Oh Tidak!
Awas! Teman Guting Dalam Lipatan!
Sakitnya hati ini bagai ditusuk gunting bertubi-tubi apabila kita mempunyai teman yang merupakan teman gunting dalam lipatan. Teman yang kita percaya 100% yang kita harapkan tidak pernah akan mengecewakan kita akhirnya menikam kita dari belakang. Individu yang seperti ini, kita namakan, gunting dalam lipatan.
Pasti ramai diantara kita yang tertanya-tanya mengapa kita ada teman yang sedemikian kerana kita tidak pernah mempunyai niat yang buruk akan teman kita. Bersabarlah, hati manusiakan berbeza.beza, tidak sama dengan rambut yang sama warnanya. Rambut pun kini boleh diblond supaya tak sama hitam.
Tahukah anda apakah cirri-ciri teman yang boleh dikategorikan sebagai tman gunting dalam lipatan?
1) Berpura-pura baik: Di hadapan kamu, pijak semut pun tak mati. Pandai sangat bermuka-muka. Teman yang seperti ini biasanya tidak ikhlas menolong kita. Mereka akan pura-pura bersungguh-sungguh untuk menolong kita dan berlagak seperti insan yang sangat memahami dan dalam masa yang sama, mereka akan cuba membuat kamu menjadi lebih susah.
2) Suka menghasut: Dalam erti kata lain, suka menglaga-lagakan supaya kita bergaduh dengan teman-teman kita yang lain. Dalam keadaan ini, kerana kita sangat mempercayai teman kita itu, kita sanggup mengikuti apa sahaja kehendak teman kita itu untuk membenci orang yang diburuk-burukkan itu.
3) Tidak berpuas hati: Mereka ini tergolong kepada individu yang seringkali tidak berpuas hati dengan segala perkara yang baik yang hendak dilakukan oleh kita. Pastinya mereka akan membangkang dan akan memberi idea yang lain untuk mengalih perhatian kita supaya kita tidak melakukan perkara yang baik itu. Tup tup, rupanya mereka yang membuat perkara baik itu dalam diam. Kita juga yang rugi dan bodoh.
4) Hasad dengki: Pastinya dia tidak rela melihat diri kita ini lebih daripada dirinya. Perasaan iri hati akan membuak jika dia lihat diri kita lebih cemerlang, lebih cantik dan sebagainya. Pasti dia mempunyai rancangan untuk menjatuhkan diri kita. Berhati-hatilah. Individu yang sebegini sangat bahaya.
5) Mulut Manis: Di hadapan kamu, mulutnya manis seperti gula. Memuji dan menyanjung kamu bak sang puteri tetapi di belakang kamu, mengutuk kamu pada teman-teman yang lain sehingga teman-teman yang lain membenci kamu.
Apa yang kita mampu jika kita menjadi mangsa keadaan ialah kita patut bersabar dan menjauhi individu tersebut tetapi janganlah kita membenci dan menyimpan dendam terhadap individu tersebut.
No comments:
Post a Comment