Monday, 25 December 2017
Ya Allah Dahsyatnya fitnah
Sunday, 10 December 2017
AKU PENGHUNI LORONG GELAP
Setiap langkah bagai beban
Setiap cahaya menyeksa
Menyinari jalan buntu
Tinggal durinya semakin tajam menyusuk
Nyeri pedih bernanah
Dibalut nafsu serakah
Sebab suatu ketika dulu
Kupilih jalan durjana
Haini Karno
Siaran news Sabah times
Monday, 20 November 2017
CERPEN SEMANGAT TAJAU
PAYAH AKU mempercayai bahawa tajau itu menyimpan semangat manusia yang telah mati, apa lagi
HAINI KARNO | |||
Saturday, 4 November 2017
KENAPA WANITA PERLU TIDUR LEBIH LAMA
Perempuan yang kurang tidur cenderung untuk mendapat radang yang teruk sehingga menyebabkan badan terasa sakit ketika bangun dan seterusnya memjejaskan kesihatan dan fokus.
Semasa tidur nyenyak, korteks, bahagian otak yang bertanggungjawab untuk berfikir, memori, bahasa dan seterusnya, memisahkan dirinya daripada deria dan masuk ke dalam bahagian pemulihan. Lebih banyak otak digunakan pada waktu siang hari, maka lebih banyak ia perlukan masa untuk pulih dan lebih banyak tidur di perlukan.
Oleh sebab itu, anda kenalah faham sebab wanita perlu tidur lebih lama dan banyak daripada kaum lelaki. Jangan pula anda terus menganggap mereka sebagai pemalas.
Tuesday, 31 October 2017
MENJEJAK PENGUNDI
Rasanya hanya jabatan Kami satu-satunya yang melakukan kerja sebegini detal bukan secara rawak atau semborono. Dan bukan hanya dibuat diatas meja tetapi siap masuk kampung dan bertemu dengan ketua kampung atau pengerusi JKKK yang tahu status setiap penduduk dalam lingkungan.
Mau buat macamana hendak tidak hendak kena buat juga. Teguhlah duhai jiwa. Pangkat, gred dan gaji pun sudah naik, status pun sudah tetap, tugas kena cemerlang kata bos. Tetaplah begitu jika tidak seksalah cuping telinga ditembak bertubi-tubi dengan ayat2 power.
Saya teringat kata2 seorang pensyarah, bertemu dalam satu acara bulan lepas disuatu kota, katanya yang sanggup buat kerja sebegitu adalah dikalangan mereka yang tidak berpendidikan tinggi, aduhai sombong sungguh dia berkata-kata. Setakat lulusan digree pun sudah mau menyombong lagak saja lebih.
Akhirnya tugasan berjaya disiapkan walau hampir jam 4 pagi, itu baru fasa 1. Banyak lagi tugasan menunggu perlu diselesaikan segera. Sabarlah duhai hati..jika langit itu bertangga akan didaki sampai kebumbung. Tetap Sabar duhai jiwa. YANG PENTING BN TATAP MENANG.
Ok lah langkah terus dihayun hingga ke puncak jaya. Jangan mengalah selagi maut belum tiba.
Thursday, 26 October 2017
CARA NAIKKAN PERANAKAN JATUH DENGAN LEBIH BERKESAN
Punca-punca rahim turun:
1. Jatuh terhentak yang kuat.
2. Angkat benda yang berat.
3. Tidak berpantang dengan baik selepas bersalin.
4. Tolak benda dengan kaki terutama sekali menggunakan ibu jari.
5. Obesiti.
6. Pergerakan yang lasak.
Kesan akibat peranakan jatuh:
1. Sakit perut yang luar biasa.
2. Keluar cecair dari rahim.
3. Keputihan/lendir putih yang banyak dari kebiasaan.
4. Sakit pada ari-ari.
5. Sakit pada dinding faraj.
6. Sakit ketika ‘bersama’ suami.
7. Rasa kejang pada bahagian bawah perut.
8. Terasa seperti mahu bersalin/macam ada benda nak keluar dari faraj.(Ini peringkat yang teruk).
Tanda awal rahim jatuh:
1. Selalunya waktu petang lepas asar badan rasa nak demam, kaki tangan rasa sejuk.
2. Terasa nak buang air kecil dengan kerap.
3. Sakit pinggang dan sengal-sengal di bahagian bawah perut.(ari-ari)
4. Kalau berdiri, terasa seperti rahim seakan jatuh dan rasa sengal.
5. Cepat rasa penat kalau buat kerja.
6. Peha dan betis rasa kebas-kebas.
Anda boleh check sendiri dengan cara ini:
1. Baring lurus, jangan guna bantal.
2. Sapu minyak pada perut dan atas ari-ari especially di bawah pusat.
3. Gosok minyak ke seluruh tempat perlahan-lahan.
4. Mulakan dengan urutan di sebelah kiri perut dan bawa ke tengah.
5. Urut sebelah kanan perut dan tarik ke tengah.
6. Bernafas seperti biasa.
7. Cuba tekan bahagian bawah pusat, betul-betul di atas ari-ari. Kalau rasa sengal dan ada rasa benjolan kecil, itu tanda peranakan anda dah jatuh.
Ini apa yang anda perlu buat!
Biasanya mak bidan akan urut dan naikkan balik rahim di kedudukan asal.
Cara untuk menaikkan kedudukan rahim yang jatuh…
Selain amalkan senaman kagel, cara ini pon boleh membantu tapi sebaiknya buat urutan sengkang rahim dulu dari mak bidan.
Bagi yang dah teruk tu, sila dapatkan nasihat dari yang pakar. Kalau tak boleh tegak lurus pun tak apa, ikut kesesuaian diri dan jika takut, minta bantuan sesiapa pegang kaki itu, buatlah dalam kiraan 10-20. (jangan kira laju) Bernafas macam biasa.
Langkah ini hanya bersifat sementara, sebaiknya dapatkan khidmat bidan untuk sengkak rahim.
1. Mulakan urutan sendiri pada perut kasi lembut urat perut.
2. Bila urat perut dah lembut, perlahan-lahan sila angkat kaki ke atas dinding dan pada masa yang sama tarik bahagian yang berbenjol di atas ari-ari ke sebelah atas ( ke arah pusat).
3. Urut pelan-pelan dari bawah naik ke atas. Kalau sengal, berhenti dulu dan ulang sehingga anda rasa lega.
4. Rehat seketika sebelum bangun.
Monday, 23 October 2017
TOMBIRUO: Gagal Menceritakan Sosiobudaya Pribumi Sabah
Prof Dr Rem Dambul
1
Saya menonton Tombiruo minggu lepas. Sebagai filem produk tempatan, saya rasa ada aspek tertentu yang boleh dibanggakan. Sinematografi memang ada kelas. Berjaya menampilkan karisma Sabah sebagai syurga alam semulajadi.
Adegan aksi juga amat memikat. Pertarungan fizikal diberi tata-gerak yang rapi, serta dirakam dari sudut lensa yang tepat. Sungguh dramatik, lagi menguja perasaan. Apatah lagi dengan ekspresi runut bunyi yang begitu berkesan.
Elemen teknikal filem ini memang wajar dipuji. Susah mau disangkal. Sayang sekali, inti pengisian karya ini – yang merupakan jiwa sebenar sesuatu produksi seni – tidak seimbang dengan keanggunan pesona teknikal.
2
Mungkin saya agak kritikal, kerana saya tidak hanya melihat kemenjadian karya ini dari kacamata seorang penggemar filem dan penggila pop semata-mata. Tetapi juga dari kacahati seorang pribumi Sabah, anak jati Momogun Dusun – yang menjadi latar sosiobudaya utama filem ini.
Komuniti Momogun memang intim dengan alam. Tanah dan belantara adalah warisan asli yang mendasari tradisi dan survival mereka. Justeru, konflik pemilikan tanah adat memang kerap berlaku (misalnya, kes kontroversi Empangan Kaiduan suatu ketika dulu, yang akhirnya dibatalkan).
Ya, karya ini sebenarnya mengadun tema penting yang sangat relevan dan kontemporari. Ia menggarap isu pergelutan komuniti marginal, dalam arus modenisasi yang deras. Ini bukan satu isu enteng. Ini satu realiti yang pernah (dan masih) berkudis di Sabah.
Fokus naratif filem ini berkisar pada Tombiruo si penunggu rimba, yang menggalas kisah silam penuh misteri. Betul, ini watak fiksi. Namun plot dan perwatakan dioperasikan atas domain sosiobudaya dan lanskap geografi yang realistik, iaitu komuniti Dusun Keningau. Persoalannya: dapatkah roh pribumi Sabah ini dicitrakan secara munasabah?
Saya fikir tidak. Biar saya hujahkan kenapa. Mari kita bermula dengan beberapa khilaf faktual.
3
Pertama, tentang watak ‘Bobolian’ yang digambarkan seperti wanita tua, yang hidup sendiri jauh dari perkampungan. Malah, kadang-kadang kenampakan seperti tukang sihir yang menakutkan. Ini kegagalan paling ketara.
Bobolian adalah figura terhormat bagi rumpun Momogun. Mereka mendokong peranan selaku ketua spiritual tertinggi masyarakat. Penampilan mereka mungkin agak klasik dan tradisional. Tetapi bukan seperti nenek kebayan yang tidak terurus, apatah lagi meminggir diri di hutan rimba!
Saya fikir watak Bobolian ini saja-saja diwujudkan dengan tujuan mahu memberi elemen ‘Dusun’ kepada filem ini. Malangnya, ia dibuat secara rambang dan semberono, tanpa memahami apakah konteks sebenar institusi bobolian. Ya, filem ini tidak berjaya mendidik penonton memahami salah satu tradisi penting rumpun Momogun, khususnya etnik Kadazandusun. Bahkan, ia memberi gambaran yang terpesong.
Ungkapan kata-kata lisan yang membuka intro filem ini pun ada isu. Ia disampaikan dalam Bahasa Dusun dengan dialek bercampur baur. Ada dialek Tangara pada permulaan, yang merupakan bahasa pertuturan komuniti Momogun hilir, di sekitar Penampang. Kemudian disusul dalam dialek Liwan. Ini loghat komuniti Momogun hulu, di sekitar Keningau dan Tambunan.
Kecacamarbaan ini agak pelik, dan mengundang pertanyaan: kenapa? Adakah Tombiruo bercinta dengan sumandak hilir? Adakah ibu dan bapa Tombiruo datang dari komuniti silang Momogun hilir dan hulu? Sampai tamat tiada sebarang hint atau jawapan diberi kepada persoalan-persoalan ini. Maka saya anggap itu sebagai khilaf faktual. Mungkin tenaga produksi tidak memahami kepelbagaian dialek Momogun, yang setiap satunya unik kepada sub-etnik tertentu dalam lingkungan geografi spesifik.
Bahasa Dusun yang ditutur oleh watak Bobolian juga agak keras. Komuniti Liwan Keningau terkenal dengan dialek yang halus beralun-alun. Bukan ditutur dengan nada ‘sebiji lepas sebiji’. Kedengaran agak janggal. Tapi kemuncak isu bahasa ini timbul ketika ‘rinait’ (mantera) berkumandang dalam babak pertarungan akhir (semasa Tombiruo dan Amir berganding melawan musuh).
Suara sangat datar tanpa irama. Seakan-akan seorang penyajak amatur sedang membaca teks tanpa perasaan. Sedangkan ‘rinait’ ini sepatutnya dilafaz dengan penuh muzikal, ada ragam pitching suara yang tersendiri. Bukan nada bersahaja ala biasa-biasa, seperti sedang bergossip dengan jiran tetangga.
4
Khilaf faktual yang kedua, dari segi latar geografi. Tombiruo digambarkan sebagai penunggu rimba Keningau, yang merupakan sebahagian hutan dara Banjaran Crocker. Tapi yang nampak rimba, cuma kawasan persekitaran apabila kamera dihala pada pondok Tombiruo di atas pokok.
Bila turun saja ke tanah, tiba-tiba rimba bertukar jadi belukar. Terdapat perbezaan signifikan di antara hutan primer dan hutan sekunder, yang tidak boleh diremeh-remehkan. Apatah lagi dengan reputasi Banjaran Crocker sebagai antara hutan hujan Khatulistiwa tertua dan paling kaya diversiti di dunia.
Saya bukan mencadangkan penggambaran dibuat betul-betul di tengah jantung rimba, yang menawarkan lapis-lapis tumbuhan dan kanopi vegetasi dengan kualiti hutan dara sebenar. BUKAN. Memang ini tidak praktikal.
Tapi saya fikir ‘persekitaran’ begitu boleh disimulasi guna teknik animasi tertentu. Agar dapat memberi aura rimba yang sebenar, dan bukan sekadar rimba jadi-jadian. Kalau tidak, tajuknya kena tukar: Tombiruo Penunggu Belukar.
Dari pondok Tombiruo di Keningau, boleh nampak Aki Nabalu berbalam-balam dari jauh. Cantik. Saya tidak pasti, bolehkah nampak gunung ini dari Keningau? Barangkali tidak, sebab terlalu jauh. Tapi tidak apa, saya boleh terima simulasi sinematografi ini untuk memberi satu nilai-tambah estetik pada filem. Tapi alang-alang mau buat simulasi, buatlah berdasarkan fakta geografi.
Paparan Aki Nabalu dalam filem itu dilihat dari sudut pandang yang sedikit ke arah barat laut (Tuaran). Sedangkan lokasi sebenar Keningau, relatif kepada kedudukan Gunung Kinabalu, adalah cenderung ke barat daya. Jadi bentuk Aki Nabalu sepatutnya bukan begitu. Bahkan, satah pandangan 'imageri’ (dibayangkan saja) dari Keningau sebetulnya jauh lebih memukau. Kerana pundak Low’s Peak akan dilihat penuh pada arah depan, bukan sipi-sipi dari sudut tepi.
Semasa Tombiruo (yang masih bayi) dihanyutkan ke sungai, ada ditunjuk satu visual air terjun yang lebar dan tinggi. Wow, sungguh teruja. Kawan saya siap cakap: “Erk, nanti kalau saya ke Sabah, kau bawa ke sana ya.” Sebenarnya air terjun super gadang itu hanya fantasi. Tidak wujud pun di Keningau, atau mana-mana tempat lain di Sabah.
Sebagai filem yang bersandar pada lokaliti realistik, jungkirbalik fakta seperti itu patut dielakkan. Dari segi prinsip perfileman, memang tidak salah. Sebab ini genre fiksyen. Tapi karyawan yang benar-benar bagus dan teliti, akan berusaha mengekalkan nilai autentik citra tempatan di mana sesuatu cerita itu diolah. Saya fikir, kepersisan begini boleh menyuntik elemen organik yang lebih tulen pada karya yang ditukangi.
5
Selain khilaf faktual, saya juga kurang terbujuk dengan lakonan. Tidaklah buruk, tetapi secara keseluruhan terumbang-ambing pada paras sederhana. Yang saya rasa kuat, cuma watak bapa Tombiruo (Faizal Hussein) dan Wan Suraya si jurnalis gedik. Yang lain, semuanya kurang menyerlah.
Banyak dialog yang agak 'corny' dan tidak natural. Ala-ala cerekarama menjelang maghrib tahun 1980an. Marlia Musa paling mengecewakan. Scene dia sikit saja, tapi penting dari segi aliran emotif filem. Sebab dia menautkan naratif konflik keluarga yang menjadi titik fokal filem ini.
Tapi alahai. Cara dia menjiwai watak tak cukup natural. Masa suaminya (M. Nasir) mahu pergi ke tempat kampung yang diserang, Marlia acah-acah menghalang. Sangatlah deja vu drama pentas zaman universiti dulu! Macam tak ada chemistry, padahal mereka memang pun suami-isteri sebenar di luar filem.
Watak Amir lagi pelik. Macam celaru identiti pula. Sekejap loghat Sabah, banyak kejap loghat KL. Saya pun keliru, watak dia dalam filem ini sebagai apa: orang Sabah atau Semenanjung? Saya fikir dia mungkin orang KL yang berhijrah ke Sabah. Tapi pada hujung cerita, rahsia terbongkar bahawa dia sebenarnya kembar si Tombiruo. Maksudnya orang Sabah laitu, kan? Fuh, saya tiba-tiba rasa mau tikam-tikam perut sendiri.
6
Walaupun ini cuma filem fiksyen, elemen latar sepatutnya tidak diremehkan. Citra sosiobudaya dan lokaliti adalah isu yang dekat di hati masyarakat pemiliknya. Mahu tidak mahu, ada sensitiviti yang perlu dijaga.
Kehadiran sebuah filem Malaysia dengan magnitud box-office begini, tentu sekali membanggakan saya sebagai anak Momogun Sabah. Tapi tersedik jua di hati nurani, saya mengharap citra tempatan yang telah diarusperdanakan dalam filem ini dapat dipapar se-realistik yang mungkin. Itu harapan sajalah, kan.
Tiada yang sempurna, dan saya tidak mengharapkan kesempurnaan nan padu. Menterjemah citra sosiobudaya dan geografi dalam sebuah filem (yang relatifnya 'pendek' lagi terbatas berbanding karya persuratan) -- tidaklah mudah. Ya, saya tahu.
Tapi saya fikir, seni filem mesti dinilai secara holistik. Bukan saja pada merit artistik dan teknikal; tetapi juga merit sosiobudaya. Barulah tepat aspirasi: filem kita, WAJAH kita!
Kalau kita sanggup melabur kapital, tenaga pakar, teknologi dan fasiliti untuk menghasilkan impak visual dan audio yang memukau -- kenapa tidak ada pelaburan yang sama untuk memperhalusi citra pribumi yang melatari naratif filem? Semua yang saya sebut dalam komen ini bukan susah sangat pun. Cuma barangkali, ia tidak diberi prioriti penting semasa proses pembikinan. Bukan terlepas pandang, tapi dilepas pandang.
7
All being said....
....secara jujur, saya tetap rasa bertuah dapat menonton filem ini di pawagam. Ya, ada nilai istimewa tersendiri; terutama garapan teknikal i.e runut bunyi, seni arahan sinematografi dan koreografi aksi lasak.
Pelaburan tiket masih berbaloi, kerana filem ini ada menawarkan sejemput katarsis emosi dan gratifikasi jiwa. Meskipun rasa itu tidak sampai ke tahap klimaks. Ibarat kata orang, bagai berjimak hingga ngilu, tapi tak inzal. Nikmat ada, cuma tak puas.
#Tombiruo
#TombiruoPenungguRimba
Disclaimer: Gambar hiasan entri ini dicopek tanpa izin (tapi bukan niat mencuri) dari domain publik internet. Harap maklum.
Sunday, 15 October 2017
ANTALOGI PEREMPUAN CINTA DAN MARUAH CERPEN: SANGAI-SANGAI
CERPEN 1: SANGAI-SANGAI
Oleh; Haini Karno
Kokokan ayam hutan yang bertingkah-tingkah, sayup-sayup di kejauhan, mengejutkan Karno dari lenanya. Buat sedetik itu, Karno termangu seakan menanti bunyi letupan bom seperti – tahun 1941 ketika perang dunia ke 2 meletus, tentera jepun mula mendarat dan bertempur dgn tentera British, pada 1 april 1941) Cahaya pelita minyak kelapa yang dipuput bayu subuh yang menyelinap masuk melalui lubang dinding rumah yang diperbuat daripada buluh itu, menari-nari di permukaan selaput matanya. cahaya pelita itu seperti cahaya agama yg dihulurkan oleh Sharif Raden Winata berasal dari jawa kepadanya dahulu.
Sebenarnya, walau tanpa kokokan ayam hutan itu pun, dia sudah biasa bangun seawal subuh. Malah, lama sebelum kedatangan Jepun lagi. Cuma waktu itu karno yang masih menggunakan nama Satur telah diambil bertugas sebagai anggota tentera oleh pihak British yamg menjajah hingga ke daerah Tambunan, di tanah Borneo, pada tahun 1941 ; Pihak British yang kekurangan tenaga pekerja, menghendaki dia bangun seawal subuh saban hari untuk membantu menjaga keamanan di setiap kampung di daerah Tambunan. Maka, saban hari jugalah satur mempertaruhkan nyawanya untuk melindungi kepentingan pihak british, sedangkan gaji yang hanya lima ringgit sebulan.
`Tak berbaloi, sangat-sangat. Berbahaya! Pada bila-bila masa sahaja, orang-orang jahat akan menyerbu datang dengan parang dan sumpitan mereka!’ getus Karno yang masih menggunakan nama Satur ketika itu, dlm hati. Malah, ayah angkatnya yang juga mendisplinkan satur agar bangun seawal pagi itu pun, tidak menggalakkan Satur terus bekerja dengan tentera british. Keadaan hidup yang cukup susah dan gaji yang sedikit itu, akhirnya Satur mengambil keputusan untuk melepaskan jawatannya. Karno menghela nafasnya perlahan seolah-olah melepaskan satu perasaan yang membeban fikirannya.
Kini, karno yang terjaga dari tidur oleh kokokan ayam hutan tadi, bingkas bangun menuju ke belakang dapur yang dalam proses pembinaan lalu mengambil air sembahyang yang terdapat dalam sebiji tajau yang ditadahnya ketika hujan turun pada tengah malam itu-. Sebaik selesai menunaikan solat subuh, seperti biasa Karno duduk di beranda sulap sambil menantikan fajar terbit. Karno mengalaskan perutnya dengan ubi rebus yang ditanaknya didalam belanga lewat subuh itu. Karno memerhati suasana di halaman rumahnya yang berhampiran dengan sungai. Mata fikirnya menerawak pada suasana di sekitar kampung yang masih hijau dan belum bernama itu.
Setelah fajar merendah sayap dan alam pun benderang, Karno meninggalkan sulapnya dengan membawa Tangga diperbuat daripada bahan bambu yang telah dikerat panjangnya lebih kurang setengah hasta tempat mengisi air menuju ke sungai yang terletak di sebelah arah matahari terbit itu. Keadaan tanah yang agak curam dan becak, sehingga dia terpaksa mengatur langkah kakinya yang acap kali tenggelam dlm lumpur, dengan berhati-hati karno terus melangkah ke tebing sungai yang menjadi sumber penghidupan masyarakat tempatan dan diri karno sendiri, sejak dia berhijrah ke kampung terpencil itu bersama lima orang sahabatnya lagi.
Mendadak, fikiran Karno menerawang ke arah peristiwa beberapa hari lalu ketika dia cuba menyampaikan dakwahnya kepada sebuah keluarga yang baru saja tiba di kampung itu, menumpang sementara disulap sahabatnya yang tinggal tidak jauh dari kediaman Karno. “Pak cik agama Islam adalah agama perpaduan, agama ini mengajak kita menyembah Tuhan Yang Satu dan tiada Tuhan yang lain, melainkan Allah, dan… ”Belum sempat Karno menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba satu penumbuk hinggap di pipi kirinya. Tumbukan yang agak kuat itu serta-merta menyebabkan Karno hilang imbangan tubuh lalu jatuh di atas tanah.
“Hei, budak! Jangan kau memandai-mandai mengubah fahaman kepercayaan kami, kami masih setia dengan fahaman kepercayaan nenek moyang kami!” Lelaki tua itu yang menyembah pokok Ara dipinggir kampung itu, menengking marah.
Karno bingkas bangun lalu terus beredar pergi meninggalkan orang tua itu yang masih diamuk kemarahan. Kiranya, dia menunggu orang tua itu ia akan hanya menambahkan kemarahannya. Apa lagi anak lelaki orang tua itu cuba memukul karno dengan sebatang kayu dengan mukanya yang bagai harimau kelaparan.
Bimbang juga jika terjadi perkara yang tidak diingini ke atas dirinya kelak. Dia terus bersabar dan dalam hatinya terus berdoa agar jiwa orang tua itu diberi hidayah. Meski pun usia Karno baru mencecah 16 tahun, namun dia yakin amat bahawa kekuatan jiwa dan mentalnya sukar digugat. Masih tersimpan kemas Nasihat pak gurunya Mandur Sharif Raden Winata berasal dari jawa di benaknya.
Didikan tuan guru Mandur Sharif kepadanya menjadikan dia seorang yang matang dan tabah menghadapi setiap dugaan yang dilaluinya –“Bapak tua walaupun dugaan ini perit, aku akan teruskan walau hayatku berakhir dihujung pedang, demi agama islam aku akan terus berjuang” hati kecilnya berbisik perlahan. Ketika Karno menundukkan mukanya ke arah permukaan sungai, dia tersenyum tiba-tiba. Dia dapat melihat akan wajahnya bermata sepet, hidung pesek, berkulit putih dengan rambut lurus dengan usianya 16 tahun itu, dengan begitu jelas sekali seperti dia memandang sebuah cermin. Air sungai yang jernih itu mengalir perlahan menghanyutkan daya fikir Karno ke daerah kenangan yang paling menggetirkan, saat dia berusia enam tahun, di Kampung Madsango Tambunan.
“Satur esok ikut bapa ke hutan menggambil rotan, bapa mau buat tali untuk mengikat kayu untuk dibuat titi,”ujar ayahnya, suatu hari dahulu,
Satur hanya menganguk tanpa membantah. Pada petang itu kedua ibu dan ayahnya telah memenuhi) jemputan moginakan {kenduri kesyukuran) kelahiran anak pak cik Satur dirumah mereka yang hanya lima kilometer jaraknya terletak di seberang sungai di kampung Kumawanan Tambunan , . Satur pula tinggal dirumah seorang diri kerana dia tahu untuk pergi ke rumah pak ciknya itu terpaksa menyeberang sungai Madsango yang berarus deras.
Ketika kedua ibubapanya balik kerumah setelah majlis moginakan selesai dirumah pakciknya mereka tidak sedar sungai yang mereka seberangi itu tiba-tiba saja mengalir teramat deras. Sungguh tidak dapat dijangka bahawa sungai itulah yang mengorbankan nyawa kedua ibu dan ayahnya. Puas orang kampung berusaha mencari mayat kedua ibu dan ayahnya, namun tidak ditemui. Sejak itu satur menjadi anak yatim piatu dan telah dipelihara oleh ketua kampung madsangoh.
Kini, hembusan angin dari arah Banjaran Crocker, menyentuh kulit buat Karno yang hanya memakai baju getah dan berseluar pendik itu menggigil kedinginan. Pohon-pohon dan tumbuhan masih kekal seperti seadanya kerana belum diteroka itu, menyebabkan permukaan tanah agak lembab dan licin. Keriuhan suara burung yang berkicau di pohonan menenggelamkan kesunyian, begitu menghiburkan. Bukan sebaliknya seperti keriuhan orang ramai apabila jepun datang pada tahun 1941, ketenteraman penduduk kampung madsango menjadi kacau bilau kerana ketakutan, sedang satur ketika itu dalam usianya 12 tahun terpaksa bersembunyi didalam hutan bersama penduduk kampung.
1 april 1941 berapa tahun yg lalu, Satur dan seluruh penduduk kampung madsangoh bagaikan diserang gerudah, terpekik terlolong berlarian bersembunyi kedalam hutan kerana ketakutan dengan keganasan tentera jepun. Bom meletup disana-sini.
Malang sungguh. Pencerobohan tentera Jepun tidak tamat di tanah Borneo pada tahun 1945, bahkan masih terus berperang dengan tentera British dan rakyat tempatan turut menjadi korbannya. Keadaan di kampung selalu menjadi huru hara apabila penduduk kampung sering saja diganggu oleh tentera jepun. Ramai orang kampung lari meninggalkan kampung halaman kerana tidak tahan dengan kekejaman tentera Jepun, malah ada yang dihukum bunuh kerana disyaki menyokong perjuangan pihak tentera British. Mujurlah tentera british tidak sekejam tentera Jepun.
“Lebih baik aku mengikuti kawan-kawanku merantau mencari kerja ditempat lain,” bisik hatinya ketika dia mendengar perbualan beberapa orang kampung yang akan meninggalkan kampung halaman untuk mencari pekerjaan. Khabarnya beberapa orang kampung akan ke Daerah Manggatal kerana ada tawaran kerja sebagai penoreh getah disebuah estet peninggalan kerajaan british. Lalu, Satur juga menggambil keputusan untuk turut merantau bersama-sama mereka.
`Tambahan pula, tiada lagi yang perlu kufikirkan di kampung halaman ini, bukan?’ Getus hatinya. Berjalan kaki menuju ke daerah Mangatal yang perjalanannya sejauh 100 batu kerana tiada keenderaan pada ketika itu, amat menggetirkan. Walaupun mereka terpaksa meredah hutan belantara, menyeberangi sungai berarus deras dan bersarang dengan buaya, mendaki bukit bukau dan lembah yang dalam yang penuh dengan haiwan buas, sedikit tidak mematahkan semangat Satur meneruskan cita-citanya.
Perjalanan menuju ke daerah mangatal memakan masa selama tiga hari dua malam. Tubuh kecil Satur sesekali terhoyong-hayang kerana barangan keperluan dalam baraitnya seperti beras dan beberapa helai pakaian, terasa cukup berat dan melelahkan.
sewaktu melalui denai yang diliputi semak belukar yang tebal, Satur terus menguatkan semangatnya tanpa sedikit rasa takut atau gerun. Lagipun, suasana hutan tebal sebegitu telah banyak dilaluinya bersama ayahnya dahulu dan bukanlah menjadi masalah kepada satur. Kemudiannya, setelah berjalan selama tiga hari dan dua malam berturut-turut akhirnya Satur dan beberapa orang dewasa dari kampung Madsango , tiba di daerah Manggatal. Mereka segera menuju ke Estate Lobou, ladang getah beratus ekar milik kerajaan british, yang ditinggalkan saat kedatangan tentera jepun ke tanah borneo pada pertama kalinya.
Mereka telah disambut baik oleh seorang mandur bernama Sharif Raden Winata berasal dari jawa. - “Saya sangat mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan ke estet ini kerana kebetulan estet ini kekurangan pekerja dan saya amat gembira serta meluluskan permohonan tuan-tuan semua, mulai esok bolehlah tuan-tuan memulakan kerja masing-masing”. Kata Mandur Sharif sambil bersalaman dengan rombongan seramai lima belas orang itu termasuk Satur yang paling muda dikalangan mereka. “Terima kasih bapa kerana menerima kami bekerja disini” kata Satur dengan penuh homat sambil menghulur tangannya dan mencium tangan Mandur Sharif ketua estet Lobou itu.
“Nama anak ini siapa?” Tanya Mandur Sharif,
“Satur, pak” jawab satur, penuh hormat
“Anak mau kerja disini ya?” soal mandur sharip lagi.
“Ya pak, saya mau kerja sebagai penoreh getah,” Satur menjawab dengan menunjukkan kesunguhan pada riak wajahnya.
“Baiklah nak, ibu dan bapak anak ni bagaimana setujukah bekerja disini?”
“Saya anak yatim pak, kedua orang tua saya telah lama meninggal dunia,” jelas Satur, kesayuan. Satur lalu menundukkan mukanya.
“Baiklah, jika begitu bolehkah anak ini menjadi anak angkat bapa, kerana kebetulan bapa ini tidak punya anak?” Pertanyaan Mandur Sharif membuat hati Satur tersentuh kegembiraan. Ternyata, sikapnya yang matang itulah rupanya yang amat disenangi oleh mandur sharif.
Semua pekerjaan dilakukannya seperti orang dewasa lakunya. Pada suatu malam, Satur tiba-tiba mendapati Mandur Sharif tiada di rumahnya. Satur tidak diberitau akan ke mana Mandur Sharif pergi segera mendapatkan ibu angkatnya, iaitu isteri kepada Mandur Sharif.
“Ibu, di mana bapa Mandur Sharif, dari petang kemarin dan sehingga pagi ini saya tidak nampak dia dirumah ini?” tanya Satur, perlahan
“Oh, beliau pergi ke hujung kampung nak Satur, beliau mengajar budak-budak bersilat,” jawab ibu angkatnya,
`Bersilat?’ getus Satur dalam hati. Dia termenung sejenak, memikirkan tentang mengapa dia tidak pernah tahu sama sekali bahawa di estet Lobou itu terdapat aktiviti belajar silat yang gurunya adalah bapa angkatnya sendiri. Sungguh satur tidak mengerti mengapa Mandur Sharif tidak pernah memberitahunya tentang hal ini.
“Anakku Satur, adakah kamu berminat untuk memeluk agama islam? Sekiranya kamu berminat kamu kena ikhlas dan reda kerana dalam memilih agama Islam ini tiada paksaan,” ujar Mandur Sharif, suatu hari kemudiannya.
Satur tidak dapat menjawab pertanyaan bapa Mandur Sharif pada saat itu. Dia hanya diam. Malam itu Satur tidak dapat melelapkan matanya kerana asyik teringatkan kata-kata Mandur Sharif. Di suatu subuh yang bening selepas mandur sharif selesai mengerjakan solat subuh, Satur sudah tidak sabar lagi mahu menyuarakan hasratnya. Dengan dada yang berkobar-kobar, Satur menghampiri bapa angkatnya. . “Pak saya telah berfikir semalaman saya ingin memeluk agama Islam pada hari ini juga,” Suara satur kedengaran lembut dan tegas. Dengan lafaz dua kalimah syahadah yang diajar oleh bapa angkatnya, Satur sah memeluk agama islam.
“Dari hari ini bapa ingin menukar namamu dengan nama Karno, ya..” ujar Mandur Sharif sambil mengusap-ngusap kepala Satur. “Terima kasih pak,” ucap Satur sambil menghulurkan tangannya kepada Mandur Sharif dan menciumi tangan bapa angkatnya itu. Serta-merta, dada Satur berasa begitu lapang dan tenang sekali. Sejak itu Satur mula belajar ilmu-ilmu agama syariaat daripada Mandur Sharif . Dia juga telah bersedia belajar ilmu tarekat iaitu ilmu kebatinan tasauf. Kesungguhan Satur menekuni setiap apa yang dipelajarinya, menarik perhatian Mandur Sharif. Keupayaan Satur cepat menangkap dan menghafal apa yang diajar, membuatkan Mandur Sharif kekaguman.
Beberap lama kemudiannya tibalah waktunya bagi anak-anak murid Mandur Sharif menamatkan pelajaran mereka. Mandur Sharif telah mengadakan ujian kepada setiap anak muridnya dan terbukti dalam kalangan anak muridnya, Karno yang paling cemerlang kerana lulus semuanya. Karno telah dihadiahkan oleh Mandur Sharif dengan sebilah keris sebagai tanda penghargaan kepada anak murid yang berjaya.
malangnya, sama seperti di ladang-ladang lain, pokok-pokok getah di ladang Lobou- kian hari merosot mengeluarkan hasilnya, Semuanya berpunca daripada kemarau yang melanda selama setahun di daerah Mangatal. Ramai pekerja berhenti kerana pihak estet tidak lagi dapat membayar gaji mereka, Karno juga terpaksa berhenti kerja kerana tiada lagi pendapatan. Setelah karno berbincang dengan beberapa orang rakannya mereka bersepakat utk berhijrah ke daerah keningau setelah mendapat perkhabaran bahawa di Daerah Keningau terdapat sumber pekerjaan yang sedang menunggu.
“Nak Karno, kau sudah habis fikir hendak ke daerah Keningau itu?” pertanyaan Mandur Sharif disuatu petang ketika mereka sedang berbual dihalaman rumah. Kesayuan terpapar pada wajah Mandur Sharif. “Ya nak apakah kau tidak mahu tinggal terus disini bersama kami?” disusuli pertanyaan isteri Mandur Sharif terlihat kesedihan terpapar pada wajahnya. Karno tunduk memandang kebawah sambil menahan air matanya yang hampir menggalir. Lama dia menjawab pertanyaan kedua ibubapa angkatnya itu. “Ya pak,ibu, saya akan turut merantau bersama beberapa orang rakan ke daerah Keningau. Suara Karno kedengaran sebak.
Sebelum Karno dan beberapa orang rakannya meninggalkan estet Lobou mandur sharif telah mengadakan kenduri doa selamat untuk murid-muridnya yang bakal meninggalkan estet. Karno merasa sebak dan sayu kerana terpaksa berpisah dengan Mandur Sharif, bapa angkatnya. Banyak kenangannya bersama orang tua itu. Mandur Sharif telah berjaya mendidik jiwanya menjadi seorang manusia yang kuat berpegang kepada ajaran islam.
Karno cuba menahan sebak saat bersalaman dan memeluk Mandur Sharif namun ia gagal mengawal emosinya, air matanya menitis menuruni dikedua belah pipinya. “Karno dan anak-anakku sekelian bapa harap kamu peganglah agama kamu dengan sebaiknya, bersatulah kamu dan jangan pernah berpecah belah” Nasihat Mandur Sharif masih terdengar-dengar di telinganya.
Tiba-tiba Sehelai daun tarap jatuh melayang di permukaan sungai. Karno tersentak daripada lamunannya. Lantas Karno yang masih menatap bayangnya pada permukaan sungai itu, bangun perlahan-lahan, setelah Tangga yang dibawanya telah diisi dengan air. Dalam hatinya terus berkata-kata kampung ini akan aku namakan sebagai kampung sangai-sangai yang bermaksud - Bayangan.
Setelah berbincang dengan beberapa sahabatnya perihal cadangan nama kampung itu, akhirnya dipersetujui bahawa kampung itu perlu dinamai_ sebagai kampung Sangai-sangai. Karno lalu pergi ke Pejabat Daerah Keningau untuk mendaftarkan nama kampung itu yang telah dipersetujui oleh pihak pejabat daerah di keningau, pada 1hb Julai 1945 Lama kelamaan, penduduk Kampung Sangai-sangai kian bertambah namun kebanyakan mereka adalah berfahaman pagan.
Suatu hari, karno mendapat khabar tentang anak kepada orang tua yang pernah menumbok pipinya ketika dia cuba berdakwah dahulu, tiba-tiba ditimpa penyakti misteri yang agak tenat. Sedangkan tiada hospital yang berhampiran. Jalan menuju ke Pekan Keningau belum ada, yang ada hanya sebatang jalan kecil bagi kemudahan penduduk yang berurusan di Pekan Keningau dan mereka terpaksa berjalan kaki untuk itu.
Tidak sampai hati, Karno segera menziarai anak orang tua itu tanpa merasa dendam di hatinya. Mujurlah orang tua itu tidak lagi menunjukkan kemarahan kepada karno lagi, malah karno disambut dengan baik.
“Pak cik tolong berikan saya segelas air saya akan cuba tawarkan penyakit anak pakcik ini,” pinta Karno dengan selembut mungkin..
Tanpa membuang masa pak cik itu bergegas ke dapur dan kembali ke sisinya dengan membawa segelas air bening. Gelas bersi air itu lalu diserahkan kepada karno. Dengan ayat-ayat al quran yang pernah dipelajarinya daripada Mandur Sharif dahulu, Karno membacakan air itu untuk dijadikan sebagai penawar kesakitannya .Dia meminta pak cik itu memberikan anaknya memimum air yang ditawarnya itu. Sebaik selesai urusannya, Karno terus pulang ke rumahnya. Keesokan harinya di awal pagi lagi, ketika Karno sedang bersiap-siap ke Sungai Sangai-sangai untuk mengangkat air, dia terkejut dengan kedatangan pak cik itu, Pak cik itu lalu menyampaikan berita baik tentang anaknya telah beransur sembuh kepada Karno.
`Syukur alhamdulillah pak cik, kesembuhannya itu adalah atas kehendak Allah taalah jua,”kata Karno yang turut tersenyum keharuan.
Pak cik itu lantas memeluk karno dan mengucapkan terima kasihnya secara bertubi-tubi, sebelum menyampai hasrat dia dan keluarganya ingin memeluk agama islam.
“Jangan berterima kasih kepada saya pak cik, yang menyembuhkan anak pak cik itu adalah Allah… Baiklah, jika pak cik telah rela dan ikhlas untuk memeluk agama Islam, saya degan senang hati mensyukurinya, pak cik,”ujar Karno. “Saya sedia membimbing pak cik.”
Orang tua itu kelihatan sangat gembira. Petang itu Karno datang ke rumah pak cik itu dan pada ketika itu juga, mereka sekeluarga dibimbing melafazkan dua kalimah syahadah. Anak pak cik itu semakin sembuh. Karno merasa bersyukur kerana makin bertambah bilangan penduduk di Kampung Sangai-sangai yang memeluk agama Islam. Namun, sungguh tidak disangka, sejak itu, perkhabaran tentang Karno yang berupaya merawat anak lelaki tua itu, telah tersebar luas, bukan saja di Kampung Sangai-sangai, akan tetapi juga di sekitar kampung-kampung jirannya. Apabila ada yang sakit, maka berdatanganlah mereka ke rumah karno untuk meminta ditawarkan penyakit mereka. Pernah juga berlaku bagaimana seorang tua tiba-tiba hilang dari kampung, keluarga itu telah datang bertemu dengan Karno untuk meminta petolongan. Dengan izin Allah swt orang tua itu tiba-tiba kembali ke rumahnya dalam keadaan selamat.
“Karno! Karno!” Suara kedengaran memanggil-manggil di luar rumah, suatu malam.
Karno yang baru saja mahu melelapkan matanya itu, bingkas membuka pintu, dan terlihat akan dua orang tentera Jepun bersama ketua kampung tercegat di luar rumah.
“Kenapa tok ketua kampung?” jantung Karno sedikit berdebar tidak keruan. Segala kekejaman tentera Jepun terhadap orang tempatan, membayang di ruang matanya. Perasaannya membuak serta merta.
“Karno ini orang jepun mau jumpa kau,” kata ketua kampung dengan suara
yang tersekat-sekat. Kedua tentera Jepun itu tunduk hormat secara serentak, sebaik melihat Karno di muka pintu.
“Kedatangan orang jepun itu semata-mata mahu berubat dengan kau, karno,” jelas ketua kampung. “Kaptain Jepun itu susah mau tidur sudah hampir sebulan kerana mengalami satu penyakit misteri,”
Rupanya, melalui ketua kampung itulah tentera-tentera Jepun itu mendapat tahu tentang keupayaan Karno yang boleh mengubati penyakit misteri itu.
Mau tidak mau, Karno terpaksa akur dengan permintaan mereka. Malam itu Karno mengikuti dua tentera jepun ditemani oleh ketua kampung dengan menaiki trak menuju ke kediaman captain tentera jepun itu. Sebaik tiba di rumah captain tentera jepun itu, Karno terkejut melihat akan sosok tubuh orang jepun itu terlalu kurus sedang terbaring lesu di atas katil.
Mendadak, terbit rasa simpati di hati Karno, meskipun selama ini dendamnya terhadap mereka begitu tebal. Namun, atas dasar peri kemanusiaan yang begitu mendalam, dengan hati yang ikhlas, Karno meminta izin kepada salah seorang tentera Jepun yang boleh berbahasa tempatan untuk disediakan segelas air bening. Di sudut bilik itu karno duduk dan setelah air itu dibacakan dia pun mengarahkan orang itu memberi minum kepada tentera Jepun yang kelihatan layu itu.
Setelah meminum air yang telah ditawarkan tiba-tiba kapten tentera Jepun itu menggerak-gerakkan matanya dan terlelap. Sepanjang dua hari kapten tentera Jepun itu tertidur nyenyak, selama itulah Karno dan ketua kampung itu tidak dibenarkan meninggalkan kediaman itu dan terus dilayan dengan baik. Tiba-tiba, pada pagi berikutnya, kapten tentera Jepun itu, terjaga dari tidur dan kelihatan amat segar. Karno sekali lagi diminta meneruskan mengubati kapten tentera Jepun itu. Karno terus akur dengan arahan itu.
Kemudiannya, untuk membalas jasa Karno yang telah menyembuhkan penyakit misteri kapten tentera Jepun itu, mereka menghadiahkannya dengan sebilah pedang semurai yang panjangnya satu hasta.
“Arigato,” Karno menerimanya sambil mengucapkan “terima kasih” dalam bahasa Jepun.
Sekali lagi, Karno teringatkan bagaimana kesengsaraan penduduk Kampung Madsangoh oleh keganasan tentera Jepun, pada – 1hb april tahun 1941 dahulu. Tentera Jepun telah mengerahkan semua penduduk menghantar segala beras ke kubu mereka yang terletak di Pekan Tambunan. Malah penduduk kampung juga dikerah membina jambatan tanpa diberi upah. Karno melihat sendiri bagaimana keadaan salah seorang penduduk kampung diikat pada sebatang pokok berhari-hari kerana enggan menurut arahan tentera jepun menghantar beras.
Pelbagai lagi penyeksaan yang mereka lakukan. Peristiwa itu sukar Karno lupakan sejak usia 12 tahun lagi sehinggalah karno remaja -. Kehidupan orang kampung selalu tidak tenteram, ramai yang telah melarikan diri kedalam hutan tebal dikawasan Tambunan. Ramai juga yang telah mati akibat diserang binatang buas. Karno menghela nafas panjang lalu membuang segala dendam di hatinya. Karno berusaha berhubung baik dengan semua orang meskipun berbeza agama dan bangsa. Karno telah mengislamkan ramai sekali penduduk Kampung Sangai-sangai dan kampung-kampung sekitar Daerah Keningau.
Kemudiannya, penglibatan Karno memperjuangkan kemerdekaan tanah air telah mendapat pengiktirafan kerajaan negeri dan telah diabadikan dimuzium Daerah Keningau.
Siaran dalam Antalogi " PEREMPUAN CINTA DAN MARUAH "
Kumpulan Penulis Wanita Borneo
Monday, 9 October 2017
FORUM PUISI DAN SYAIR ASEAN 2017
Forum Puisi dan Syair Asean 2017 di Malaysia Ditutup
Sastra dan Politik Jadi Perbincangan Hangat pada Forum Puisi dan Syair Asean 2017
Rabu, 04/10/2017 | 01:27
Noir, Rusli dan Raja Ahmad (Foto: Ist)
KUALA LUMPUR-TIRASTIMES: Perkembangan sastra di suatu negara sangat tergantung pada kebijakan dan keputusan politik masing-masing penguasa. Oleh sebab itu, tak ada pilihan yang paling tepat kecuali sastrawan harus terjun ke dalam dunua politik agar dapat memberi warna terhadap kebijakan sastra.
Kesimpulan itu dipetoleh dari sesi diskusi yang menampilkan dua pembicara utama mading-mading Rusli Marzuki Saria (Indonesia) dan Dr. Siti Zainun Ismail (Malaysia) pada Forum Puisi dan Syair Asean di hari terakhir, Sabtu (30/9) di Gedung Dewan Bahada dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur, Malaysia.
Rusli Marzuki Saria mengungkapkan pengalamannya di masa lalu waktu menjadi wakil rakyat di Provinsi Sumbar. Rusli terus melalukan pendekatan dengan penguasa agar ptogram pembinaan dan pengembangan seni budaya dapat didukung melalui dana pemerintah.
''Para sastrawan tak boleh alergi terjun dalam berbagai posisi baik eksekutif maupun legislatif agar kegiatan sastra tidak dianaktirikan. Tapi persoalannya sekarang banyak sastrawan yang hanya asyik dengan dirinya. Akibatnya sastra terus saja terpencil dari pembacanya,'' kata Rusli yang bakal dianugerahi Sea Write Award 2017.
Sementara Siti Zainon Ismail lebih banyak bercerita tentang pengalaman bersastra yang sudah dilakoninya puluhan tahun.
Di luar acara diskusi formal srcara terpisah sejumlah sastrawan beberapa negara memperbincangkan topik sastra dan politik.
Sastrawan Malaysia, Engku Raja Ahmad Aminullah mengungkapkan para sastrawan di negaranya juga mengalami hambatan-hambatan berkspresi karena faktor-faktor politis.Termasuk penyediaan dana yang mencukupi dalam mendukung kegiatan sastra.
Sementara sastrawan Singapura, Noor Hasnah Adam mengatakan para sastrawan Melayu mengalami keterbatasan dalam menerbitkan buku-buku sastra karena proses seleksi yang cukup ketat.
''Memang ada subsidi penerbitan buku sebesar 2.500 dolar Singapura per buku, tapi begitu sulit mendapatkannya karena harus bersaing ketat,'" kata Noor yang penggemar motor besar ini.
Kritikus sastra Indonesia, Maman S. Mahayana menyatakan secara politis pethatian pemerintah terhadap pengembangan sastra masih terbatas padahal gerakan literasi sudah digaungkan dan menjadi keputusan politik.
Terkait masih terpencilnya sastra dari pembaca, Maman mengritik banyak sastrawan masa kini cenderung melakukan 'duplikasi' atas karya sastrawan pendahulunya. Hal sebagai akibat enggannya para sastrawan melakukan penggalian dan pendalaman pada karya sastra pendahulunya.
Maman mencontohkan bagaimana Sutardji Calzoum Bachri (SCB), Sapardi Djoko Damono dan Rendra melakukan pengkajian dan pendalaman atas puisi Chairil Anwar hingga menemukan kekhasan yang baru. Begitu pula Afrizal Malna mendalami puisi-puisi SCB. Begitu pula Eka Kurniawan jelas sekali mendalami karya-karya Pramoedya Ananta Toer.
FPSA 2017 ditutup secara resmi Sabtu malam (30/9) di Gedung DBP, Kuala Lumpur. Tampak hadir CEO ITBM, Mohd. Khair Nfaduron, Presiden PENA Malaysia, Saleeh Rahamad dan para undangan dan sastrawan.(Ich)
Sumber berita- Tirastimes
En. Rusli Marzuki |
Sunday, 8 October 2017
JAMU KAMPUNG ISTIMEWA
Jamu ini saya oder dari seorang rakan mahir membuat jamu |
Ini merupakan jamu kampung yang dihasilkan menggunakan bahan asli daripada tumbuhan semulajadi yang mudah didapati bahan tersebut, ibu kunyit, madu asli, limau nipis dan lain2. Jamu kampung ini sangat membantu untuk kesihatan dalaman seorang wanita juga menambah tenaga terutama wanita yang aktif diluar sana jika diamalkan secara berterusan.
Mungkin ia agak tradisi namun kesannya sangat menakjubkan dijamin tiada kesan sampingan atau memudaratkan kepada dalaman tubuh badan.
Jamu kampung ini mungkin tidak lagi digemari oleh sesetengah wanita di zaman moden ini kerana jamu dipasaran yang diproses secara moden mudah didapati berlambak dipasaran. Namun tidak diketahui daripada apa bahan-bahan itu diproses banyak juga keraguan tentang kesan sampingan jadi berhati-hatilah.
Zaman kini ramai wanita tidak lagi begitu mengambil berat tentang perkara sebegini kerana ia dianggap remeh tetapi jangan lupa sebagai seorang wanita harus berusaha menjaga kesihatan apa lagi bila usia kian meningkat.
Kenapa ada wanita yang usianya masih muda tetapi sudah kelihatan lebih tua daripada usia sebenar, berlaku kegemukan, perut buncit selepas melahirkan anak, tidak bermaya, cepat letih itu antara tanda-tanda terdapat organ dalaman mengalami masalah, jika tidak dirawat nah sendiri menanggung derita.
Kadang kedengaran suami merungut isteri asyik tak sihat saja tetapi suami juga harus menyumbang peranan membantu menjaga kesihatan sang isteri.
Sudahlah membantu melahirkan zuriat untuk kamu sia-siakan lagi. Bila isteri sihat suami pun turut sihat hu hu😃😃😃😃 apa pun dari kita saja itu wahai wanitaku. Kesibukan jangan jadikan alasan dalam menjaga kesihatan. Aku hanya berkongsi rahsia awet muda. Hi hi
Kisah saya bermula mengamalkan minum jamu, ketika masih remaja belasan tahun. Saya mesra dengan seorang wanita berbangsa jawa. Melihat muka saya ditumbuhi jerawat yang tak terkawal.
Dia memberikan beberapa paket jamu berupa serbuk, dia suruh saya minum setiap hari, mulanya tak mampu di telan kerana rasanya terlalu teruk namun lama kelamaan rasa sebati maka sejak itu saya terus amalkan. Bukan saja jenis serbuk tetapi jenis suplement. Berkotak-kotaklah saya oder dari agen sebelah pantai timur. tapi kini jenis serbuk dan suplement saya tidak lagi amalkan, saya dah tukar ke jamu kampung buatan sendiri.
Jamu kampung ini saya belajar dari seorang makcik berbangsa suluk dia pula berkongsi pengalamannya mengamalkan jamu kampung ini sejak dia muda yang diturunkan oleh ibunya. Zaman dulu katanya ibu2 yang melahirkan hanya bergantung kepada jamu kampung buatan sendiri dan Alhamdulillah sihat hingga ke tua.
Demikianlah kisah seadanya.😃😃😃justeru rajin2lah menjaga kesihatan, buatlah sendiri lebih baik.
Saturday, 7 October 2017
KALI INI JOHAN
Kali ini sumandak bungsu ini dinobatkan sebagai juara pertandingan nyanyian lagu2 dalam BI. sumandak ini memang bolehlah tahan aku pun tak boleh lawan BI nya.
Namun bahasa melayunya agak ke bawah setiap kali exam jarang dapat A , asyik2 dapat B. Bahasa china lagilah agak mundur. Kecenderungan lebih kepada BI. Mau buat macamana.