Parti Barisan Nasional |
Inilah calon-calon BN Parlimen dan Dun/ Calon BN ditentang daripada PKR/SAPP/STAR dan Bebas |
Ini pula daripada parti STAR |
Tepat jam 10.40 pagi tadi proses penamaan calon bagi Parlimen 180 Keningau dan Dun 32 Tambunan/ Dun 33 Bingkor dan Dun 34 Liawan selesai dengan jayanya. Sepanjang proses itu dijalankan para penyokong masing-masing berkumpul di padang kompleks sukan Keningau dalam keadaan aman damai sentiasa terkawal hanya berlaku sedikit kekecohan diantara penyokong BN dan penyokong STAR, puncanya saya kurang jelas mungkin juga kerana masing-masing bersorak dengan slogan parti masing-masing lalu bertukar panas. Namun dapat ditenangkan oleh pengawal keselamatan yang bertugas disitu. Itu hanya perkara biasa dalam suasana pilihan raya.
Para penyokong PKR dan SAPP pula dilihat begitu tenang tiada kedengaran melalak atau bertempik mungkin juga ada tetapi dalam keadaan biasa-biasa saja. Namun apa yang jelas penyokong BN lebih ramai berbanding penyokong pembangkang, kerana pembangkang sendiri tidak bersatu dan rapuh.
Rakyat keningau masih memerlukan kerajaan BN mengurus tadbir daerah pedalaman ini, hanya BN yang terbaik untuk rakyat dan hanya kerajaan BN yang mampu memberi segala keperluan rakyat, pembangkang hanya bercakap kosong yang mana tidak pernah menyumbang apa-apa kemajuan untuk rakyat, cakap-cakap kosong pembangkang pun rakyat percaya, kenapa mereka harus menyokong parti yang tidak pernah sekali-kali berbudi kepada rakyat. Insaflah hai rakyat pedalaman, mari kita menangkan BN. Tatap BN Yang Terbaik.
Calon BN Parlimen 180 Keningau - Datuk Pairin Kitingan ( PBS )
Calon BN Dun 32 Tambunan - Datuk Pairin Kitingan ( PBS )
Calon BN Dun 33 Bingkor - Kenedy Datuk John Angian ( UPKO )
Calon BN Dun 34 Liawan - Datuk Hj Sairin Karno ( UMNO )
No comments:
Post a Comment