Sunday, 18 August 2013

GURU-GURU KEMAS BAKAL DISERAP KE JAWATAN TETAP

 Kira-kira 900 daripada lebih 18,000 kakitangan Kemas yang berkhidmat di seluruh negara berjawatan tetap manakala selebihnya adalah kakitangan kontrak. Malah, Ketua Pengarahnya, Datuk Hassan Mohd. Amin berkata, meskipun jabatan itu telah terbukti banyak berjasa membangunkan modal insan negara sejak 1961, kakitangannya yang bertaraf tetap di peringkat negeri dan daerah mempunyai gred gaji yang rendah berbanding pegawai kerajaan jabatan lain.

Sehubungan itu katanya, Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal telah mengarahkan usaha segera dilakukan bagi memastikan kepentingan dan kebajikan kakitangan Kemas ditingkatkan ke arah yang lebih baik.

Beliau berkata, rundingan telah dimulakan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan kini memasuki fasa akhir untuk menstruktur semula pentadbiran dan skim perjawatan Kemas yang kali terakhir dilakukan lebih 10 tahun lalu.

"Kakitangan kontrak kita ada yang telah berkhimat lebih 20 hingga 30 tahun dengan beban tugas pelbagai tetapi mereka tidak ada kemudahan pencen, pinjaman, perubatan dan sebagainya yang seharusnya dinikmati sedangkan mereka juga penjawat awam.

 "Dalam masa sama, kita juga mahu JPA melihat semula skim gaji untuk pegawai kita di peringkat daerah yang walaupun bertaraf tetap tetapi berada dalam gred rendah, kalau boleh gaji pegawai yang mengetuai jabatan di daerah yang besar dan berkompleksiti tinggi dinaik taraf
sampai peringkat kumpulan A," katanya.

(Guru-guru Kemas zaman kini sungguh bertuah dan beruntung kerana gaji bulanan telah mencapai ke tahap ribu ringgit kenaikan gaji pula sentias bergerak pada setiap tahun berbanding zaman kami dah lah gaji kecil kenaikan pun jarang berlaku. Cadangan terkini akan diserap ke jawatan tetap masih dalam proses. Perkara inilah yang ditunggu-tunggu oleh kakitangan kemas kerana asyik berstatus kontrek wajarnya Kemas diberi sama taraf dengan jabatan lain kerana peranan Kemas dalam kerajaan tidak dapat dinafikan masyarakat melihat apa yang Kemas buat.

sumber berita utusan malaysia-

No comments:

Post a Comment