Thursday, 31 December 2015

CORETAN BARU DILEMBARAN 2016

1hb Januari 2016- Jumaat yang cerah tahun baru mula melabuhkan tirai, aku panjatkan rasa syukur padamu ya Ilahi diatas kurniamu, aku masih bernafas dibumi menghayati segala nikmat pemberianmu.

Aku masih merasai bahagia meskipun kadang terlalai menginggatimu kerana kesibukan urusan duniawi , segalanya menuntut demi tanggungjawab yang digalas.
 Semoga keinsafan terus bermukim dihati dan akan sentiasa menginggatimu walau dalam keadaan senang mahupun getir.

Coretan ini untuk motivasi diri agar sentiasa bersyukur dan menghayati kehidupan aman damai.

No comments:

Post a Comment