Tuesday, 27 March 2012

Sunyinya Tanpa IBU



sekadar gambar hiasan


Gemersik alunan suara Allahyarham Tan Sri P. Ramli mendendangkan lagu  'IBU" mendengarnya buat hatiku bergetar pilu, ingatan menerpa pada insan ini. Hari ini 27hb Mac 2012  genaplah dua tahun pemergian ibu. Tiada kudengar lagi leteran ibu,  kisah penderitaan ibu dizaman kanak-kanak, menjadi anak yatim seawal usia dua tahun,  menjadi anak angkat bapa saudara, kisah Ibu di zaman jepun, merasai nasi tradisi masakan ibu... ah terasa sangat sunyi dan sepi, rindu ini sering bertandang,  rindu yang teramat dalam, Saat ibu menghembus nafas terakhirnya begitu sukar untukku terima,  ibu sudah tiada didunia ini, ibu telah pergi meninggalkan kami buat selamanya. kepiluan menyelubungi segenap jasad ini...detik2 indah bersama ibu masih ligat bermain di mindaku sehingga saat ini. Peribahasa melayu ada mengatakan "KASIH IBU MEMBAWA KESYURGA". "KASIH SAUDARA MASA BERADA"

 Saat hayat ibu masih ada, terasa letih mendengar leteran ibu yang tidak habis-habis, biasalah orang tua panjang leternya boleh cipta satu novel,, namun kini segalanya sepi, tiada lagi kedengaran semua itu, aku merindui semuanya tentang ibu. Perkara yang sangat-sangat aku kagumi pada arwah ibu walau sudah terlantar sakit  solatnya tetap tidak terlupa. Tertinggal waktu buat ibu rasa resah.

Maafkan anakmu ini ibu atas segala dosa-dosa terhadapmu, letih melayan karenahmu walhal sesungguhnya itu menunjukkan ibu mohon perhatian,,,anakmu ini sentiasa mendoakan semoga ibu bersemadi dalam aman dan di tempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah buat IBU...

Buat anda yang masih punya ibu sayangilah mereka sepenuh hati, layanilah dengan baik, ada kalanya kita terlepas perhatian pada ibu kita lantaran kesibukan urusan kehidupan, namun sesibuk manapun jangan sekali-kali abaikan ibu. Kasih ibu tiada pengganti hingga sampai kehujung nyawa. Sejuta sesal akan terasa bila mereka telah tiada" INGATLAH BAHAWA SYURGA ITU DI TELAPAK KAKI IBU".

" SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU YANG BAKAL TIBA "

No comments:

Post a Comment