Sunday, 30 November 2014
MH 370 MH 17 HADIR MENGONCANG JIWAKU
24hb november satu detik yang cukup mendebarkan. Saat menaiki pesawat MAS MH 2638 dari KKIA Kota Kinabalu menuju ke KLIA 1 Kuala Lumpur lebih kurang dua jam setengah berada diudara, biasalah setiap kali menaiki pesawat pelbagai perasaan hadir meneroka dialam minda selagi tidak mendarat didaratan selagi itulah hati tidak akan tenang. Namun tarikh ini hati lebih tidak keruan nafas pun rasa sesak.
Sebaik anak kapal mengumumkan pesawat akan mendarat sebentar lagi di KLIA 1, saat pesawat itu berada diparas ketinggian dalam kesesuaian untuk mendarat, perasaan ini terasa lega kerana rasa bimbang bakal berakhir, kedengaran bunyi roda pesawat bersedia untuk mendarat, namun tiba-tiba pesawat itu terbang tinggi semula semakin tinggi, selepas saja pesawat dalam keadaan selesa diudara, anak kapal mengumumkan pesawat tidak dapat mendarat kerana keadaan cuaca agak buruk, sementara menunggu cuaca kembali redah pesawat hanya berlegar-legar diudara kelihatan diluar tingkap pesawat cahaya kilat sekali-sekala muncul, hujan terus mencurah-curah turun, awan pula mendung
\.
Selepas 45 minit pesawat cuba mendarat sekali lagi namun masih gagal kerana hujan masih lebat, kilat pula semakin ligat sambar-menyambar aduhhh perasaan ini hanya Tuhan yang tahu, keadaan para penumpang saat itu semuanya membisu, satu suara tidak kedengaran aku lihat salah seorang rakan kami mula menanggis wajahnya kelihatan pucat lesu, dia asyik memandang diluar jendela pesawat sekali-sekala dia memandang ke arahku satu pandangan penuh harapan. Akhirnya para penumpang diberitahu sekali lagi oleh anak kapal, pesawat terpaksa mendarat ke lapangan terbang senai Johor demi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku, perasaan aku sedikit lega.
Saat berada diudara aku asyik teringatkan pesawat MH 370 dan MH 17 yang telah tiada, apa kah akan berlaku seperti itu, pelbagai andaian menghujani fikiran ini. Beberapa minggu lepas telah dua kali aku berulang alik ke kuala lumpur menaiki pesawat AirAsia namun tidak berlaku perkara begini namun dengan menaiki pesawat MAS ini hati agak bergelora kerana teringat dua pesawatnya . Kehilangan pesawat MH370 yang masih tidak diketahui hilang entah kemana sehingga saat ini masih tidak diketahui nasibnya, manakala MH17 pula terkorban akibat dibedil pihak yang tidak bertanggungjawab, semua ini bermain ligat di fikiranku, namun dalam hati terus saja berdoa semoga selamat tiba ke destinasi.
Sebenarnya bukan kali ini saja aku melalui keadaan begini saat menaiki pesawat, malah ada yang lebih dahsyat pernah berlaku, saat itu aku menaiki pesawat MAS menuju ke Kucing ini pun akibat cuaca buruk, gegaran kuat berlaku pada pesawat minuman yang dihidangkan habis bertumpahan, pesawat pula bagai nak terhempas ke bumi, para penumpang sudah berteriakan tidak keruan huhhh..
Sebaik pesawat mendarat di Lapangan terbang senai Johor perasaan kembali tenang, setenang teduhnya hujan, walau diiringi dengan deraian suara anak-anak menanggis mungkin mereka telah keletihan berada dalam pesawat terlalu lama simpati juga rasanya pada ibubapa mereka yang terpaksa menenangkan anak-anak mereka dari terus menanggis.
Di negeri itu cuacanya agak cerah, hampir satu jam setengah mendarat disitu, kelihatan beberapa buah pesawat AirAsia dan Mas turut mendarat di lapangan terbang itu mungkin juga mengalami keadaan yang sama. Para penumpang tidak di benarkan keluar dari pesawat di arahkan hanya duduk diam sehingga tiba waktu untuk berlepas semula.
Waktu telah menunjukan pukul 5.45pm di umumkan semula pesawat akan melakukan penerbangan menuju ke Kuala Lumpur sebentar lagi, jiwaku kembali bergelora bagai ombak menghempas pantai, hati pula terus berkata-kata...45 minit saat berada di udara cuaca kelihatan masih tidak menentu, hujan dan kilat masih berlaga, gegaran pesawat sekali-sekala terasa bagai berada dijalan raya tidak berturap. Saat pesawat mendarat hentakan kuat buat jantungku bagai nak gugur, hujun masih turun mencurah-curah Alhamdulillah akhirnya tiba ke destinasi dengan selamat walau hampir 8 jam berada dalam pesawat.
Pesawat MAS masih jadi pilihan penumpang menuju kemana-mana distinasi kerana layanan sentiasa istimewa serta mesra penumpang oleh warganya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mh 137? Not 370??another mislead facts is - passenger mh 370 is not dead. Consider missing only. Get ur facts rite sister...tq
ReplyDeletei am so sorry, i forget thank you
ReplyDelete