|
Pemandangan dalam gua sungguh menakjubkan |
|
Salah sebuah Hotel dimana tempat kami menginap |
|
Hidangan pertama kami saat sampai di Senzhen |
|
Pamandangan di sekitar bandaraya Shenzen |
|
Guilin |
8hb Ogos 2013-khamis disaat azan syawal sedang berkumandang kami pula sibuk bersiap ke airport berangkat memulakan lawatan, sayup-sayup kedengaran suara azan bergema di mesjid sekitar kota kinabalu,,..sayu hatiku meninggalkan tanah air namun apa nak dikata tak boleh berpata balik,,,seperti juga tahun lepas beraya dirantauan,,,,
Kali ini berpeluang menjejakkan kaki ke negara Puteri Hang Li Pu, iaitu Guilin satu lokasi yang tidak asing bagi rakyat malaysia untuk melancong tak kira musim. Rombongan kami menaiki pesawat Airasiah. Saat pesawat mendarat di lapangan terbang SHENZEN rasanya hati sungguh teruja melihat kehebatan sekitar bandaraya yang sungguh maju.
|
Kapal mendarat di lapangan terbang Shenzen |
Selama lapan hari kami melakukan lawatan ke merata tempat huhhh memang hebat negara ini, di antara negara yang termaju di dunia. Sepanjang perjalanan menaiki bas pelancong daripada bandar Shenzhen menuju ke serata tempat di tuju pemandangan di kiri-kanan sawah padi luas terbentang, bandar raya di sekitar sungguh memukau pandangan..kebersihan setiap tempat begitu damai mata memandang...kehijauan sawah padi..tanahnya pula rata wahh bagai berada di bumi sendiri.
Sepanjang berada di sini perkara yang sangat merisaukan ialah bila setiap kali masuk toilet kerana baldi tidak disediakan didalam toilet, pandai2lah bawa air sendiri digunakan untuk membasuh huhu...rimas..hiss, terpaksa bertahan ...ada kalanya dalam keadaan sangat letih kerana berjam-jam dalam bas tapi seronok dan santai. benar-benar kembara kali ini sangat memuaskan hati lagi pula dalam rombongan kami DARIPADA KOTA KINABALU hanya dua belas orang sahaja termasuk puteriku YACHALIE.. Perjalanan sangat lancar. dalam group kebanyakannya berbangsa cina.
Aku kira-kira lebih kurang sepuluh buah hotel bertaraf tiga bintang kami menginap. menaiki bot mungkin lebih kurang enam tempat termasuk menaiki rakit. GUILIN tempat yang sangat hebat rasanya..BERSAMBUNG....
No comments:
Post a Comment