Friday, 31 August 2012

" Open House Keluarga 31 Ogos 2012







bersama keluarga En. Peter Maa, salah seorang pemimpin cina di daerah keningau
Tuan rumah sempat menari sumazau bersama tetamu

Para tetamu sedang berbaris menggambil juadah
Tetamu duduk sebelah kiri, rakan karib semasa sekolah rendah
Tuan rumah bersama masyarakat cina 
Turut hadir KP Umno En. Azman Hj Ruslan
Datuk Sairin Karno tuan rumah Menyampaikan angpau kepada anak-anak
31hb Ogos- seperti biasa keluarga kami mengadakan majlis rumah terbuka sempena hari raya aidil fitri ditempat biasa iaitu ditempat kediaman keluarga di kampung Pamalan. Tempat ini adalah tempat berkumpulnya kami bersaudara, walaupun kedua ibu bapa telah tiada, namun majlis ini sentiasa kami adakan.

Majlis ini telah menjadi amalan kami laksanakan secara bergotong royong antara adik-beradik masing-masing melakukan tugasan dan alhamdulillah diatas kesepakatan majlis ini berjalan lancar. Majlis kali ini agak luar biasa, kerana kehadiran tetamu mungkin mencapai hampir 5 ribu orang..tidak seperti tahun-tahun lalu tetamu hadir tidak sampai ketahap begini,  jemputan bermula jam 12thari namun seawal jam 10 pagi tetamu telah mula datang. Majlis ini kami adakan setiap tahun dan sudah menjadi kewajiban harus diadakan kerana masyarakat telah sedia maklum dan sentiasa di nanti-nanti. Teringat amanat bapa ketika hayatnya masih ada " pesannya andai suatu ketika setelah mereka sudah tiada teruskan amalan ini , "setiap tamu yang datang adalah rezki, tidak mengira bangsa Agama, warna kulit. kita adalah sama" mereka saudara kita, mereka keluarga kita" itulah ayat keramat bapa tinggalkan..

Tarik keramat ini pasti tidak akan terlupa kerana tarikh ini adalah tarikh pemergian bapa kealam berzah..
kebetulan pula tarikh ini jatuh semasa hari lebaran, kerana itu setiap kali tarikh ini datang bacaan tahlil dan doa untuk kedua mereka sentiasa kami adakan. Majlis ini berakhir dalam sekitar  jam11 malam...tetamu yang terbelakang agaknya makanan sudah tidak seberapa mohon maaf sajalah kiranya sudah tidak mencapai cita rasa yang sepatutnya.

Kepada semua tetamu kami mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudian berkunjung, dan mohon jutaan kemaafan diatas segala kekurangan atau kurang layanan InsyahAllah semoga tahun depan kita akan bersama kembali dalam majlis seumpama ini. Moga Allah memberi kesihatan yang baik buat kita semua. "ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA, ORANG MEMBERI KITA MERASA".

' MAAF ZAHIR DAN BATIN ' dari kami sekeluarga.
MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA!..

Anak Kampung- (Inilah Anak-anak Hj Karno) salah seorang abang tidak tidak dapat bersama dalam gambar ini.


Wednesday, 29 August 2012

' Sekalung Tahniah GDW Kg. Tudan Baru Keningau Sabah

YB Datuk Hj Sairin Hj Karno Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah menyampaikan hadiah kepada GDW Kg. Tudan Baru Keningau. Johan diperingkat Negeri Sabah - En. Ahmud Hj Seribin Pengerusi GDW menerima hadiah tersebut, Turut sama Pengarah Kemas Sabah En. Zamri Mohamad
Naib Johan daripada Daerah Semporna
Ketiga daripada Kg. Paka 2 Daerah Ranau
29hb ogos 2012- Sekali lagi GDW Kg. Tudan Baru Keningau di nobatkan sebagai kampung cemerlang diperingkat Negeri Sabah. Sekalung tahniah buat warganya diatas usaha dan kerja keras dalam mencapai kecemerlangan ini, Kampung ini akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan yang akan bermula pengadilannya pada 5hb september ini.

Majlis penyampaian hadiah ini telah di sempurnakan oleh YB Datuk Hj Sairin Hj Karno timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, di kampung Tudan Baru Keningau bertempat di dewan serbaguna.
Tahniah kepada semua kampung GDW yang berjaya. Kampung anda tanggungjawab anda, kami tumpang gembira diatas kejayaan ini.


Monday, 27 August 2012

Ibu meninggal dunia dalam keadaan memeluk anaknya

 
Dunia ini sudah tiada keamanan..
Sedihnya melihat seorang ibu meninggal dunia dalam keadaan memeluk anaknya. Kelu lidah untuk berkata-kata apabila melihat gambar ini, dan tanpa sedar mengalir air mata melihat gambar yang penuh tragis ini. Gambar sebelah kiri menunjukkan seorang ibu meninggal dunia dalam keadaan memeluk anaknya. Mereka di antara syuhada’ yang gugur syahid dibunuh dan disembelih oleh rejim Basyar dalam pembunuhan besar-besaran di Darayya, sekitar Dimasyq semalam. Gambar kanan pula menunjukkan gambar yang hampir sama, tetapi ia berlaku ketika peritiwa Hama pada tahun 1982 yang dilakukan oleh ayah Basyar, Hafeez Asad. Peristiwa Hama merupakan di antara peristiwa paling tragis berlaku kepada rakyat Syria yang menyaksikan pembunuhan seramai 40 000 ribu Sunni di Syria.


Ya Allah, hancurkanlah mereka dan hinakanlah mereka di atas segala kezaliman yang telah dilakukan kepada umat Islam.

Penyembelihan terbaru yang dilakukan oleh tentera rejim Basyar di bandar Darayya, sekitar Dimasyq semalam (25/8/2012) sehingga mengorbankan lebih 400 orang. Pembunuhan terbesar tersebut dilakukan oleh para syabbihah (tali barut Basyar) dan juga tentera rejim dengan menyembelih dan menembak masyarakat awam di Darayya dari kalangan kanak-kanak, wanita, lelaki dan juga orang tua.
Semoga Allah melaknat mereka di atas pertumpahan darah yang dilakukan ke atas umat Islam tanpa hak.
( Berita luar negara).
sumber Harian Metro

Sunday, 26 August 2012

Salahkah Aku curiga




Salahkah aku curiga kerana diluar sana tiada lagi kedamaian
Salahkah aku berburuk sangkah kerana disekitar  tiada lagi kepercayaan,
jiran tetangga, saudara, dan siapa saja,..
jangan kau pandang dia alim kerana berkopiah dan berjubah..
dia bukan malaikat ....
seorang bapa,
seorang abang
seorang datok......
salahkah aku curiga.....
salahkan perempuan itu berpakaian seksi
dialah  pembangkit berahi....benarkah..
lalu nafsu  dilempias pada  si kecil itu.. yang belum mengerti apa-apa
sesudah itu..
di bunuh
di bakar.....apa sudah jadi pada kehidupan ini
Damaikah lagi alam ini...
setiap langkah penuh dengan curiga,,
dan salah kah aku harus curiga...



Thursday, 23 August 2012

RAHSIA KEHEBATAN YAHUDI

BARANGKALI sebahagian besar daripada kita melihat konflik di Asia Barat antara Israel dan Palestin dengan penuh persoalan; kenapa Israel kuat dan sukar ditewaskan? Israel kini menjadi satu-satunya negara Yahudi selepas merampas daripada Palestin tahun 1948. Israel yang saiznya jauh lebih kecil berbanding negara-negara dunia Arab. Tetapi sejak 1948 hingga kini Israel terus kuat, apa lagi dengan sokongan padu oleh Amerika Syarikat (AS). Maka kita pun berkata, Yahudi di Israel hebat kerana diberi perlindungan oleh AS. Melihat Yahudi di Israel dalam penguasaan politik di Asia Barat sebenarnya berbeza dengan melihat kejayaan dan penguasaan Yahudi di peringkat global. Yahudi pada relatifnya tidak ramai. Tetapi Yahudi muncul sebagai bangsa yang berkuasa daripada sudut ekonomi dan teknologi. Buku Mengapa Yahudi Berprestasi ini membawa kita menyusuri banyak hujah yang menyuraikan persoalan tersebut. Suatu yang penting dimuatkan dalam buku ini ialah sikap orang Yahudi yang berkerja keras dan sentiasa berazam menguasai ilmu setinggi yang mungkin. Dengan ilmu Yahudi boleh menguasai dunia.

Satu hakikat yang kita tidak dapat menolaknya ialah Yahudi didokong oleh warga yang patriotik terhadap bangsanya. Sebelum ini buku The Jews Contribution to the 20th Century susunan Alan Symons telah menyenaraikan 1,000 tokoh Yahudi di pelbagai bidang. Dari korporat, sastera, filem dan falsafah, semuanya dikuasai oleh tokoh berbangsa Yahudi. Bangsa lain tidak begitu beriltizam untuk memperjuangkan bangsanya. Pengalaman pahit pada era Nazi pimpinan Hitler adalah cetusan kebangkitan Yahudi abad ke-20. Jumlah 1,000 tokoh dalam senarai Symons ini datangnya dari 40 buah negara di dunia. Pada akhir abad ke-20, Spielberg diangkat sebagai wira apabila menghasilkan filem Schindler's List. Filem ini mengingatkan kekejaman terhadap Yahudi semasa Perang Dunia Kedua di Jerman. Penulis buku Mengapa Yahudi Berprestasi pula sangat realistik apabila menyenaraikan sekian banyak tokoh Yahudi dalam pelbagai bidang yang seterusnya menguasai dunia. Tokoh-tokoh ini bukan melalui jalan singkat tetapi berkerja keras selain tidak berpecah belah seperti banyak bangsa lain yang kemudiannya melemahkan bangsa tersebut. Tetapi Yahudi bersatu dan saling membantu demi bangsanya.

Yahudi tidak seperti bangsa-bangsa lain yang sangat kemaruk dengan politik kononnya boleh membantu bangsa. Tetapi politik sebenarnya bergantung kepada kuasa ekonomi yang dipegang oleh Yahudi. Di AS misalnya, biar siapa pun yang dipilih menjadi Presiden, yang menentukan haluannya ialah Yahudi. Sebab itu Barack Obama semasa berkempen dan semasa baru menjadi Presiden memperlihatkan dasarnya mendekati dunia Islam. Tetapi lihatlah apa yang berlaku sekarang? Obama tidak boleh mengubah dasar yang ditentukan Yahudi sesuka hati. Akhirnya Obama juga seperti Bush yang berhasrat menyerang Iran sebabnya Iran satu-satunya negara di dunia Islam yang memberi masalah kepada Yahudi di Israel.
Menurut buku ini, pengalaman hidup yang pahit serta kemampuan mendepani pelbagai tentangan telah membawa kepada satu hipotesis bahawa Yahudi bertahan kerana mahu terus hidup. Mereka seakan-akan terus hidup dalam suasana terancam dan ini telah mempengaruhi psikologi sense of competition. Ini menjadikan mereka sentiasa waspada, proaktif dan kuat dalam semua bidang.
Dengan bermodalkan kemampuan untuk terus hidup dalam setiap pentas sejarah telah dijadikan fakta keunggulan bangsa untuk terus meraih kejayaan. Yahudi memang berkiblatkan wang kerana wang adalah kuasa. Tetapi mereka tidak ada jalan pintas untuk mendapat wang kecuali berkerja keras dan berfikiran cerdas.

Yahudi telah lama mengalihkan sesuatu yang negatif menjadi positif. Misalnya pada setiap tragedi yang menyakitkan dilihat sudut positif sebagai pendorong mendepani tentangan. ForbesBayangkan, majalah Forbes telah mencatatkan 400 orang terkaya di dunia setakat ini di mana 45 peratus daripadanya adalah Yahudi padahal populasi Yahudi hanya dua peratus daripada penduduk Amerika Syarikat. Selain itu 20 peratus profesor yang mengajar di universiti ulung di AS adalah Yahudi, 40 peratus syarikat perundangan di bandar raya New York dan Washington dimiliki oleh Yahudi. Di dunia ini ada bangsa yang besar pun boleh terpecah dua atau tiga kerana berbeza fahaman politik biarpun satu agama. Akhirnya bangsa lain yang lebih kecil tetapi bersatu telah menguasai ekonomi. Tetapi perpecahan begini tidak berlaku kalangan Yahudi kerana mereka sedar dengan jumlah yang kecil tetapi mempunyai otak (kebijaksanaan) yang besar, mereka boleh berkuasa. Untuk mendapatkan otak yang besar Yahudi terpaksa berusaha berlipat ganda sebagai golongan minoriti khususnya di AS. Sebenarnya untuk duduk sebagai orang nombor satu mengepalai syarikat gergasi di AS bukanlah mudah. Tetapi Yahudi boleh melakukannya kerana kesatuan dan sangat yakin dengan bangsanya. Maka kita tidak perlulah menjadi panik apabila dikaitkan dengan Yahudi. Ini kerana jaringan Yahudi berada di sekeliling kita dan kita pula memanfaatkan mereka, setidak-tidaknya barangan yang ada pertalian dengan Yahudi. Kenapa kita tidak mencontohi Yahudi sebagai bangsa yang bersatu, berkerja keras dan sentiasa sanggup mendepani tentangan. Sebabnya itulah kunci mengapa Yahudi berprestasi tinggi di seluruh dunia.
Sumber Utusan

Wednesday, 22 August 2012

Kembara Sepi di Kota JAKARTA

Persembahan lagu-lagu tradisi jawa untuk para pelancong

Persembahan Angklung
Lapangan Terbang Bung Karno Jakarta
Kota Jakarta sepi , kebanyakan penghuninya kembali ke kampung halaman menyambut lebaran

Suasana bandaraya kota Jakarta diwaktu pagi

Bangunan sebelah kanan ini tempat shopingsakan kalau mau, saya hampir ngak mau pulang sudah teruja bila melihat pelbagai barangan yang mengoda jiwa- Mall mangga 2




Sedang berehat dikawasan Taman Bogor

kedua puteriku

Kereta Kuda di Bandaraya Kota Jakarta, kenderaan tradisi

Produk Kg. Daun
Sebahagian Landskap Kg. Daun
Puteriku Nonong memetik buah Strowberry
Puteriku Nonong sempat menaiki kuda




Taman Rusa, terdapat beribu rusa ditaman ini yang begitu jinak, mesra pengunjung

menaiki Teksi melawat-lawat sekitar bandar kota Jakarta
Tempat ini terdapat tanaman buah ceari yang boleh dipetik oleh para pengunjung

16hb Ogos 2012- Menaiki pesawat AirAsia lebih kurang jam 5.45pm menuju ke Kota Jakarta, empat hari sebelum syawal menjelang tiba saya dan keluarga memulakan lawatan ke kota ini. Kami melancong secara persendirian bukan melalui rombongan pakej. Saat berada di udara waktu malam mulai menjengah, pramugari memberitahu lebih kurang 2 jam 45minit penerbangan untuk sampai ke destinasi. Walaupun dalam keadaan berpuasa namun masih gagah menahan lapar dan dahaga, rupanya malaysia dan Jakarta berbeza waktunya. Kami berbuka puasa di udara lebih kurang hampir jam 6pm waktu Jakarta, mungkin telahpun memasuki kawasan negara itu, sedang waktu malaysia telah melewati jam7.30 mlm.

Tepat jam 8.30mlm pesawat selesai mendarat di Lapangan Terbang Bung Karno, Tidak begitu jelas bagaimana suasana kota ini kerana telah melewati waktu malam, saat pesawat mendarat saya hanya melihat lampu-lampu gemerlapan menghias kotanya. Selesai menggambil bag kami menaiki teksi menuju ke Hotel IBIS yang telah di tempah melalui enternet. Kata Pak supir jalan ketika ini tidak begitu sibuk kerana sebahagian penghuni kota telah kembali ke kampung halaman menyambut lebaran yang di jadualkan berlangsung hanya beberapa hari lagi. Biasanya untuk sampai ke bandaraya adakalanya memakan masa sehingga tiga jam lamanya kerana jalannya macet. Perasaan gayat ketika dalam teksi kerana pak supir memandu terlalu laju, ketika dalam teksi mata saya cuba memandang kekiri dan kanan tidak sabar-sabar melihat bagaimana sebenar wajah kota jakarta namun tidak jelas kerana suasana malam.

17hb Ogos- Pagi keesokan harinya, saya tidak sabar-sabar melihat kotanya, saya hanya melihat melalui jendela hotel, kebetulan kami menginap di tingkat 10,  saya dapat melihat keseluruhan kotanya, owh.. bangunannya tinggi-tinggi, padat , Kotanya lebih luas dari Kuala Lumpur. Siangnya kami melawat-lawat sekitar bandaraya sebelum melawat ke Daerah Bogor hanya sempat melihat sekitar taman yang segar menghijau.

18hb Ogos- Jam 11.pagi kami menaiki van disewa khas menuju ke  Bandung...Perjalanan ke Bandung memakan masa lebih kurang 2 jam. Sebelum sampai ke tempat penginapan kami sempat singgah di SAUNG ANGKLUNG UDJO, -Pertunjukan Bambu Saung Angklung Udjo, saya begitu teruja mendengar Gemaya Gemersiknya Alunan Angklung di persembahkan mendamai jiwa, meresap kekalbu, walaupun ia merupakan alat muzik tradisi namun ia mampu mendorong mencipta kedamaian alam. Persembahan selainnya tidak sempat kami tonton kerana kami tiba agak lewat, yang seronoknya pengunjung dilibat sama bermain angklung ini beramai-ramai dan diajar pula bunyi-bunyian dari setiap negeri di negara berkenaan.

KG. DAUN-  antara tempat yang sangat menarik perhatian saya, sebuah perkampungan yang sudah terkenal diseluruh Dunia. Kampung Daun ini sarat dengan pengunjung setiap hari dari pelbagai negara. Kampung yang paling indah di Malaysia ini pun, belum tentu ada yang menandingi kehebatan kampung tersebut. Walau pun kawasannya tidak seluas mana namun masyarakatnya begitu kreatif dalam mendayakan dan menggunakan apa yang ada di kampung tersebut. Pondok-pondok tradisi di dirikan, pohonan hijau dibiar meredup, diusai rapi, Landskap bagai berada di sebuah rimba, desiran air terjun mengalir buatan sendiri, terdapat restoran dengan menu masakan pelbagai etnik, antara faktor utama daya tarikan pelancong, persembahan tarian tradisi masyarakatnya, kebersihannya sentiasa dijaga...Apakah kehebatan kampung tersebut yang telah mendorong bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Mahatir, maka lahirlah idea beliau agar setiap perkampungan di Malaysia ini, wujudkan Kampung Gerakan Daya Wawasan..mahu melihat setiap kampung berdaya maju, kreatif, menarik dan mengguntungkan. Begitu besarnya harapan Tun Mahatir agar masyarakat di  Malaysia ini mempunyai pemikiran positif, berwawasan  bersaing dengan bangsa lain agar tidak ketinggalan dalam semua aspek khususnya kepada masyarakat kampung.

19hb- kami menyambut lebaran di Kota Bandung, kami meneruskan lawatan seterusnya ke beberapa tempat yang belum sempat dikunjungi. Di bandar bandung lebaran pertama tetap sesak suasana sibuk, keriuhan kenderaan dan manusianya, kata pak supir, kebiasaannya hari raya pertama masyarakat disana liburan hanya setahun sekali..berbeza di malaysia raya pertama semua kaum keluarga berkumpul di rumah masing-masing menyediahkan juadah menyambut tetamu.." LAIN PADANG LAIN BELALANG...begitulah kata bidalan..


Pintu gerbang Kg. Daun Bandung dibina gaya klasik namun menarik
Kehijauan disekitar mendamaikan pandangan dan menyegarkan
Kami tidak berkesempatan berkunjung ke Tangkuban Perahu kerana dipintu masuk menuju kesana terhalang oleh para pendemontrasi menentang pemerintah...namun para pendemontrasi ini tidak pula seperti di negara malaysia segala harta awan di rosakkan dan buat kekacawan, mereka disana demontrasi tapi dalam keadaan aman saja.

Hari raya ke empat kami berangkat balik ke tanah air, pengalaman berada dirantau orang saat di musim raya terasa sunyi kerana tidak bersama kaum keluarga namun apa nak buat sekurang-kurang pengalaman menyumbang dan diterjemahkan dalam makna sebuah kehidupan, bahawa kehidupan ini bukan sentiasa dalam suasana yang kita harapkan dan begitulah sebaliknya. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung. Salam Raya Maaf Zahir dan Batin.