31 OGOS MERDEKANYA SEORANG BAPA |
Setiap kali hadirmu 31 ogos, jiwaku rasa sebak, pada tarikh ini terlakar kisah duka pemergian seorang insan yang amat kukasihi. Aku masih ingat saat itu diambang merdeka menjelang subuh dia telah menghembuskan nafasnya kali terakhir ketika dipangkuan salah seorang abangku. Setelah Beberapa jam dia menunggu ketibaannya kerana sibuk melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat disekitar daerah, kata bapa dia tidak akan pergi selagi anaknya itu tidak ditatap wajahnya untuk kali terakhir...sedang kami sekeluarga sejak dari petang itu duduk mengelilingi jasad bapa yang semakin lemah tidak berdaya namun masih mampu berbicara sepatah dua kata..
Detik yang amat mengharukan saat abangku tiba dia lantas mendapatkan bapa dan didakapnya tubuh lemah itu dan diipangku separuh tubuhnya sambil dia membaca syahadah di bisik ditelinga bapa berulang kali, bapa turut mengucap berulang kali meski suaranya tidak kedengaran namun nampak pada gerak bibirnya, beberapa saat kemudian dia sempat berkata dlm nada yg amat perlahan dia hendak pergi kemudian dia menarik nafasnya perlahan dan akhirnya terhenti. Aduhhh ..hanya Tuhan yang tahu betapa sedihnya saat itu. Itulah kali pertama aku menyaksikan seorang hamba Allah menghembuskan nafas untuk kali terakhir bertemu sang pencipta. Ya Allah ya Rabbi sungguh tidak mampu dibayangkan betapa berat kesedihan ini.
Hanya esakan tanggis yang mampu terluah semuanya dalam keadaan sedih dan hiba. aku berada disisi bapa sejak dia semakin lemah sejak dari petang hari itu, aku tidak berganjak lagi dari sisinya, air mataku deras menggalir tidak mampu kubendung.. Empat orang abang kandungku selama hayatku tidak pernah aku melihat mereka menitiskan air mata..namun detik itu saat pemergian bapa, aku melihat mereka gagal mengawal emosi terlerai air mata satu persatu gugur ke bumi..
Pemergian bapa sangat dirasai oleh semua ahli keluarga, terasa dunia ini sepi, alam turut berduka,..namun kehendak ilahi tiada siapa mampu menolaknya, hanya redha dan pasrah menerima takdirnya, Bapa telah pergi buat selamanya, tarikh keramat saat menyambut hari merdeka negara menyaksikan perginya seorang pejuang, pejuang kemerdekaan dizaman ubi kayu menentang tentera jepun disaat usia muda.
Perginya seorang insan yang banyak menabur bakti kepada sebilangan kecil masyarakat di sebuah pedalaman, walau budinya hanya sekecil zara namun amat dihargai. Bapa tidak pernah mengharapkan apa2 balasan. Bapa sering berkata pada saat hayatnya, biarlah hidup ini dihiasi dengan menabur kebaikan pada orang, jangan sekali-kali melakukan kejahatan, jangan menyusahkan orang.
Nama bapa sering meniti dibibir mereka yang pernah berurusan. Sekian ramai hamba-hamba Allah melafaz syahadah dihadapan bapa , Alhamdulillah jiwa mereka terus subur menjadi hamba-hamba Allah yang bertakwa.
Sikap bapa yang amat sederhana, pemurah dan tak berkira. Perkara yang buat aku tak lupa bila setiap kali tetamu bertandang kerumah pasti dihidang dengan minuman atau dibawa makan bersama. Bapa sangat menghormati setiap tetamu yang datang tak kira agama apa atau bangsa apa.
31 ogos ini tarikh keramat negara menyambut hari merdeka pasti kenangan sedih ini bertandang kesetiap sanubari seluruh sanak saudara meskipun sudah sembilan tahun berlalu, kerana tarikh ini terlakar satu sejarah sedih yang sentiasa terpahat diingatan dan tidak mungkin akan terlupa sampai bila-bila..daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. AL-FATIHAH buat arwah bapa. semoga arwah bapa merdeka di alam abadi bersama para solihen amin. Salam Merdeka. Semoga kita sentiasa hidup makmur dan merdeka.
Penghargaan daripada pihak kerajaan negeri buat arwah bapa kisah perjuangan dan sumbangannya telah diabadikan dimezium warisan daerah Keningau sebagai ingatan buat jenerasi mendatang dan ingatan buat keturunannya bahawa moyang mereka merupakan antara insan yang pernah menyumbang bakti kepada agama bangsa dan tanah air.
Al Fatihah