|
Tapak bangunan disalah satu kampung |
|
Tapak bangunan ke dua |
|
Makan tengahari Pasar Sandakan |
|
Medan selera jalan pantai Sandakan |
Lantaran kesibukan urusan untuk masyarakat luar bandar penulisan saya dalam blog ini tidak
begitu lancar, inilah rutin kehidupan seorang hamba, sibuk
mengejar masa dan ada kalanya tidak dapat mencapai apa yang di
rencanakan. sesungguhnya kerjaya ini banyak menuntut pengorbanan,
masa, tenaga juga wang ringgit demi satu matlamat ingin membantu semampu yang terdaya melunaskan tugasan untuk masyarakat luar bandar.
Minggu lalu tiba-tiba bos menelefon, esok saya di arah ke Sandakan
menggantikannya menghadiri mesyuarat, kerana saat itu bos telah berada
di N9 menghadiri mesyuarat kewangan secara mendadak. Apa lagi saya yang
menurut perintah akur dengan arahan bos. Keesokan harinya saya ke
Lapangan terbang Antara Bangsa Kota Kinabalu dan bertemu
rakan-rakan sejawatan yang akan bersama ke sandakan pada hari itu. Jam
11am kami pun berangkat menaiki pesawat MAS MH2046. lebih kurang 45minit
kami mendarat di lapangan terbang sandakan. Sebuah van telah menunggu
kami yang seramai 6 orang dari berbagai daerah salah seorangnya dari HQ.
Ini yang entah keberapa puluh kali saya menjejak kaki ke daerah ini.
Pemandu van dan salah seorang kontrekter membawa kami ke pasar sandakan
untuk makan tengahari sebelum kami dibawa melawat ke tapak pembinaan
bangunan sebentar lagi, dan itulah antara agenda yang bakal di bincang
dalam mesyuarat pada jam2 ptg hari itu.
Wow! Makanan dah siap terhidang dengan banyaknya, kami terus bersantap
kebetulan perut pun sedang lapar, menjamulah kami dengan penuh selera.
wah memang menyelerakan sangat hidangan pada tengahari itu, apa tidaknya
Ikan bakar, sotong bakar, ulam kerabu dan berbagai lagi di tambah lagi
dengan sambal belacan kesukaan saya. Selesai kami bersantap kami
bergegas ke sebuah perkampungan tepi laut saya lupa nama kampungnya,
kampung inilah bakal di dirikan sebuah bangunan berupa KABIN, tiba di kampung berkenaan,
saya agak kurang selesa berada di perkampungan itu kerana persekitaran
kampungnya agak kotor dan berserabut maklum saja kedudukan kampung
berada di tepi laut, di kolong-kolong rumah kelihatan sampah-sarap
berserakan kerana air laut dalam keadaan surut. Bukan saja dari jabatan
kami berada di tempat itu, malah dari agensi lain turut bersama namun
kami di bawah satu kementeriaan. Selesai berbincang dengan pengerusi
kampung berkenaan kami di bawa pula melawat kesatu lagi kampung, serupa
juga perkampungan tepi laut, keadaannya serupa, lautan sampah sarap
menghias sekitar tempat bangunan yang bakal di bina, saya berbisik
kepada seorang rakan , saya katakan kepada rakan saya, jika saya tinggal
di tempat sebegini pasti saya akan sakit seumur hidup. rakan saya
tergelak...bukan mengata hanya meluah bisik hati yang terganggu dengan
pemandangan yang agak meloyahkan.
Saya perhatikan, warga PTI ramai menghuni di kampung berkenaan, di
persekitaran sampah sarap bertebaran menyakitkan pandangan, saya
terfikir selesakah mereka dengan keadaan begitu, melainkan mereka
sememangnya tidak kisah?...setelah selesai kami terus ke pejabat
persekutuan Sandakan untuk memulakan mesyuarat kerana waktu hampir pukul
2 petang. Agenda mesyuarat hanya menjurus kepada pembinaan bangunan di
beberapa daerah di negeri sabah pada tahun ini. ( kami wakil daerah yang terpilih di minta menerangkan kedudukan tapak bangunaan yang bakal di bina di tempat masing-masing,
Alhamdulillah mesyuarat selesai lebih kurang jam 5petang, kami bersurai
bersama pegawai-pegawai lain. Kami beredar dari bangunan persekutuan
menaiki van yang menjemput kami pagi itu. dan sekali lgi kami berangkat
ke Lapangan terbang , penerbangan balik kami ke kota kinabalu lebih
kurang jam 9 malam bersama pesawat Mas MH3037, aduhai alang-alang saja ,
sepatutnya kami bermalamlah untuk semalaman kah, jabatan pun tidak bagi
huhu...tiba di lapangan terbang kota kinabalu lebih kurang hampir jam
10malam dan terus balik ke daerah meredah belukar malam.
No comments:
Post a Comment