Sunday, 30 November 2014
MH 370 MH 17 HADIR MENGONCANG JIWAKU
24hb november satu detik yang cukup mendebarkan. Saat menaiki pesawat MAS MH 2638 dari KKIA Kota Kinabalu menuju ke KLIA 1 Kuala Lumpur lebih kurang dua jam setengah berada diudara, biasalah setiap kali menaiki pesawat pelbagai perasaan hadir meneroka dialam minda selagi tidak mendarat didaratan selagi itulah hati tidak akan tenang. Namun tarikh ini hati lebih tidak keruan nafas pun rasa sesak.
Sebaik anak kapal mengumumkan pesawat akan mendarat sebentar lagi di KLIA 1, saat pesawat itu berada diparas ketinggian dalam kesesuaian untuk mendarat, perasaan ini terasa lega kerana rasa bimbang bakal berakhir, kedengaran bunyi roda pesawat bersedia untuk mendarat, namun tiba-tiba pesawat itu terbang tinggi semula semakin tinggi, selepas saja pesawat dalam keadaan selesa diudara, anak kapal mengumumkan pesawat tidak dapat mendarat kerana keadaan cuaca agak buruk, sementara menunggu cuaca kembali redah pesawat hanya berlegar-legar diudara kelihatan diluar tingkap pesawat cahaya kilat sekali-sekala muncul, hujan terus mencurah-curah turun, awan pula mendung
\.
Selepas 45 minit pesawat cuba mendarat sekali lagi namun masih gagal kerana hujan masih lebat, kilat pula semakin ligat sambar-menyambar aduhhh perasaan ini hanya Tuhan yang tahu, keadaan para penumpang saat itu semuanya membisu, satu suara tidak kedengaran aku lihat salah seorang rakan kami mula menanggis wajahnya kelihatan pucat lesu, dia asyik memandang diluar jendela pesawat sekali-sekala dia memandang ke arahku satu pandangan penuh harapan. Akhirnya para penumpang diberitahu sekali lagi oleh anak kapal, pesawat terpaksa mendarat ke lapangan terbang senai Johor demi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku, perasaan aku sedikit lega.
Saat berada diudara aku asyik teringatkan pesawat MH 370 dan MH 17 yang telah tiada, apa kah akan berlaku seperti itu, pelbagai andaian menghujani fikiran ini. Beberapa minggu lepas telah dua kali aku berulang alik ke kuala lumpur menaiki pesawat AirAsia namun tidak berlaku perkara begini namun dengan menaiki pesawat MAS ini hati agak bergelora kerana teringat dua pesawatnya . Kehilangan pesawat MH370 yang masih tidak diketahui hilang entah kemana sehingga saat ini masih tidak diketahui nasibnya, manakala MH17 pula terkorban akibat dibedil pihak yang tidak bertanggungjawab, semua ini bermain ligat di fikiranku, namun dalam hati terus saja berdoa semoga selamat tiba ke destinasi.
Sebenarnya bukan kali ini saja aku melalui keadaan begini saat menaiki pesawat, malah ada yang lebih dahsyat pernah berlaku, saat itu aku menaiki pesawat MAS menuju ke Kucing ini pun akibat cuaca buruk, gegaran kuat berlaku pada pesawat minuman yang dihidangkan habis bertumpahan, pesawat pula bagai nak terhempas ke bumi, para penumpang sudah berteriakan tidak keruan huhhh..
Sebaik pesawat mendarat di Lapangan terbang senai Johor perasaan kembali tenang, setenang teduhnya hujan, walau diiringi dengan deraian suara anak-anak menanggis mungkin mereka telah keletihan berada dalam pesawat terlalu lama simpati juga rasanya pada ibubapa mereka yang terpaksa menenangkan anak-anak mereka dari terus menanggis.
Di negeri itu cuacanya agak cerah, hampir satu jam setengah mendarat disitu, kelihatan beberapa buah pesawat AirAsia dan Mas turut mendarat di lapangan terbang itu mungkin juga mengalami keadaan yang sama. Para penumpang tidak di benarkan keluar dari pesawat di arahkan hanya duduk diam sehingga tiba waktu untuk berlepas semula.
Waktu telah menunjukan pukul 5.45pm di umumkan semula pesawat akan melakukan penerbangan menuju ke Kuala Lumpur sebentar lagi, jiwaku kembali bergelora bagai ombak menghempas pantai, hati pula terus berkata-kata...45 minit saat berada di udara cuaca kelihatan masih tidak menentu, hujan dan kilat masih berlaga, gegaran pesawat sekali-sekala terasa bagai berada dijalan raya tidak berturap. Saat pesawat mendarat hentakan kuat buat jantungku bagai nak gugur, hujun masih turun mencurah-curah Alhamdulillah akhirnya tiba ke destinasi dengan selamat walau hampir 8 jam berada dalam pesawat.
Pesawat MAS masih jadi pilihan penumpang menuju kemana-mana distinasi kerana layanan sentiasa istimewa serta mesra penumpang oleh warganya.
10 RAHSIA @ HELAH SOLEKAN (RAHSIA UTAMA)
Perkara pertama di dalam setiap pembelajaran solekan akan ditekankan mengenai cara & teknik penggunaan berus solekan dengan betul.. Berus & produk yang digunakan untuk makeup sebenarnya amat penting dalam menghasilkan solekan yang cantik..
Sebagai
contoh, katakan anda telah menggunakan berus yang biasa & murah,
menggunakan produk solekan yang dibeli dikedai RM5, & anda juga
mempunyai kemahiran yang asas & biasa2 jer.. Hanya dengan membelanjakan sedikit wang untuk membeli berus & produk solekan yang lebih berkualiti, pastinya solekan anda akan menjadi lebih cantik, gebu dari biasa walaupun tanpa memperbaiki teknik anda.. Sikap berani mencuba juga patut ada dalam diri seorang yang ingin kelihatan cantik..
Berikut adalah 8 jenis berus asas yang anda wajib ada:-
1. Foundation brush
2. Concealer brush
3. Fluffy powder brush
4. Blush brush
5. Small blending brush
6. Flat eyeshadow brush
7. Precision angle brush
8. Lip brush
2. Concealer brush
3. Fluffy powder brush
4. Blush brush
5. Small blending brush
6. Flat eyeshadow brush
7. Precision angle brush
8. Lip brush
Saturday, 22 November 2014
PENGALAMAN PERTAMA MEMANDIKAN JENAZAH
Seawal usia 13 tahun aku telah terlibat memandikan jenazah secara kebetulan bukan dirancang , satu hari ada seorang wanita meninggal dunia ketika melahirkan anaknya, kami tinggal dalam satu kampung tetapi rumah kami berjauhan. Setelah kabar dihebahkan kematian wanita ini sibuklah orang kampung pergi berziarah ke rumah keluarga ini, aku juga turut hadir saat itu bersama beberapa orang wanita remaja dan orang tua.
Saat berada dirumah wanita yang meninggal ini suami wanita itu memberi tahu kepada seorang ustaz yang ada bersama dalam rumah keluarga wanita yang meninggal ini, jenazah isterinya akan di kebumikan selepas solat zohor, waktu itu mungkin dalam sekitar pukul 11.00 pagi, tanpa membuang masa ustaz itu minta beberapa orang wanita tampil bagi membantu menguruskan jenazah tersebut, beberapa orang wanita tampil menawar diri bersedia untuk membantu mengurus jenazah tersebut termasuk aku sekali. Aku pula sangat berbesar hati menerima pelawaan itu walaupun tiada pengalaman.
Aku dan beberapa wanita dewasa ini tanpa membuang masa mula mengatur urusan bermula dengan menyediakan kain kafan yang telah disediakan oleh suami wanita itu, air mandian dan segala apa yang perlu disediakan, kami berbagi tugas, dikalangan wanita dewasa ini beberapa orang diantaranya telah berpengalaman, yang berpengalaman inilah menjadi ketua oprasi dalam urusan tersebut. Sepanjang memandikan jenazah ini hati kecilku terasa sayu dan sedih melihat keadaan jenazah ini sedetik pun tiada perasaan takut, wanita ini meninggal saat melahirkan anaknya, kesnya uri tidak boleh dikeluarkan daripada rahimnya mana kala anak yang dilahirkan itu selamat, uri terpaksa dipotong, yang memotongnya tak tahu pula aku mungkin bidan yang melakukan. Wanita ini melahirkan anaknya dirumah. menurut suaminya isterinya enggan ke hospital maklumlah sejak anak pertama dia hanya melahirkan anaknya dirumah hinggalah trajedi ini berlaku.
Sejak dari itu aku sering terlibat memandikan jenaza tidak kira, jenaza kanak-kanak, orang tua dan remaja, bukan saja dalam kampung sendiri tetapi di luar kampung malah pernah juga sampai ke luar daerah sehinggalah umur aku menjejak ke 20 han. Sepanjang aku terlibat memandikan jenazah tidak pernah sekali pun berlaku apa-apa perkara yang tak diingini sehinggalah satu hari ketika aku terlibat memandikan jenazah seorang wanita tua diluar kampung, selepas saja jenazah itu dimandikan sehingga urusan semuanya selesai. Aku pun pulang ke rumah, setiba di rumah perasaanku rasa lain, seluruh anggota tubuh rasa sejuk dan lemah, perasaan jadi tidak tenteram, lalu aku memberitahu ayahku yang kebetulan sedang berada dirumah ketika itu,
Tanpa mmbuang masa ayah memberikan aku air penawar yang telah dia baca dan menyuruh aku minum. Selepas meminum air penawar itu perasaan ku kembali tenang rasa sejuk pun beransur hilang. Kata ayah aku lemah semangat. Tak tahulah lemah semangat yang bagaimana. bukan sekali atau dua kali aku telah terlibat memandikan jenazah tetapi tak terkira. setelah berlaku peristiwa itu, ayah melarang aku untuk terus terlibat memandikan jenazah, sejak itu sehinggalah kehari ini aku tidak lagi libatkan diri dalam memandikan mana-mana jenazah. Sehingga saat ini aku tak tahu apakah sebenarnya punca keadaanku itu.
Sekadar gambar hiasan |
Aku Mahu Kekal Kurus Sampai Bila-Bila
Wanita bila sudah meningkat umur mulalah terlihat kembang sana, kembang sini, terutama perut yang dulunya kempis sekarang dah semakin membuyut lebih-lebih lagi selepas ada anak.. macam perempuan mengandung tujuh bulan, . Bila tengok diri di cermin aduhai hodohnya teramatlah hodoh berperut buncit....
Jika ingin kekal kurus kenalah berusaha bersungguh-sungguh menjaga body persis body seorang ratu, jaga pemakanan elakkan diri dari makan nasi dalam kuantiti yang banyak serta kurangkan makanan berlemak banyakkan makan sayuran dan buahan banyakkan minum air putih hahh biar kekal anggun dengan tubuh kurus yang menawan yang penting sehat.
Sunday, 2 November 2014
SAYA PUN TIDAK TAHU APA ITU GST ?
GST: BUAT MEREKA YANG INGIN TAHU APA ITU GST
Ramai masyarakat kita di luar sana kurang faham tentang Cukai GST. Pihak
yang berkenaan pula sering menyampaikan penerangan GST lebih kepada
aspek pengiraan teknikal. Kekadang susah nak faham.
Puak-puak yang tidak bertanggungjawab pula menggunakan kecelaruan dan
ketidakfahaman masyarakat berkaitan GST untuk memburuk-burukkan sistem
percukaian moden tersebut. Walhal mereka sendiri pun tak faham dan
buat-buat tak faham kerana takut kehilangan pengaruh. Al maklumlah tanpa
fitnah dan pembohongan maka matilah perjuangan mereka.
Apabila tak faham, termakan pula dengan hasutan dan dakyah songsang maka
akan lahirlah masyarakat yang keliru dan haru biru. Inilah yang disukai
oleh puak-puak pembangkang. Maka pihak-pihak berkenaan perlu bekerja
keras membetulkan persepsi negatif tersebut. Tak apalah perbuatan baik
selalu mendapat ujian dan cabaran.
Apakah itu GST?
GST adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Good and Service Tax). Di
beberapa negara ia juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) atau
Cukai Nilai Tambah. Ia bukannya kerajaan telah menambah lagi cukai sedia
ada atau mengenakan cukai ke atas cukai.
Kenapa kerajaan melaksanakan GST, Apa sistem cukai selama ini SST tak baikkah?
Pada masakini dan selama ini kita telah membayar dua cukai serentak
dalam Cukai Jualan dan Perkhidmatan (Sales and Service Tax –SST) bagi
setiap barangan dan perkhidmatan yang kita beli iaitu;
Cukai Jualan - 10% dan Cukai Perkhidmatan - 6% menjadikan setiap
barangan yang kita beli dikenakan cukai 16%. Cukai-cukai ini kadangkala
tidak disedari oleh kita kerana tiada dalam bil atau resit pembelian
kita.
Kedua-dua cukai ini akan dihapuskan sama sekali dan digantikan dengan
cukai GST berkuatkuasa pada 1 April 2015. Selepas tarikh itu kita hanya
dikenakan cukai GST 6% sahaja.
Untuk apa GST diperkenalkan?
GST diperkenalkan bagi memperbaiki dan menyusun semula sistem percukaian
negara pada masakini supaya lebih berkesan, saksama, efisien dan telus.
Kerajaan mendapati Cukai Jualan dan Perkhidmatan mempunyai kelemahan
iaitu;
- Bagi mengelak cukai terselindung yang menjadi kos kepada harga akhir yang sebenarnya melampau akibat pengambilan untung berlebihan oleh para pemborong, peruncit dan peniaga.
- Bagi mengelak cukai bertindih yang sebenarnya membebankan para pengguna yang dikenakan cukai sebanyak dua kali.
- Bagi mengelak caj perkhidmatan yang disembunyikan yang mana ia tidak diisytiharkan oleh para peniaga/penjual barangan di dalam resit dan bil-bil kita bagi meningkatkan margin keuntungan mereka.
- Bagi mengelak perbuatan segelintir golongan pengilang, pemborong, peruncit dan peniaga yang cuba elak dari bayar cukai dengan tidak isytihar sumber, aliran dan jumlah pendapatan mereka.
- Bagi mengelak perbuatan khianat ekonomi yang dilakukan oleh segelintir golongan peruncit dan peniaga yang sengaja menyorok barangan, mengurangkan sukatan, memonopoli barang dan memanipulasi harga.
Contoh penipuan dilakukan oleh golongan peniaga yang tak faham GST dan sengaja ingin menjatuhkan imej Kerajaan. Hanya di Selangor... |
Kadar GST Malaysia membebankan?
Pendapat ini salah sama sekali. Secara perbandingan kadar GST di negara-negara anggota ASEAN;
Kadar GST yang berbeza di kalangan Negara-Negara anggota
ASEAN
Bil
|
Negara-Negara ASEAN
|
Tahun diperkenalkan
|
Kadar GST dikenakan
|
1
|
Indonesia
|
1984
|
10%
|
2
|
Filipina
|
1988
|
10%
|
3
|
Kemboja
|
1999
|
10%
|
4
|
Laos
|
2009
|
10%
|
5
|
Singapura
|
1999
|
7%
|
6
|
Thailand
|
1992
|
10%
|
7
|
Vietnam
|
1999
|
10%
|
8
|
Malaysia
|
2015
|
6%
|
9
|
Brunei
|
-
|
-
|
10
|
Myanmar
|
(Dalam kajian)
|
(Dalam kajian)
|
Sumber:
http://etp.pemandu.gov.my/Transformation_Unplugged-@-Why_we_need_GST.aspx
Apabila GST diperkenalkan pada 1 April 2015 ke atas semua barangan
dan perkhidmatan, adakah bermakna bahawa semua barang akan menjadi
mahal?
Dari 600 barang yang dikenakan GST, dijangka hanya 10% yang akan
mengalami kenaikan harga, 42% kekal harga dan 48% akan mengalami
penurunan harga. Perubahan sesuatu harga barang atau caj perkhidmatan
adalah amat minimum.
Banyak barang akan menjadi lebih murah kerana cukai GST hanya 6% berbanding cukai 16% yang akan berakhir pada 31 Mac 2015.
Pada masakini terdapat segelintir peniaga yang tidak jujur dengan
sengaja menjual harga barang mahal kerana ingin mengambil keuntungan
berganda sebelum perlaksanaan dan mengambil kesempatan memburuk-burukkan
imej kerajaan kerana sikap khianat mereka. Para pengguna boleh melapor
pada pihak berwajib dan boikot produk atau premis mereka.
Apa yang dikenakan cukai dan apa yang tidak?
Senarai barangan yang tidak dikenakan GST.
Perkara
|
Produk-produk barangan
yang tidak dikenakan Cukai GST
|
Barang makanan asas
|
beras, gula, tepung, minyak
masak,kacang dhal, rempah ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan
|
Penggunaan Utiliti
|
Bekalan air paip dan 200 unit
pertama eletrik sebulan bagi pengguna
|
Perkhidmatan yang disediakan kerajaan
|
perkhidmatan kesihatan,
pengeluaran pasport, pembelajaran disekolah
|
Perkhidmatan pengangkutan
|
bas, keretapi, LRT, teksi,
feri, bot, tol lebuh raya
|
Perumahan
|
Proses jual beli dan sewa rumah
kediaman
|
Kewangan
|
Perkhidmatan kewangan terpilih
|
Harga kenderaan pula semakin lama semakin turun hasil perlaksanaan Dasar
Automotif Negara 2014. Perumahan rakyat semakin giat dibina, ia masih
mampu dibeli atau disewa. Perkhidmatan perubatan diberi percuma dan
murah buat rakyat Malaysia. Semua rakyat turut berhak mendapat
pendidikan yang berkualiti.
Manakala banyak pasaraya dan kedai mengambil bahagian dalam promosi
jualan harga murah. Cuma kita hanya perlu rajin, bijak dan berhemah
ketika berbelanja serta selalulah menabung dalam pelbagai skim amanah
saham dan insuran yang diiktiraf kerajaan agar kehidupan kita dan
keluarga lebih terjamin di masa hadapan.
Pada peringkat mana cukai GST dikenakan?
Cukai GST akan dikenakan di setiap peringkat pengedaran atau rantai
pembekalan iaitu dari pihak pengimport, pengilang, pemborong, peruncit
dan peniaga. Dengan kata lain, hakikatnya setiap peringkat rantaian ini
memerlukan pihak syarikat pengisyitiharan segala sumber, aliran dan
akaun pendapatan mereka kepada pihak berwajib. Ini menggambarkan GST
adalah sistem yang telus.
Perlaksanaan GST akan menyebabkan banyak syarikat asing akan lari dan syarikat tempatan akan bankrap?
Ini adalah tohmahan liar dan tidak berasas. Hakikatnya, Malaysia
merupakan antara negara mesra pelabur kerana kestabilan politik dan
sosio ekonominya serta kecanggihan prasarananya berbanding dengan
beberapa negara rantau ASEAN yang lain. Rakyat Malaysia juga terkenal
dengan sikap rajin, berpengetahuan, setia dan mudah berkomunikasi.
Syarikat-syarikat besar yang mementingkan kualiti biasanya tidak akan
gentar dengan GST malah lebih menyukainya kerana sistem percukaian ini
lebih cekap, telus dan terkini. Malah kerajaan juga menyediakan pelbagai
insentif seperti kemudahan kredit, latihan, pengecualian cukai dan
sebagainya demi menjaga kebajikan sektor perniagaan dan korporat di
negara ini.
Adakah Indeks Harga Pengguna (IHP) akan naik selepas perlaksanaan GST?
GST bukan kos kepada perniagaan. Dengan perlaksanaan GST maka Indeks
Harga Pengguna (IHP) dijangka akan turun bagi sesetengah barangan dan
perkhidmatan seperti pakaian, kasut, barangan hiasan, perkakasan rumah,
penyelenggaraan, komunikasi.
Manakala IHP yang dijangka meningkat adalah minuman beralkohol, arak,
tembakau (rokok, cerut), pendidikan swasta, restoran di hotel, pawagam,
spa dan sebagainya. Produk dan perkhidmatan ini bukannya satu keperluan
yang kerap tetapi lebih kepada kemewahan dan bersifat sekali-sekala.
Untuk pendidikan swasta kerajaan turut menyediakan dana PTPTN yang mana
akan diberi percuma sebagai biasiswa jika seseorang pelajar itu
cemerlang dalam pengajiannya. Manakala banyak skim insuran kesihatan
yang boleh dimanfaatkan oleh mereka yang menggunakan perkhidmatan
perubatan swasta.
GST tidak meningkatkan kos perniagaan kerana ia adalah cukai
kepenggunaan. Cuma akibat penambahbaikan sistem cukai ini berkemungkinan
ada segelintir peniaga tidak terlepas dari pengisytiharan sumber,
aliran dan pendapatan mereka yang selama ini ‘disorokkan’ dan
mereka terpaksa membayarnya bila sistem percukaian GST dilaksanakan.
Inilah dikatakan GST mampu mengelak ketirisan dan penyelewengan dalam
perniagaan.
GST memiskinkan dan menyusahkan rakyat? Apa yang kerajaan lakukan untuk membantu rakyat?
Pendapat ini salah sama sekali. Banyak bantuan dan sokongan diberikan oleh kerajaan kepada rakyat.
Untuk mengatasi sebarang peningkatan harga secara mengejut maka kerajaan akan memberi bantuan tunai secara one-off
sebanyak RM300 kepada penerima BR1M yang rata-ratanya berpendapatan
rendah. Pendapatan ini boleh digunakan secara beransur-ansur bagi
menampung lebihan belanja akibat kenaikkan kos sara hidup setiap bulan,
bukannya diperhabiskan dalam tempoh sekelip mata.
Rakyat berpendapatan rendah dan golongan miskin tidak akan dikenakan
sebarang cukai GST jika mereka tidak membayar makanan atau menginap di
hotel-hotel, restoran makanan segera, menonton wayang, mengunjungi
pusat-pusat hiburan dan spa dan sebagainya.
Contoh mudah pengiraan GST...jom makan KFC |
Adakah kita masih perlu membayar cukai pendapatan pada kadar yang sama?
Tidak, melalui perlaksanaan GST kadar cukai individu akan dikurangkan sebanyak 1-3% untuk semua pembayar cukai.
Kadar pendapatan bercukai juga akan dinaikkan kepada melebihi RM500,000.
Jika di bawah nilai ini mereka tidak perlu berdaftar dan membayar GST.
Dengan itu mereka mempunyai lebihan wang untuk berbelanja atau menabung.
Ini adalah inisiatif nyata kerajaan bagi membantu dan menjaga kebajikan
rakyat.
Perlu diingat, golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000.00 sebulan tidak dikenakan cukai. Bahkan mereka akan dapat lagi BR1M tahunan dan pelbagai insentif kewangan dan bantuan dari kerajaan. Inilah yang dikatakan rakyat diutamakan dan kebajikan mereka dijaga.
Nak tahu kena cukai atau tidak berdaftarlah pada Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN)
Perlu diingat, golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000.00 sebulan tidak dikenakan cukai. Bahkan mereka akan dapat lagi BR1M tahunan dan pelbagai insentif kewangan dan bantuan dari kerajaan. Inilah yang dikatakan rakyat diutamakan dan kebajikan mereka dijaga.
Nak tahu kena cukai atau tidak berdaftarlah pada Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN)
Bagaimana pula dengan sektor perniagaan?
- Kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan korporat maksimum 26% kepada 24% mulai tahun taksiran 2016.
- Cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana akan diturunkan daripada 20% kepada 19% mulai tahun taksiran 2016
- Cukai pendapatan koperasi dikurangkan 1-2 mata peratus mulai tahun taksirn 2015 dan potongan cukai bagi yuran kesetiausahaan.
- Pemfailan cukai mulai tahun taksiran 2015
- Potongan cukai tambahan untuk beli kos beli peralatan dan perisian ICT bagi tahun taksiran 2014 dan 2015
- Geran latihan GST berjumlah RM100 juta dan bantuan pembelian perisian perakauan GST berjumlah RM150 juta.
Dengan pemberian insentif-insentif ini, maka kos harga jualan barangan
dan perkhidmatan boleh dikurangkan dengan begitu banyak. Secara langsung
harga barangan akan menjadi lebih murah. Namun jika ada peniaga menjual
barang kepada pengguna dengan harga mahal, maka ia adalah salah penjual
tersebut yang melakukan khianat pada kita.
Kenapa GST dilaksanakan sekarang dan bukannya kemudian apabila tiada lagi ketirisan ekonomi?
Tujuan utama pengenalan GST adalah untuk mengurang dan membenteras
ketirisan ekonomi akibat perbuatan pengkhianat-pegkhianat ekonomi.
Kerajaan sentiasa menambah baik sistem perekonomian dan percukaian
negara agar ketirisan ekonomi, rasuah dan penyelewengan ekonomi dapat
diatasi dengan sistem pengurusan yang lebih cekap dan telus.
Kerajaan berpendapat bahawa kadar inflasi negara pada masa kini bawah 2%
adalah rendah dan ia sememangnya masa terbaik untuk melaksanakan GST.
Ini bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan perlaksanaan GST jika
kadar inflasi tinggi.
GST memiskinkan rakyat dan menyusahkan golongan berpendapatan rendah?
Pendapat ini salah sama sekali. Apabila sistem kutipan percukaian
semakin baik dan cekap, banyak ketirisan ekonomi berjaya dibenteras.
Hasil pendapatan kerajaan semakin meningkat dan hasil tersebut akan
dipulangkan kembali kepada rakyat menerusi pembangunan infrastruktur
seperti sekolah, universiti, rawatan kesihatan kerajaan, subsidi baja
dan pendidikan, pembinaan jalan raya, pembekalan utiliti, pembayaran
gaji dan imbuhan perkhidmatan, peruntukkan kewangan pada negeri-negeri
dan sebagainya.
Malah setiap tahun kerajaan telah menaikkan jumlah BR1M kepada golongan
sasar selain pelbagai insentif kewangan dan bantuan bagi membantu rakyat
dan golongan peniaga.
Kerajaan tidak lagi boleh bergantung harap pada sumbangan dari hasil
petroleum Petronas untuk selama-lamanya kerana hasil bahan mentah
tersebut semakin berkurangan dan syarikat tersebut memerlukan
perbelanjaan yang tinggi untuk penerokaan di luar negara serta
pengurusan syarikat.
Sudah lebih 160 buah negara di dunia telah berjaya melaksanakan GST.
Adakah negara-negara ini semakin miskin dan rakyatnya semakin susah?
GST adalah cukai yang bertentangan dengan Islam?
Jika GST bercanggah dengan ajaran Islam mengapa beberapa negara-negara
Pertubuhan Islam Sedunia (Organization of Islamic Countries – OIC)
seperti Algeria, Turki, Jordan, Lebanon, Indonesia, Mesir, Iran,
Uzbekistan, Turkmenistan, Pakistan, Kazakhstan dan sebagainya turut
melaksanakannya? Kadarnya pula berbeza dari serendah 5% (Iran) hingga
tertinggi 20% (Uzbekistan dan Tajikistan).
Kadar GST yang berbeza di kalangan sebahagian
Negara-Negara Pertubuhan Islam Sedunia
Bil
|
Negara-Negara
OIC
|
Tahun
diperkenalkan
|
% Kadar
GST dikenakan
|
Bil
|
Negara-Negara
OIC
|
Tahun
diperkenalkan
|
Kadar
GST dikenakan
|
1
|
Indonesia
|
1984
|
10%
|
14
|
Turkmenistan
|
1993
|
15%
|
2
|
Turki
|
1984
|
10%
|
15
|
Jordan
|
1994
|
16%
|
3
|
Maghribi
|
1986
|
20%
|
16
|
Mauritania
|
1995
|
14%
|
4
|
Pakistan
|
1990
|
16%
|
17
|
Tunisia
|
1998
|
18%
|
5
|
Mesir
|
1991
|
10%
|
18
|
Kyrgyztan
|
1999
|
20%
|
6
|
Kazakhstan
|
1991
|
12%
|
19
|
Chad
|
2000
|
18%
|
7
|
Mali
|
1991
|
18%
|
20
|
Sudan
|
2000
|
15%
|
8
|
Bangladesh
|
1991
|
15%
|
21
|
Kosovo
|
2001
|
16%
|
9
|
Benin
|
1991
|
18%
|
22
|
Lebanon
|
2002
|
10%
|
10
|
Algeria
|
1992
|
17%
|
23
|
Ethopia
|
2003
|
15%
|
11
|
Azerbaijan
|
1992
|
18%
|
24
|
Bosnia
Herz
|
2006
|
17%
|
12
|
Uzbekistan
|
1992
|
20%
|
25
|
Tajikistan
|
2007
|
20%
|
13
|
Burkina Faso
|
1993
|
18%
|
26
|
Iran
|
2008
|
5%
|
Adakah Negara-Negara OIC ini tidak Islamik? Hakikatnya, kadar GST 6% di
Malaysia adalah jauh lebih rendah dari negara-negara lain yang
mengenakan GST sehingga 27% (Hungary).
Jika GST adalah sistem percukaian yang zalim, mengapakah negara-negara
dunia ini boleh dan berjaya melaksanakannya? Adakah mereka telah
membatalkan GST dan melaksanakan suatu sistem percukaian yang lain yang
lebih baik dari GST?
Dalam sejarah Islam, sistem percukaian mula dilaksanakan di zaman
Khalifah Umar Al Khattab (633-644M) untuk membangunkan negara Islam dari
pelbagai sudut. Jika cukai itu haram, apakah hukuman yang perlu
dijatuhkan ke atas baginda?
Jadi apa peranan kita sebagai rakyat dalam menghadapi GST?
- Jangan percaya kepada spekulasi, fitnah dan tohmahan pihak yang tidak bertanggungjawab memburuk-burukkan GST
- Bertanya pada yang pakar GST, banyakkan membaca tentang kebaikan GST
- Sebagai pengguna sebelum membeli sesuatu barangan kita perlulah membuat perbandingan harga
- Sentiasa merujuk kepada panduan harga pengguna.
- Membeli di premis-premis jualan yang menawarkan harga berpatutan dan berkualiti
- Sentiasa memantau dan melaporkan apa-apa kenaikkan harga yang tidak munasabah kepada pihak berwajib seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) atau persatuan-persatuan pengguna.
- Menggunakan kemudahan media sosial seperti sms,whatsapp,wechat, facebook, blog, twitter dan sebagainya untuk melaporkan perbuatan khianat ekonomi oleh golongan peniaga seterusnya kita memboikot premis mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)