1hb Januari 2016- Jumaat yang cerah tahun baru mula melabuhkan tirai, aku panjatkan rasa syukur padamu ya Ilahi diatas kurniamu, aku masih bernafas dibumi menghayati segala nikmat pemberianmu.
Aku masih merasai bahagia meskipun kadang terlalai menginggatimu kerana kesibukan urusan duniawi , segalanya menuntut demi tanggungjawab yang digalas.
Thursday, 31 December 2015
CORETAN PENGHUJUNG 2015
Moga 2016 membawa bahagia dalam kehidupan ini |
Sedetik lagi 2015 melangkah pergi dan kemunculan kelembaran 2016 dinanti dengan harapan akan lebih baik berbanding sebelumnya.
Demikianlah alam berputar tiada penghujung selagi hayat alam belum berakhir. Setiap diri kita sering saja melafazkan ikrar akan buat yang terbaik demi kelangsungan hidup , macam-macam impian dan harapan * HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM* begitulah lebih kurang ungkapan.
Aku juga sentiasa mengharapkan demikian, harapan agar sentiasa dalam keredhaan ilahi. Dipermudahkan segala urusan didunia menuju akhirat. Usia pun kian berganjak apakah segala amal ibadat mampu menanggung diri yang sarat dengan dosa-dosa semalam. Allahualam.
Thursday, 24 December 2015
INI YANG INGIN KUKATAKAN
Buat sahabat, keluarga maafkan aku jika sering mengungkap kata-kata pedih tanpa kusedari. Jauh disudut hati membenci sesiapa.
Buat insan yang pernah menyakiti hati ini secara nyata atau yang tak ku ketahui tiada sekelumit dendam dalam hatiku telah lama kumaafkan.
Kasih sayang, kebahagiaan, ketenangan dan segalanya itu yang aku inginkan dalam hidup ini.
Salam menyambut hari kelahiran nabi junjungan SAW. Semoga semuanya baik2 dan tenang2 saja.
Lewat malam,
mata masih belum mahu lelap walau cuba dipaksa ah tunggulah. Kadang banyak hal menyeratkan fikiran ini entahlah payah mahu diungkap. Barangkali lebih baik diperam tiba waktunya ia akan bertunas .
BENGKEL PENULISAN KARYA KREATIF BAHASA KENINGAU
Bergambar bersama peserta dan presiden bahasa En. Jasni Matlani |
Mengajukan soalan perbezaan menulis cerpen dan novel |
Cikgu Ramlie Jalimin Jainin pengerusi persatuan bahasa keningau |
En. Jasni Mat Lani Presiden Bahasa Negeri Sabah |
En. Jasni Matlani selaku Presiden Persatuan Bahasa Negeri Sabah penerima anugerah penulis terbaik diperingkat asia baru-'baru ini, sebagai pembimbing kepada peserta dalam bengkel ini turut berkongsi banyak perkara berkaitan dunia penulisan. Bengkel ini diadakan selama sehari.
Pada malamnya beliau dan rombongan turut serta bersama dalam majlis hari keluarga persatuan bahasa keningau berlangsung di Rumah Anex Keningau.
Sunday, 20 December 2015
MISTERI KAMPUNG WIDU
Sebahagian hadirin |
Rombongan kami dari Keningau merakam kenangan bersama Tajau Gantung Sorilih |
Tajau Gantung Sorilih ada kisahnya |
Jalan menuju ke kampung widu |
Menyampaikan ucapan ringkas selaku wakil jabatan. |
Keadaan jalan raya masih gravel namun tidaklah seteruk mana. Pergerakan kenderaan agak perlahan kerana ada kawasan tertentu agak curam dan licin ini menyebabkan ketibaan kami ke lokasi agak lewat.
Rombongan kami dari daerah keningau semuanya belum pernah berkunjung ke kampung ini termasuk wakil pemimpin yang merasmikan program En. Anuar Datuk Ayub Aman Timbalan Ketua Umno Bahagian .
Suasana persekitaran kampung ini begitu dingin dan nyaman serta udaranya masih bersih. Di kelilingi Bukit bukau begitu indah mempersona pandangan. Dikejauhan kelihatan Gunung kinabalu megah menjulang berselimutkan kabus nipis, menambahkan keindahan panoramanya. Bagi insan yang intim dengan alam semulajadi tentu rasa teruja dengan suasana sebegini.
Ketibaan kami disambut oleh sebahagian warganya. Jumlah penduduk menurut pengerusi JKKK lebih kurang lima ratus orang termasuk kanak-kanak. Sebahagian penduduknya beragama Islam dan selainnya non muslim namun dikalangan mereka ada hubungan keluarga. Sebelum acara bermula rombongan kami telah dibawa melawat ke satu tempat dimana terletaknya sebiji tajau bernama Gantung Sorilih yang menurut lagenda milik orang bunian.
Kononnya Tajau itu didapati ketika seorang pemuda pergi kesungai menjala ikan yang terletak disekitar kampung Widu. Seharian pemuda itu menjala ikan tanpa sedar hari sudah beransur malam. Oleh kerana pemuda itu keletihan dia mengambil keputusan untuk tidur di tebing sungai dengan berselimutkan jala.
Ketika tengah malam tiba-tiba dia terjaga dari tidur kerana terdengar suara orang bercakap sedang menuju ketempatnya. Pemuda itu terus berpura-pura tidur. Mendengarlah pemuda ini dengan segala percakapan mahluk-mahluk tersebut.
Pemuda yang berselimutkan jala itu di sangkakan oleh mahluk tersebut mendapat luka kerana kelihatan berlubang-lubang pada seluruh tubuhnya. Lalu ketua mahluk tersebut mengarahkan para pengikutnya menggambil tajau milik mereka dengan tujuan memasukkan pemuda itu untuk diselamatkan.
Tajau pertama yang dibawa terlalu kecil tidak memuatkan pemuda itu, lalu diambil lagi tajau keseterusnya sehinggalah ke tajau yang paling besar. Oleh kerana hari sudah hampir menjelang siang.
Mahluk-mahluk itu tidak sempat memasukkan pemuda itu ke dalam tajau yang paling besar kerana mereka terpaksa pulang dengan tergesa-gesa. Tinggallah Tajau bersama pemuda itu disitu. Setelah semua mahluk2 itu pergi, Pemuda itu pun pulang kerumahnya dan menceritakan kepada orang kampung tentang tajau itu.
Tajau sebesar tiga pemeluk orang dewasa itu mereka telah membawanya kerumah pemuda itu. Selain tajau terdapat juga seketul batu yang menyerupai seekor anjing dijumpai disisi tajau tersebut.
Kewujudan air dan beberapa ekor ikan secara tiba2 dalam tajau itu juga menjadi tanda tanya orang kampung. Air itu tidak pernah kering selama beberapa abad, ikan itu pula terus hidup. Akibat orang kampung melanggar pantang larang air dalam tajau itu tiba-tiba kering, ikan itu pula hilang tidak diketahui entah dimana.
Satu lagi kejadian yang berlaku ketika seorang lelaki telah memecahkan mulut tajau itu dengan sengaja kerana kononnya lelaki itu ingin mencari bukti, apakah benar tajau itu mempunyai semangat atau benar-benar milik orang bunian. Namun beberapa bulan kemudian lelaki telah meninggal dunia.
Menariknya juga di kampung ini terdapat dua orang daripada satu keluarga yang ketinggiannya hanya dua kaki, sudah berusia 100 tahun. Namun salah seorang darinya telah meninggal dunia, seorang masih hidup sehingga kini, sudah empat kali bercucu, masih sihat dan telah berusia mencecah 105 tahun.
Dikampung ini terdapat air terjun dan sungai yang sungguh jernih sering dikunjungi pelancung dari pelbagai daerah, negeri dan luar negara, aktiviti boleh berakit, bermandi-manda dan memancing. Namun rombongan kami tidak sempat berkunjung ketempat ini kerana tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Menurut kata orang kampung Jalan menuju ketempat itu agak licin pada waktu hujan maka terpaksalah kami batalkan hasrat. Namun masih berharap agar dapat berkunjung sekali lagi ke tempat ini pada satu masa.
Menurut kata orang tua-tua dahulu Tajau yang bernama Gantung Sorilih bentuknya lebih besar, boleh memuatkan tiga orang manusia, ada yang berkata tajau yang ada sekarang itu bukanlah tajau asli, ia telah diganti, entahlah manakah yang benar, semuanya hanya Lagenda. Demikianlah serba sedikit kisah lagenda tentang Tajau Gantung Sorilih dan Kg. Widu Tambunan.
Kepada sesiapa yang berkeinginan berkunjung kesini dan ingin bermalam, kemudahan semua ada seperti tempat penginapan, letrik, air paip dan restoren menyediakan makan minum dijamin halal. Kenderaan pacuan 4 roda (4x4) sangat sesuai untuk kesini. Kereta kecil kurang sesuai kerana dikuatiri tersentak diperjalanan.
PENCARIAN MR. BORNEO 2015
Antara peserta yang menggambil bahagian |
Kesempatan berfoto bersama YB DATO KHAIRY JAMALUDIN |
Group Pergerakan wanita Umno Keningau merakam kenangan |
Bersama Bro Amir Jani Naib Umno Bahagian Keningau |
Acara yang julung kali diadakan ini berlangsung didewan masyarakat keningau selaku tuan rumah. Pengerusi penganjur Ketua Pergerakan Pemuda Umno En. Nik Nazri Nik Zawawi melahirkan ucapan berbanyak tahniah diatas kometman semua peserta yang telah menjayakan serta melakukan persembahan terbaik.
Gelaran Juara Mr. Borneo dimenangi oleh peserta daripada daerah Keningau. YB DATO KHAIRY JAMALUDIN Menteri Belia dan Sukan Malaysia merasmikan program tersebut sekaligus menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Acara sampingan cabutan tiket bertuah kepada para pengunjung. Acara sebegini baiknya dapat diteruskan pada masa-masa akan datang sebagai salah satu daya tarikan kepada masyarakat luar daerah keningau berkunjung kedaerah ini.
Dengan harapan moga tahun hadapan bertemu lagi serangkap pantun dari hamba:
JIKA ADA SUMUR DILADANG
BOLEH KITA MENUMPANG MANDI
ANDAI ADA UMUR YANG PANJANG
BOLEH KITA BERJUMPA LAGI
Sunday, 13 December 2015
AKU TAK COMEL
Apa lagi anak-anak aku yang tidak pernah merasai kepayahan hidup dalam melalui setiap detik kehidupan. Segala kemudahan telah terbentang dihadapan mata. .
Waktu telah jauh berlalu kini hanya tinggal kenang-kenangan.
CERPEN "MEMORY LUKA"
Ini adalah hasil karyaku yang pertama . Karya ini telah lama kutulis namun tidak dapat di siapkan, setelah aku berada dalam persatuan MOMOGUN bertemu rakan penulis dalam group ini, berkat bimbingan daripada mereka akhirnya cerpen ini dihasilkan sepenuhnya.
Aku sangat berterima kasih kepada sahabat bernama SOFE CLARA, KATHARINA dan saudara YATIM AHMAD, mereka banyak membimbingku untuk terus menulis. Akhirnya inilah hasilnya.
YATIM AHMAD banyak menunjuk ajar bagaimana melakar karya yang bagus, meskipun hanya berhubung melalu whatsap saja namun bisa difahami dan mudah belajar. Alhamdulillah setelah terbit beberapa karya mengajak aku untuk terus menulis dan menulis tanpa henti.
Bila menoleh masa lalu banyak waktu terbuang kerana tidak berkarya lantaran terlalu terikat dengan tugas hakiki yang memerlukan keutamaan tumpuan namun kata pepata " Jika hendak seribu daya tak hendak seribu dalih".😃😃😃
MEMORY LUKA
Mengesahkan perkahwinan atas dasar cinta dan kesetiaan seorang wanita yang telah dipupuk bertahun-tahun. Tiba waktu mereka telah diijab kabul menjadi pasangan suami isteri. Beberapa hari melayarkan bahtera rumahtangga baru diketahui rupanya suami yang dicintainya sepenuh hati telah pun menikah dengan seorang wanita berasal dari Kuala Lumpur sebelum mereka melangsungkan perkahwinan dikampung.
Hatinya begitu hancur memaksanya menghalau suaminya pada malam itu. Tiada sekelumit maaf yang bertakta dalam jiwanya. Hatinya begitu perih bagai ditikam pisau belati. 20 tahun kemudian tanpa diduga mereka telah bertemu dalam satu majlis.......
Dalam Antalogi 7 Tahun Mencintaimu
Cerpen TETAMU SUBUH
Ini merupakan hasil karyaku yang kedua, setelah berhempas pulas menyiapkan cerpen ini untuk di siarkan ke news utusan borneo. Baharulah dapat merasakan bukan mudah menghasilkan sesebuah karya tanpa usaha gigih. Cerpen ini mengisahkan seorang abang kerjaya seorang pendidik beralih kerjaya sebagai ahli politik atas kehendak masyarakat kampung satu masa lalu.
Ini merupakan kisah riealiti namun nama dan watak telah saya ubah demi mejaga nama yang berkenaan. Kisah sebahagian kehidupan masyarakat tidak salah rasanya di tampilkan
Sekadar perkongsian.
Bergelar seorang pemimpin tidak semudah meneguk secawan kopi o, banyak ranjau yang ditempuh. Namun sepahit mana pun ranjau itu demi ingin berbakti kepada Agama, Bangsa dan Negara tempuh ranjau itu sehabis daya dan kudrat, bak kata pepata " JIKA TAKUT DILAMBUNG OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI".
Barulah dapat merasa sesungguhnya menulis karya2 sebegini buat jiwa rasa enjoy. Ditambah lagi tugasku yang sentiasa berdamping dengan masyarakat sudah cukup membantu menyumbang idea-idea dalam penulisan.
Kisahnya,
AKU HANYA melihat dari jauh sahaja abang Murad berucap di atas
pentas yang dipenuhi masyarakat kawasan kami. Selain bersesak dan tepukan
gemuruh, aku rasanya tak perlu berada dekat pentas, tetapi sekadar hadir dan duduk jauh di
pohonan rindang di tepi padang, aku rasa cukup memberi makna sokongan padu
kepada abang Murad, sebagai abangku yang memilih untuk bergiat dalam politik.
Pada ketika ini, abang Murad berucap merasmikan Festival Pendidikan
Daerah kami yang bertujuan merangsang semangat pelajar sekolah rendah dan menengah, pelajar
universiti dan ibu bapa mereka untuk merebut peluang menjana kecemerlangan
kerjaya menerusi pendidikan. Mereka digalakkan belajar bersungguh-sungguh,
bukan sahaja untuk menaikkan nama kawasan kami melahirkan insan yang cemerlang
dalam pendidikan, tetapi mendapat kedudukan tertinggi dalam setiap peperiksaan
kebangsaan.
Selain itu, aku turut melawat yang menyediakan
pelbagai brouser mengenai syarat dan kemudahan memasuki universiti, pusat
latihan kemahiran teknologi dan biasiswa yang disediakan. Pengunjung juga akan
diberikan cenderamata seperti pen dan buku nota yang tertera nama universiti
atau pusat pendidikan teknologi.
Aku terpaksa bersesak dengan orang
ramai, tetapi perkara itu tidak menjadi hal kerana ini mendandakan program
abang Murad bukan sahaja mendapat sambutan, malah menjadikan dia semakin disayangi rakyat kerana banyak progrem yang dianjurkan oleh
abang Murad mendatangkan manfaat.
Bulan lalu, abang Murad merasmikan
program keusahawanan penduduk luar bandar untuk merangsang mereka menjadi
peniaga hasil tempatan yang kreatif, umpamanya menncipta barangan kraf serta
makanan ringan. Pada majlis itu abang Murad mengumumkan peruntukan 3 juta untuk
membuat kilang bersepadu dan kawasan untuk pembinaan kilang industri kecil dan
sederhana (IKS) di bina berdekatan kampung kami.
Selesai sahaja berucap dan memotong
riben, abang Murad yang baharu dilantik sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Desa
diiringi pegawai pendidikan daerah dan wakil pertubuhan dan parti politik melawat
kawasan gerai, wartawan yang membuat
liputan asyik mengambil gambar.
Aku berdiri di celah orang ramai
melambai kepada abang Murad ketika mendekati kami dan abang tersenyun bangga.
Bagi kebanyakan orang, abang Murad
tentu dilihat hanya melaksanakan protokol sahaja untuk merasmi dan membaca teks
ucapan yang dibumbui peruntukan yang besar kepada rakyat, namun yang mengenali
peribadi abang Murad, lebih-lebih lagi kami sebagai keluarganya, tahu bahawa
cita-cita abang Murad untuk memajukan penduduk luar bandar bukan hanya gimik
untuk menang pilihan raya sahaja.
Selain bercita-cita tinggi untuk
membawa kemakmuran kepada masyarakat, abang Murad memang perihatin bukan sahaja
di rumah, malah di masjid di mana dia selalu mengajak orang agar memiliki
cita-cita yang tinggi menerusi usaha gigih belajar dan bekerja keras.
“Kita tak boleh berharap kerajaan
membantu kita, sebaliknya rebutlah peluang yang ada untuk memajukan diri,”
katanya ketika menasihati budak-budak kampung yang mengaji di surau kampung
kami.
Abang Murad bukanlah asing dalam
politik di kawasan kami. Sebelum ini dia mewakli parti Keramat dalm pilihan
raya yang lepas dan walau pun tewas, tetapi tak pernah berhenti berusaha
meminta pembangunan disalurkan di kawasan kami. Dan apabila, dia memilih untuk
menyertai parti baharu yang dianggap mampu membawa kemenangan dan membentuk
kerajaan, maka abang murad terpaksa
mengubah haluan demi cita-cita politiknya untuk membentuk masyarakat yang maju.
Memang pergerakan abang Murad menjadi
perhatianku sejak dahulu, sejak dia mula dipilih oleh pimpinan atasan Parti
Keramat untuk bertanding pada pilihan raya 15 tahun lalu. Dan aku serta
keluarga selalu berasakan pahit maung dalam perjuangan abang Murad, terutama
amat berasa kasihan melihat wajahnya yang tetap positif walau pun kalah.
“Saya tak akan berputus asa untuk
terus berjuang demi kemajuan rakyat. Kalah tidak bermakna saya tak boleh
berkhidmat lagi, malah akan terus berikan curah bakti semampu daya saya atas
amanah yang diserahi oleh pucuk pimpinan kepada saya,” Pernah abang Murad
berucap di hadapan penyokong parti Keramat yang tewas beberapa tahun lalu.
Namun selepas beberapa kali tewas,
bintang abang Murad bagaikan cerah apabila, pada satu subuh aku terbangun
kerana ada kenderaan masuk di perkarangan rumah. Aku mengintip dari celah
jendela dan melihat dua orang lelaki berpakaian kemas membawa sebuah beg naik
ke rumah. Bapa menyambut kedatangan mereka.
Kunjungan dua lelaki misteri di
penghujung subuh itu benar-benar mengundang seribu persoalan di benakku, seingatku
kami tidak pernah di kunjungi
mana-mana tetamu di awal subuh begitu.
Aku bangun dan berjengket-jengket ke
daun pintu untuk cuba dan mendengar butir perbualan mereka dengan bapa. Namun
aku tidak dapat mengagak perkara yang dibincangkan, kemudian cuba mengintip
untuk mengenalpasti siapakah gerangan
mereka itu.
Aku menguak pintu bilikku perlahan,
kelihatan dua orang lelaki berpakaian
jaket berwarna hitam nampak segak lagak orang berpangkat besar sedang berbual
dengan bapa. Aku cuba menangkap apa
topik yang mereka bualkan namun tidak begitu jelas kerana mereka bercakap
seakan berbisik sedang membicarakan sesuatu yang agak sulit.
Selesai mereka berbual dengan bapa, kedua lelaki itu berdiri dan bersalam mohon
diri meninggalkan rumah . Perlahan-lahan aku keluar dari kamar, menuju ke muka pintu ruang tamu, aku
melihat kedua lelaki itu menuruni tangga rumah, salah seorang dari lelaki itu membawa sebuah
bag berwarna hitam ala-ala bag james bond.
Setelah kedua lelaki itu hilang dari
pandangan mata, keinginan ingin
tahu sejak dari tadi nampak sangat tidak
kesabaran. Bapa yang masih tidak berganjak dari kerusi sejak
pemergian kedua tetamu itu tadi kelihatan sedang memikirkan sesuatu, tanpa sabar-sabar aku terus saja mengajukan
pertanyaan: “ Pak”, Apa tujuan kedua
lelaki tadi bertemu bapa? ”,
Pertanyaanku itu sedikit mengejutkan bapa, lantas memandang
tajam ke mukaku sambil berdiri dan terus
saja berlalu sambil berkata, " kau masih budak-budak jangan menyampuk
cerita orang tua" itulah jawaban bapa
padaku, aku sedikit rasa hampa.
Aku
kembali masuk kekamarku dan menghempas tubuhku di tilam empuk itu.
Fikiranku terus ligat berfikir
tentang peristiwa yang baru saja berlaku
sebentar tadi. Dalam hati terus bermonolog "apa tujuan lelaki itu
datang disubuh-subuh begitu? Tentu ada hal mustahak dibincangkan".
Kemudian aku cuba memasang telinga
apabila bapa berbual dengan ibu , aku perlahan-lahan
dibalik dinding mendengar perbualan mereka.
Antara perbualan masuk kecuping telingaku , bapa ada menyebut salah seorang nama
abangku, menurutnya kedatangan kedua lelaki
itu ada kena-mengena dengan abang
murad namun aku masih tidak jelas
perkara apa sebenarnya yang bapa bualkan pada ibu.
Beberapa hari berlalu, peristiwa
kedatangan kedua lelaki itu ke rumah
masih terus bermain di fikiranku terus menjadi tanya. Satu petang tanda tanya yang membebani
fikiranku akhirnya terlerai, setelah
kedatangan abang murad kerumah.
Baharulah terbongkar rahsia sulit itu
oh, rupanya tujuan kedua lelaki itu
bertemu bapa kerana mereka minta bapa memujuk abang Murad menyertai parti
mereka, dan menjanjikan akan diberi
habuan satu jawatan yang agak hebat,
dalam bag itu pula berisi dengan wang begitu banyak
jumlahnya...ohhhh..jika calang-calang iman pasti saja semuanya jadi lebur.
Pangkat dan wang bukanlah
segala-galanya pada sesetengah manusia demi maruah dan harga diri. Kata
abang Murad duit boleh dicari pangkat
sehebat yang di tawarkan itu tidak melemahkan jiwanya kerana dia masih setia
pada perjuangan parti keramat itu. Bapa
adalah penasihat abang Murad , apa-apa hal bapalah tempat abang Murad merujuk, itu sudah menjadi
kelaziman pada abang murad.
Pendirian abang Murad itu sungguh aku
kagumi walau pun tewas dalam pertarungan merebut kerusi adun beberapa tahun
lalu namun semangat juangnya tidak pernah luntur, jiwa jatinya pada parti keramat itu sentiasa
bersulam di hatinya. Sedikit pun jiwanya
tidak goyah, pendiriannya tetap
jitu walau cuba di pancing dengan
jawatan dan wang ringgit.
Aku
masih ingat ketika orang kampung
memujuk bapa, agar abang di cadangkan
menjadi calon untuk parti keramat itu pada masa akan datang. Parti keramat yang
mereka perjuangkan sejak bertahun lalu. Meskipun parti keramat itu kian
berkurangan penyokongnya kerana kebanyakan penyokong setia parti itu telah
beralih sokongan kepada parti baharu yang baru di wujudkan.
Namun pada bapa dan mereka yang masih
setia pada parti keramat itu sedikit pun
tidak melunturkan kesetiaan mereka. Kerana mereka masih yakin bahawa parti
keramat itu masih mampu meraih sokongan dari para penyokong jika di usahakan bersungguh-sungguh dan
meletakkan calon yang di yakini boleh menang.
Pujukan demi pujukan akhirnya
melembutkan hati bapa, terpaksa mengalah walau begitu berat hatinya berbuat
demiakian. Alasannya abang murad adalah calon pilihan yang tepat
berdasarkan keperibadiannya yang disenangi dan terserlah bakat sebagai pemimpin
lagi pula abang berstatus seorang pendidik.
Jawatannya itu di yakini mampu menarik sokongan masyarakat padanya.
Aku tahu hati bapa begitu berat
menerima cadangan orang kampung itu kerana bapa
memikirkan dialah satu-satu anaknya yang berjaya dalam mencapai
cita-cita setakat ini, lagi pula bapa memikirkan tanggungjawab sebagai seorang
pemimpin bukan semudah yang di sangkakan.
Abang murad pula hanya menyerahkan segala keputusan pada
bapa, maklumlah abang murad adalah
seorang anak yang taat kepada orang tua sejak dari kecil lagi, abang murad merupakan anak kesayangan bapa, memang
selayaknya abang murad menjadi anak emas
kerana keperibadiannya yang sangat hormat orang tua.
Adik beradik kami tidak pernah merasa
iri hati atau menyimpan sekelumit benci pada
abang murad kerana dia layak
disayangi dan dihormati. Sikap
abang murad sangat dihormati keluarga,
abang murad punya sikap memimpin, apa
lagi dia sangat berpegang teguh kepada ajaran
agama dan tidak pernah sekali-kali meninggalkan solat lima waktu.
Malah setiap kali abang Murad pulang ke
rumah riuh rendahlah rumah dengan
kehadiran anak-anak jiran belajar mengaji yang abang murad sendiri menjadi
gurunya. bukan saja belajar mengaji, abang murad juga mengajar solat kepada anak-anak
kampung
Ketiadan abang murad dirumah sentiasa
dicari di tunggu-tunggu kepulangannya,
sikapnya yang ramah serta bijak bergaul dengan masyarakat kampung sangat
disenangi sekelian masyarakat.
Sejak penglibatan abang Murad dalam
politik begitu banyak dugaan yang dilalui, bukan saja dugaan kepada dirinya
malah seluruh keluarga turut menerima tempias. Pernah satu malam, ketika abang murad sibuk berkempen diserata
kampung saat pilihan raya sedang berlangsung.
Tiba-tiba telefon rumah berdering, lantas bapa bangun menyambut, “ Helo ini rumah En. Murad?, suara seorang
lelaki bercakap dicorong telefon. “ Ya saya bapanya “ bapa menjawab panggilan
itu.
Wajah bapa tiba-tiba kelihatan berubah
sambil mengurut dadanya, “ Kenapa pak”? aku segera menghampiri bapa yang kelihatan
tidak bermaya. “ Abang kamu Murad mendapat kemalangan sekarang sedang tenat
dihospital”, “Siapa yang yang menelefon tadi?” pantas aku bertanya, bapa tidak
menjawab pertanyaanku sambil meninggalkan aku dalam keadaan terpingga-pingga.
Aku mengejar bapa dari belakang, aku
masih tidak berpuas hati, kerana pertanyaanku belum terjawab. Belum sempat aku mengajukan pertanyaan semula
pada bapa. “Maya mari cepat ke hospital kita jengok abang Murad kamu.” Suara
bapa kedengaran sebak, Dengan pantas aku
mencapai tudungku dan menggambil kunci kereta yang terletak dalam bilik.
Aku bersama bapa bergegas menuju ke
Hospital. Kereta vego 4x4 3.0 cc yang ku pandu dalam kelajuan 100 kilo meter
sejam rasanya seperti hendak terbang. Aku berasakan begitu lambat untuk tiba.
Sepanjang perjalanan bapa hanya diam, sekali-sekala kedengaran keluhan hiba . “
Sabar pak kita doakan semoga abang Murad
tidak mengalami apa-apa kecedraan” kata-kataku terpacul dari bibir menenangkan bapa yang kelihatan terlalu risau.
Sebaik tiba di hospital aku dan bapa
bergegas menuju ke kaunter kecemasan. Kelihatan seorang pegawai perubatan
sedang bertugas menyambut kami dengan senyuman mesra. “ Ya cik ada apa yang
boleh saya bantu?, “ Encik ada tak nama pesaki bernama Murad bin Zakariah
sedang menerima rawatan di hospital ini?” “Kami di kabarkan dia telah mendapat
kemalangan sekitar pukul 8 malam tadi?,” tergesa-gesa suaraku mengajukan
pertanyaan.
Dengan pantas pegawai itu menggambil buku
catatan yang terletak diatas meja meneliti nama-nama yang tertera. “ Tak ada cik,
apa hubungan cik dengannya?” pegawai itu ingin tahu. “ abang saya calon parti
yang bertanding itu”. Aku menjawab tanpa secalit senyum. “ sejak dari petang tadi sehingga kini kami
tiada menerima mangsa kemalangan”. Jawab pegawai itu.
Penjelasan pegawai itu sedikit
melegakan resah yang bertakung dalam sanubariku sejak beberapa jam lalu. Namun bapa masih kelihatan risau . Selepas
mengucapkan terima kasih, kami beredar meninggalkan hospital. Aku mengajak bapa
pulang.. “ Saya tak tahu siapa lelaki yang menelefon itu Maya bapa tak sempat
bertanya kerana dia terus meletakkan telefon” tiba-tiba suara bapa terpacul
dari bibirnya. Aku hanya memandang wajah bapa tanpa menyoal.
Jam ditanganku telah menunjukkan waktu 10
malam. Sebaik aku dan bapa tiba, kelihatan kereta abang murad sedang berpaking
di halaman rumah. Kami bergegas naik , Kelihatan beberapa rakan abang murad sedang sibuk menyusun poster-poster calon diruang
tamu. Abang murad pula duduk berehat
disofa bersama beberapa tetamu sedang rancak berbual.
Kegusaran pada riak wajah bapa
serta-merta hilang sebaik melihat abang Murad dalam keadaan selamat. Abang Murad menyambut bapa lantas berdiri bersalam dan tunduk
mencium tangan. Bapa menceritakan apa yang telah berlaku sebentar tadi. Abang
murad rasa terkejut. “Saya berada di
kampung buang sayang tadi pak kempen dan menyampaikan ucapan” suara abang murad
kedengaran bercakap.
Aku pula terus menuju ke ruang dapur
menyediakan minuman untuk tetamu yang sedang berada dirumah. Bukan itu saja
hal-hal yang berlaku, malah surat-surat layang berbaur fitnah juga sering abang
Murad terima. Tidak diketahui siapa
pelakunya.
Kadang-kadang terasa pahit menerima
fitnah-fitnah sebegitu, namun bapa juga yang sering menginggatkan agar terus
bersabar menghadapinya. “Dalam dunia politik inilah antara cabaran yang
dilalui.” Kata-kata peransang dan semangat memberi kekuatan pada abang Murad dan seisi
keluarga.
Sebaik keputusan pilihan raya di
umumkan dikaca televesyen menyatakan abang Murad memenangi pilihan raya adun dikawasan
kami, sorakan gemuruh para penyokong
yang berada dirumah kami sejak petang tadi menggamatkan suasana. Segala keletihan kempen pilihan raya selama
seminggu itu rasanya seperti angin lalu tanpa kesan.
Aku perhatikan wajah bapa begitu tenang dan bersahaja sambil
mengucap syukur. Aku pasti bapalah insan paling gembira kerana pengorbanannya
menyokong keputusan yang telah diambil oleh abang Murad masa lalu tidak
sia-sia.
Waktu begitu pantas beredar sedar tak
sedar abang Murad telah tiga tahun bergelar wakil rakyat didaerah kami. Abang Murad bertambah sibuk dengan aktiviti
politiknya, aku semakin jarang berkesempatan berbual panjang dengan abang
Murad.
Keakrabanku pada abang Murad lewat masa lalu sebelum dia bergelar wakil
rakyat kekadang menggamit rinduku untuk berbual lama-lama, namun keadaan sering
tidak mengizinkan berbuat demikian. Aku akur dan memahami keadaan abang Murad.
Dia milik masyarakat sebahagian kehidupannya kini dipenuhi jadual yang sangat
padat.
Melihat keadaan abang Murad yang
semakin sibuk dengan program-program bersama rakyat, tidak mengenal penat lelah
membuatkan aku berasa simpati namun kata abang Murad perjuangan ini tiada
penghujung, “ Buat yang terbaik selagi hayat masih ada” Kata-kata abang Murad
itu menjadi inspirasiku berusaha sebaik mungkin menyumbang bakti kepada
masyarakat sebagai seorang pegawai kerajaan.
TAMAT.
TAMAT.
Subscribe to:
Posts (Atom)