengan keadaan demikian, namun setelah bergelar IBU tidak pula sanggup melihat anak-anak susah, sebagaimana yang pernah  di lalui dahulu bimbang anak-anak rasa letih, keadaan ini mengundang sikap anak-anak jadi manja, mereka juga tidak pernah merasai keperitan hidup malah sentiasa rasa selesa.

Alhamdulillah kepayahan hidup masa lalu tidak melontar aku menjadi insan terpinggir malah bersyukur dengan segala kepayahan yang dilalui. keadaan itu bukan suatu penderitaan, rezeki sentiasa ada walau seadanya saja, masih dilingkari suasana ceria dan harmoni menghiasai kehidupan keluarga, apa lagi suasana kampung yang begitu damai dan tenang.

Datuk Sairin Karno terus berbisa di Adun Liawan



Bersama juara
Menyampaikan sumbangan kepada para pemenang pertandingan Putsal Dun Liawan/ 12 pasukan dari 12 kampung telah berentap merebut gelaran juara. (Program anjuran Kemas), Sumbangan hadiah daripada wakil rakyat Liawan.

Bersama warga UMS

Turut bersama Amir Datuk Ariff Ketua Daerah
Warga UMS dan sebahagian AJK Umno Bahagian Keningau
Antara yang hadir Pn. Amelia Ajun Ketua wanita umno parlimen Keningau dan ajk
Warga UMS telah melakukan lawatan sehari ke daerah Keningau dan makan tengahari bersama Datuk Sairin Karno wakil rakyat Dun Liawan bertempat di Pusat Kraf Sabah ( Keningau ). Antara tujuan lawatan bersilaturrahim bersama masyarakat pedalaman di Keningau.

Monday, 26 March 2012

Melakar Sejarah di Dewan PWTC

Merakam potret kenangan bersama rakan-rakan di dewan PWTC
Tersenyum bangga menerima anugerah kejayaan akhirnya tercapai impian yang ditunggu-tunggu
Bergambar bersama pengarah IPD OUM Malaysia Prof Dr Silva
daripada 21 pelajar dalam group ini, akhirnya yang tinggal hanya 11 pelajar yang berjaya melangkah ke Dewan Merdeka PWTC Kuala Lumpur
Dihadapan Dewan OUM KL
25hb Mac 2012-Akhirnya kami berjaya menyarungkan jubah ini ke tubuh masing-masing, semoga kejayaan pertama ini menyuntik semangat untuk terus melangkah, bukan mudah, disaat usia telah merangkak senja ditambah lagi dengan sarat pelbagai tanggungjawab, tanggungjawab untuk jabatan, tanggungjawab untuk keluarga dan banyak lagi, tumpuan untuk belajar ada kalanya terganggu, hanya kesungguhan dan kesabaran yang menguatkan semangat , InsyahAllah untuk kesekian kalinya impian untuk mengenggam segulung ijazah harus di realisasikan. 

Semoga sejarah akan terus dilakar mewarnai kehidupan sebagai seorang insan yang cintakan ilmu. Faktor usia bukan halangan. Teruskan perjuangan yang belum selesai. Buat rakan-rakan tahniah buat kita semua.

Thursday, 15 March 2012

Tokoh Ibu Cemerlang

Ibu ini cukup berbangga dengan kejayaan anak-anaknya hari ini. ketika saya menggambil gambarnya ibu ini cuba mengelak, namun saya memujuknya akhirnya dia mengalah. bukan apa saya tumpang gembira dengan kejayaan ibu ini dan anak-anaknya sekurang-kurang apa yang saya tulis dapat di kongsi dan boleh di jadikan sebagai motivasi  kepada ibu-ibu zaman sekarang. Kemiskinan bukan penghalang dalam memajukan anak-anak, berusaha adalah  tunggak kejayaan
Banglo tiga tingkat milik salah seorang anaknya ( ISTANA RIMBA)
salah seorang anak lelakinya yang berjaya dan cucu kembar
Perkahwinan salah seorang cucu perempuan dengan pasangannya berasal dari Bacok Kelantan
suasana majlis perkahwinan cucu ibu ini
Saya sungguh teruja menulis kisah Ibu ini bersama kejayaan anak-anaknya yang telah merubah kehidupan daripada kepayahan hingga kepada kejayaan. Kami tinggal sekampung namun tidak berjiran, berpuluh tahun tidak bertemu dengan ibu ini, hanya pernah bertemu ketika saya di zaman kanak-kanak. hanya sekali-sekala melalui kawasan tempat tinggalnya tapi tidak berkesempatan bertemu. Saya bertemu ibu ini ketika menghadiri majlis perkahwinan salah seorang cucunya. Melihat banglo tiga tingkat tersergam indah saya tergamam , saya tidak pernah tahu wujudnya sebuah banglo bagai istana disitu kerana ia agak tersorok dari pandangan, Banglo tiga tingkat itu milik salah seorang anak lelakinya, bekerja dengan kerajaan sebagai pegawai biasa, namun kegigihannya mencari rezki melalui berniaga telah merubah segalanya. kehidupan ibu ini suatu ketika dulu dilingkari kemiskinan tinggal di pondok usang bersama suami dan tujuh orang anaknya. Pekerjaan hanya menoreh getah dan berkebun, berkat kegigihan dan kesabaran ibu ini telah berjaya melalui getir kehidupan yang cukup menekan.

Kata ibu ini suaminya tidak sempat melihat kejayaan anak-anaknya kerana suaminya telah pergi ketika anak-anaknya masih dalam fasa persekolahan, dialah yang berjuang meneruskan usaha membanting tulang demi kelangsungan anak-anaknya terus berjaya dalam mengapai kejayaan. Di wajah ibu ini tergambar kebahagiaan dengan apa yang di nikmati hari ini. Ibu ini layak di berikan anugerah " Tokoh Ibu Cemerlang".

Thursday, 8 March 2012

YB Datuk Pairin Kitingan Ahli Parlimen Keningau turun padang

Salah seorang penerima, rakan sekolah, satu kelas di SMK Tambunan semasa di Tingkatan 4, 28 tahun baru dapat bertemu semula, hampir tidak mengenalinya, dia pun kata hampir tidak begitu mengenali saya kerana nampak kurus hehe.. kenal setelah nama saya di sebut oleh Datuk Pairin.. Rakan ini sempat bertanya, kenapa saya kurus??? jaga badan..
Datuk Pairin masih bertenaga ,semoga masih mendapat tempat di hati rakyat Parlimen Keningau untuk PRU 13, saya sempat bertanya bagaimana dengan Datuk Jefrey adiknya?, katanya biarkan dia, dia telah menjadi musuh dalam politik.
tidak sempat bersembang lama dengannya kerana orang kampung asyik bertemu dengannya, mengadu berbagai hal. Itulah wakil rakyat.

Apalah yang di bisikkan oleh warga emas ni..
Sumbangan daripada jabatan KEMAS
Kemas Parlimen Keningau merakam kenangan bersama Datuk Pairin
 Bersama Datuk Pairin Kitingan Ahli Parlimen Keningau- Datuk Pairin masih meneruskan sebagai calon MP dan Dun pada PRU 13 katanya.

8hb Mac- YB Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan Timbalan Ketua Menteri Sabah/ Ahli Parlimen Keningau menyampaikan sumbangan kepada masyarakat kampung Patau dalam kawasan Dun Tambunan. Seramai 40 ketua keluarga telah menerima sumbangan tersebut . Datuk Pairin mengingatkan kepada masyarakat  kampung
  berkenaan agar teruskan menyokong kerajaan Barisan Nasional, kerana hanya BN yang bersungguh-sungguh membela nasib rakyat lebih-lebih lagi masyarakat yang berada di Luar bandar.


Wednesday, 7 March 2012

Masyarakat Luar Bandar sentiasa di utamakan

Thomas Amir Situl Pemaju mukim dan pegawai kemas keningau menyampaikan sumbangan kepada salah seorang warga emas
Ibu Tunggal
Warga emas, ibu-ibu tunggal dan warga kurang upaya
 Kg. Bunga Raya dalam kawasan Dun Bingkor, seramai 37 orang masyarakat mendapat sumbangan berupa makanan asas daripada jabatan Kemas Parlimen Keningau.

Bengkel motivasi keibubapaan Kanak-kanak Tabika KEMAS

Pn. Mariah Regina Georgh Penyelia Pra Sekolah menyampaikan ceramah
Ibubapa kanak-kanak Tabika Kg. Pagansangan Dun Bingkor-6hb.mac
Tabika Kg. Keritan Ulu Dun Liawan-6hb mac
Tabika Kg. Selibog Dun Tambunan-5hb mac- tumpuan masyarakat Luar Bandar




 Bengkel keibubapaan anjuran Kemas Perlimen Keningau, program ini bertujuan memberi maklumat dan motivasi kepada ibu bapa dalam meningkatkan usaha dan komitemen dalam soal penjagaan anak untuk menjadi seorang insan yang berkualiti dan berjaya dalam mencapai kehidupan. di  samping memberi penerangan tentang penjagaan dan penyediaan makanan yang berkhasiat kepada anak-anak mereka yang berumur antara 3 hingga 6 tahun.

Seramai 30 orang ibu bapa kanak-kanak Tabika Kemas di setiap dun mengikuti bengkel ini yang telah di kendalikan oleh Penyelia Pra Sekolah Kemas Pn. Mariah Regina Georgh. Program ini di adakan di beberapa buah Tabika yang baru di wujudkan di seluruh Parlimen Keningau, Dun Bingkor, Dun Liawan dan Dun Tambunan.

Saturday, 3 March 2012

Sehari ke Sandakan

Tapak bangunan disalah satu kampung
Tapak bangunan ke dua
Makan tengahari Pasar Sandakan
Medan selera jalan pantai Sandakan
Lantaran kesibukan urusan untuk masyarakat luar bandar penulisan saya dalam blog ini tidak begitu lancar, inilah rutin kehidupan seorang hamba, sibuk mengejar masa dan ada kalanya tidak dapat mencapai apa yang di rencanakan. sesungguhnya kerjaya ini banyak menuntut pengorbanan, masa, tenaga juga wang ringgit demi satu matlamat ingin membantu semampu yang terdaya melunaskan tugasan untuk masyarakat luar bandar. 

Minggu lalu tiba-tiba bos menelefon, esok saya di arah ke Sandakan menggantikannya menghadiri mesyuarat, kerana saat itu bos telah berada di N9 menghadiri mesyuarat kewangan secara mendadak. Apa lagi saya yang menurut perintah akur dengan arahan bos. Keesokan harinya saya ke Lapangan terbang Antara Bangsa Kota Kinabalu dan bertemu rakan-rakan sejawatan yang akan bersama ke sandakan pada hari itu. Jam 11am kami pun berangkat menaiki pesawat MAS MH2046. lebih kurang 45minit kami mendarat di lapangan terbang sandakan. Sebuah van telah menunggu kami yang seramai 6 orang dari berbagai daerah salah seorangnya dari HQ. Ini yang entah keberapa puluh kali saya menjejak kaki ke daerah ini. Pemandu van dan salah seorang kontrekter membawa kami ke pasar sandakan untuk makan tengahari sebelum kami dibawa melawat ke tapak pembinaan bangunan sebentar lagi, dan itulah antara agenda yang bakal di bincang dalam mesyuarat pada jam2 ptg hari itu.

Wow! Makanan dah siap terhidang dengan banyaknya, kami terus bersantap kebetulan perut pun sedang lapar, menjamulah kami dengan penuh selera. wah memang menyelerakan sangat hidangan pada tengahari itu, apa tidaknya Ikan bakar, sotong bakar, ulam kerabu dan berbagai lagi di tambah lagi dengan sambal belacan kesukaan saya. Selesai kami bersantap kami bergegas ke sebuah perkampungan tepi laut saya lupa nama kampungnya, kampung inilah bakal di dirikan sebuah bangunan berupa KABIN, tiba di kampung berkenaan, saya agak kurang selesa berada di perkampungan itu kerana persekitaran kampungnya agak kotor dan berserabut maklum saja kedudukan kampung berada di tepi laut, di kolong-kolong rumah kelihatan sampah-sarap berserakan kerana air laut dalam keadaan surut. Bukan saja dari jabatan kami berada di tempat itu, malah dari agensi lain turut bersama namun kami di bawah satu kementeriaan. Selesai berbincang dengan pengerusi kampung berkenaan kami di bawa pula melawat kesatu lagi kampung, serupa juga perkampungan tepi laut, keadaannya serupa, lautan sampah sarap menghias sekitar tempat bangunan yang bakal di bina, saya berbisik kepada seorang rakan , saya katakan kepada rakan saya, jika saya tinggal di tempat sebegini pasti saya akan sakit seumur hidup. rakan saya tergelak...bukan mengata hanya meluah bisik hati yang terganggu dengan pemandangan yang agak meloyahkan.

Saya perhatikan, warga PTI ramai menghuni di kampung berkenaan, di persekitaran sampah sarap bertebaran menyakitkan pandangan, saya terfikir selesakah mereka dengan keadaan begitu, melainkan mereka sememangnya tidak kisah?...setelah selesai kami terus ke pejabat persekutuan Sandakan untuk memulakan mesyuarat kerana waktu hampir pukul 2 petang. Agenda mesyuarat hanya menjurus kepada pembinaan bangunan di beberapa daerah di negeri sabah pada tahun ini.  ( kami wakil daerah yang terpilih di minta menerangkan kedudukan tapak bangunaan yang bakal di bina di tempat masing-masing, Alhamdulillah mesyuarat selesai lebih kurang jam 5petang, kami bersurai bersama pegawai-pegawai lain. Kami beredar dari bangunan persekutuan menaiki van yang menjemput kami pagi itu. dan sekali lgi kami berangkat ke Lapangan terbang , penerbangan balik kami ke kota kinabalu lebih kurang jam 9 malam bersama pesawat Mas MH3037, aduhai alang-alang saja , sepatutnya kami bermalamlah untuk semalaman kah, jabatan pun tidak bagi huhu...tiba di lapangan terbang kota kinabalu lebih kurang  hampir jam 10malam dan terus balik ke daerah meredah belukar malam.

YB Datuk Sairin Karno Adun Liawan N.34 Keningau- Hanya BN mampu bela nasib rakyat

YB Datuk Hj Sairin Hj Karno Pembantu Menteri Luar Bandar Sabah, Adun Liawan menyampaikan sumbangan kepada warga emas, turut bersama PKR En. Rusdi Padiman
Kampung Padang Tembak Dun 34 Liawan Keningau- 2 Mac. YB Datuk Hj Sairin Karno mengingatkan rakyat supaya tidak terlalu bergantung dan memberi kepercayaan kepada pihak yang hanya mementingkan kedudukan daripada membela nasib rakyat dan negara. Berucap di hadapan lebih 100 hadirin di Kg. Padang Tembak Keningau, petang kelmarin, beliau berkata,  rakyat perlu meletakkan keyakinan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah membuktikan kemampuan untuk membawa banyak manfaat kepada rakyat. "Tidak ada pihak yang lebih baik memimpin negara melainkan kerajaan BN. Pembangkang pula sekadar janji tinggi melangit hanya ingin meraih sokongan. Kerajaan tidak pernah menipu rakyat, sentiasa menepati janjinya. "Apa yang penting, kerajaan sudah beri hasil, bukti dan melakukan tindakan. Tidak ada pihak lebih baik daripada BN dan rakyat tidak perlu bergantung kepada pembangkang," katanya pada majlis penyampaian bantuan sara diri, sumbangan daripada jabatan KEMAS Keningau.
.
Hadir sama PKR Dun Liawan En. Rosdi Pediman, dan agensi kerajaan RTM Keningau dan berbagai jabatan. Sairin menambah kata "Saya melihat  mana satu negeri yang boleh dijadikan cerminan kepada penghayatan gagasan 1Malaysia, barangkali Sabah ini negeri yang paling jelas, berbagai agama, suku namun mampu hidup dalam rukun, jauh dari sengketa. "Faktanya amat jelas. Sairin menambah agar ibu bapa mengutamakan pendidikan anak-anak , kerana anak-anak inilah bakal pewaris kepimpinan masa depan negara. Baik didikan maka baiklah anak-anak ini, dan merekalah yang akan membawa perubahan kepada corak pencaturan negara pada masa akan datang.