Seawal usia 13 tahun aku telah terlibat memandikan jenazah secara kebetulan bukan dirancang , satu hari ada seorang wanita meninggal dunia ketika melahirkan anaknya, kami tinggal dalam satu kampung tetapi rumah kami berjauhan. Setelah kabar dihebahkan kematian wanita ini sibuklah orang kampung pergi berziarah ke rumah keluarga ini, aku juga turut hadir saat itu bersama beberapa orang wanita remaja dan orang tua.
Saat berada dirumah wanita yang meninggal ini suami wanita itu memberi tahu kepada seorang ustaz yang ada bersama dalam rumah keluarga wanita yang meninggal ini, jenazah isterinya akan di kebumikan selepas solat zohor, waktu itu mungkin dalam sekitar pukul 11.00 pagi, tanpa membuang masa ustaz itu minta beberapa orang wanita tampil bagi membantu menguruskan jenazah tersebut, beberapa orang wanita tampil menawar diri bersedia untuk membantu mengurus jenazah tersebut termasuk aku sekali. Aku pula sangat berbesar hati menerima pelawaan itu walaupun tiada pengalaman.
Aku dan beberapa wanita dewasa ini tanpa membuang masa mula mengatur urusan bermula dengan menyediakan kain kafan yang telah disediakan oleh suami wanita itu, air mandian dan segala apa yang perlu disediakan, kami berbagi tugas, dikalangan wanita dewasa ini beberapa orang diantaranya telah berpengalaman, yang berpengalaman inilah menjadi ketua oprasi dalam urusan tersebut. Sepanjang memandikan jenazah ini hati kecilku terasa sayu dan sedih melihat keadaan jenazah ini sedetik pun tiada perasaan takut, wanita ini meninggal saat melahirkan anaknya, kesnya uri tidak boleh dikeluarkan daripada rahimnya mana kala anak yang dilahirkan itu selamat, uri terpaksa dipotong, yang memotongnya tak tahu pula aku mungkin bidan yang melakukan. Wanita ini melahirkan anaknya dirumah. menurut suaminya isterinya enggan ke hospital maklumlah sejak anak pertama dia hanya melahirkan anaknya dirumah hinggalah trajedi ini berlaku.
Sejak dari itu aku sering terlibat memandikan jenaza tidak kira, jenaza kanak-kanak, orang tua dan remaja, bukan saja dalam kampung sendiri tetapi di luar kampung malah pernah juga sampai ke luar daerah sehinggalah umur aku menjejak ke 20 han. Sepanjang aku terlibat memandikan jenazah tidak pernah sekali pun berlaku apa-apa perkara yang tak diingini sehinggalah satu hari ketika aku terlibat memandikan jenazah seorang wanita tua diluar kampung, selepas saja jenazah itu dimandikan sehingga urusan semuanya selesai. Aku pun pulang ke rumah, setiba di rumah perasaanku rasa lain, seluruh anggota tubuh rasa sejuk dan lemah, perasaan jadi tidak tenteram, lalu aku memberitahu ayahku yang kebetulan sedang berada dirumah ketika itu,
Tanpa mmbuang masa ayah memberikan aku air penawar yang telah dia baca dan menyuruh aku minum. Selepas meminum air penawar itu perasaan ku kembali tenang rasa sejuk pun beransur hilang. Kata ayah aku lemah semangat. Tak tahulah lemah semangat yang bagaimana. bukan sekali atau dua kali aku telah terlibat memandikan jenazah tetapi tak terkira. setelah berlaku peristiwa itu, ayah melarang aku untuk terus terlibat memandikan jenazah, sejak itu sehinggalah kehari ini aku tidak lagi libatkan diri dalam memandikan mana-mana jenazah. Sehingga saat ini aku tak tahu apakah sebenarnya punca keadaanku itu.
Sekadar gambar hiasan |
No comments:
Post a Comment