Saturday, 3 March 2012

YB Datuk Sairin Karno Adun Liawan N.34 Keningau- Hanya BN mampu bela nasib rakyat

YB Datuk Hj Sairin Hj Karno Pembantu Menteri Luar Bandar Sabah, Adun Liawan menyampaikan sumbangan kepada warga emas, turut bersama PKR En. Rusdi Padiman
Kampung Padang Tembak Dun 34 Liawan Keningau- 2 Mac. YB Datuk Hj Sairin Karno mengingatkan rakyat supaya tidak terlalu bergantung dan memberi kepercayaan kepada pihak yang hanya mementingkan kedudukan daripada membela nasib rakyat dan negara. Berucap di hadapan lebih 100 hadirin di Kg. Padang Tembak Keningau, petang kelmarin, beliau berkata,  rakyat perlu meletakkan keyakinan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah membuktikan kemampuan untuk membawa banyak manfaat kepada rakyat. "Tidak ada pihak yang lebih baik memimpin negara melainkan kerajaan BN. Pembangkang pula sekadar janji tinggi melangit hanya ingin meraih sokongan. Kerajaan tidak pernah menipu rakyat, sentiasa menepati janjinya. "Apa yang penting, kerajaan sudah beri hasil, bukti dan melakukan tindakan. Tidak ada pihak lebih baik daripada BN dan rakyat tidak perlu bergantung kepada pembangkang," katanya pada majlis penyampaian bantuan sara diri, sumbangan daripada jabatan KEMAS Keningau.
.
Hadir sama PKR Dun Liawan En. Rosdi Pediman, dan agensi kerajaan RTM Keningau dan berbagai jabatan. Sairin menambah kata "Saya melihat  mana satu negeri yang boleh dijadikan cerminan kepada penghayatan gagasan 1Malaysia, barangkali Sabah ini negeri yang paling jelas, berbagai agama, suku namun mampu hidup dalam rukun, jauh dari sengketa. "Faktanya amat jelas. Sairin menambah agar ibu bapa mengutamakan pendidikan anak-anak , kerana anak-anak inilah bakal pewaris kepimpinan masa depan negara. Baik didikan maka baiklah anak-anak ini, dan merekalah yang akan membawa perubahan kepada corak pencaturan negara pada masa akan datang.



No comments:

Post a Comment