Bersabarlah si pari-pari |
Di kalangan sahabat wanitaku biasa berkongsi masalah bila bertemu denganku tapi jarang sekali bercakap hal-hal begini dalam telefon, biasalah topik utama yang wanita selalu bincangkan adalah hal-hal rumahtangga. Fikiranku masih tertumpuh pada mesej yang aku terima pagi tadi, masih mencari-cari siapakah gerangan yang empunya nombor. Oleh kerana keinginanku ingin tahu kudail nombor itu menggunakan telefon pejabat, kedengaran suara seorang wanita menyambut, aku perkenalkan diriku, sah memang dia kenal aku, isteri kepada seorang sahabat yang kukenali.
Aku bertanya perihal mesej yang dihantarnya padaku, dia tergelak kecil oh rupanya dia sedang melalui krisis rumahtangga gara-gara suaminya ada kekasih gelap. Dia bertanya padaku tentang suaminya. Aku berkata jujur aku tak tahu langsung tentang hal-hal suaminya..kerana selama aku kenal suaminya tidak terlihat ciri-ciri dia seorang lelaki mata keranjang atau buaya darat pada pandangan aku, kerana perwatakannya nampak tegas. Tak terfikir langsung dia ada hubungan dengan wanita lain.
Wanita ini adarupa, ada kerjaya kenapa suami masih mencari yang lain??? suaminya pula
tak handsome mana pun berlagak saja lebih...hem.. Semua insan tak lari dari masalah hidup hanya mungkin berbeza saja.
No comments:
Post a Comment