|
YB Datuk Hj Sairin Hj Karno Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah menyampaikan hadiah kepada GDW Kg. Tudan Baru Keningau. Johan diperingkat Negeri Sabah - En. Ahmud Hj Seribin Pengerusi GDW menerima hadiah tersebut, Turut sama Pengarah Kemas Sabah En. Zamri Mohamad |
|
Naib Johan daripada Daerah Semporna |
|
Ketiga daripada Kg. Paka 2 Daerah Ranau |
29hb ogos 2012- Sekali lagi GDW Kg. Tudan Baru Keningau di nobatkan sebagai kampung cemerlang diperingkat Negeri Sabah. Sekalung tahniah buat warganya diatas usaha dan kerja keras dalam mencapai kecemerlangan ini, Kampung ini akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan yang akan bermula pengadilannya pada 5hb september ini.
Majlis penyampaian hadiah ini telah di sempurnakan oleh YB Datuk Hj Sairin Hj Karno timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, di kampung Tudan Baru Keningau bertempat di dewan serbaguna.
Tahniah kepada semua kampung GDW yang berjaya. Kampung anda tanggungjawab anda, kami tumpang gembira diatas kejayaan ini.
No comments:
Post a Comment