|
bersama keluarga En. Peter Maa, salah seorang pemimpin cina di daerah keningau |
|
Tuan rumah sempat menari sumazau bersama tetamu |
|
Para tetamu sedang berbaris menggambil juadah |
|
Tetamu duduk sebelah kiri, rakan karib semasa sekolah rendah |
|
Tuan rumah bersama masyarakat cina |
|
Turut hadir KP Umno En. Azman Hj Ruslan |
|
Datuk Sairin Karno tuan rumah Menyampaikan angpau kepada anak-anak |
31hb Ogos- seperti biasa keluarga kami mengadakan majlis rumah terbuka sempena hari raya aidil fitri ditempat biasa iaitu ditempat kediaman keluarga di kampung Pamalan. Tempat ini adalah tempat berkumpulnya kami bersaudara, walaupun kedua ibu bapa telah tiada, namun majlis ini sentiasa kami adakan.
Majlis ini telah menjadi amalan kami laksanakan secara bergotong royong antara adik-beradik masing-masing melakukan tugasan dan alhamdulillah diatas kesepakatan majlis ini berjalan lancar. Majlis kali ini agak luar biasa, kerana kehadiran tetamu mungkin mencapai hampir 5 ribu orang..tidak seperti tahun-tahun lalu tetamu hadir tidak sampai ketahap begini, jemputan bermula jam 12thari namun seawal jam 10 pagi tetamu telah mula datang. Majlis ini kami adakan setiap tahun dan sudah menjadi kewajiban harus diadakan kerana masyarakat telah sedia maklum dan sentiasa di nanti-nanti. Teringat amanat bapa ketika hayatnya masih ada " pesannya andai suatu ketika setelah mereka sudah tiada teruskan amalan ini , "setiap tamu yang datang adalah rezki, tidak mengira bangsa Agama, warna kulit. kita adalah sama" mereka saudara kita, mereka keluarga kita" itulah ayat keramat bapa tinggalkan..
Tarik keramat ini pasti tidak akan terlupa kerana tarikh ini adalah tarikh pemergian bapa kealam berzah..
kebetulan pula tarikh ini jatuh semasa hari lebaran, kerana itu setiap kali tarikh ini datang bacaan tahlil dan doa untuk kedua mereka sentiasa kami adakan. Majlis ini berakhir dalam sekitar jam11 malam...tetamu yang terbelakang agaknya makanan sudah tidak seberapa mohon maaf sajalah kiranya sudah tidak mencapai cita rasa yang sepatutnya.
Kepada semua tetamu kami mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudian berkunjung, dan mohon jutaan kemaafan diatas segala kekurangan atau kurang layanan InsyahAllah semoga tahun depan kita akan bersama kembali dalam majlis seumpama ini. Moga Allah memberi kesihatan yang baik buat kita semua. "ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA, ORANG MEMBERI KITA MERASA".
' MAAF ZAHIR DAN BATIN ' dari kami sekeluarga.
MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA!..
|
Anak Kampung- (Inilah Anak-anak Hj Karno) salah seorang abang tidak tidak dapat bersama dalam gambar ini. | | | |
|
|
No comments:
Post a Comment