Sunday, 13 December 2015

CERPEN "MEMORY LUKA"





Ini adalah hasil karyaku yang pertama . Karya ini telah lama kutulis namun tidak dapat di siapkan, setelah aku berada dalam persatuan MOMOGUN bertemu rakan penulis dalam group ini, berkat bimbingan daripada mereka akhirnya cerpen ini dihasilkan sepenuhnya.

Aku sangat berterima kasih kepada sahabat bernama SOFE CLARA, KATHARINA dan saudara YATIM AHMAD, mereka banyak membimbingku untuk terus menulis. Akhirnya inilah hasilnya.

YATIM AHMAD banyak menunjuk ajar bagaimana melakar karya yang bagus, meskipun hanya berhubung melalu whatsap saja namun bisa difahami dan mudah belajar. Alhamdulillah setelah terbit beberapa karya mengajak aku untuk terus menulis dan menulis tanpa henti.

Bila menoleh masa lalu banyak waktu terbuang kerana tidak berkarya lantaran terlalu terikat dengan tugas hakiki yang memerlukan keutamaan tumpuan namun kata pepata " Jika hendak seribu daya tak hendak seribu dalih".😃😃😃

MEMORY LUKA
Mengesahkan perkahwinan atas dasar cinta dan kesetiaan seorang wanita yang telah dipupuk bertahun-tahun. Tiba waktu mereka telah diijab kabul menjadi pasangan suami isteri. Beberapa hari melayarkan bahtera rumahtangga  baru diketahui rupanya suami yang dicintainya sepenuh hati telah pun menikah dengan seorang wanita berasal dari Kuala Lumpur sebelum mereka melangsungkan perkahwinan dikampung.

Hatinya begitu hancur memaksanya menghalau suaminya pada malam itu. Tiada sekelumit maaf yang bertakta dalam jiwanya. Hatinya begitu perih bagai ditikam pisau belati. 20 tahun kemudian tanpa diduga mereka telah bertemu dalam satu majlis.......

Dalam Antalogi 7 Tahun Mencintaimu

No comments:

Post a Comment