Jamu ini saya oder dari seorang rakan mahir membuat jamu |
Ini merupakan jamu kampung yang dihasilkan menggunakan bahan asli daripada tumbuhan semulajadi yang mudah didapati bahan tersebut, ibu kunyit, madu asli, limau nipis dan lain2. Jamu kampung ini sangat membantu untuk kesihatan dalaman seorang wanita juga menambah tenaga terutama wanita yang aktif diluar sana jika diamalkan secara berterusan.
Mungkin ia agak tradisi namun kesannya sangat menakjubkan dijamin tiada kesan sampingan atau memudaratkan kepada dalaman tubuh badan.
Jamu kampung ini mungkin tidak lagi digemari oleh sesetengah wanita di zaman moden ini kerana jamu dipasaran yang diproses secara moden mudah didapati berlambak dipasaran. Namun tidak diketahui daripada apa bahan-bahan itu diproses banyak juga keraguan tentang kesan sampingan jadi berhati-hatilah.
Zaman kini ramai wanita tidak lagi begitu mengambil berat tentang perkara sebegini kerana ia dianggap remeh tetapi jangan lupa sebagai seorang wanita harus berusaha menjaga kesihatan apa lagi bila usia kian meningkat.
Kenapa ada wanita yang usianya masih muda tetapi sudah kelihatan lebih tua daripada usia sebenar, berlaku kegemukan, perut buncit selepas melahirkan anak, tidak bermaya, cepat letih itu antara tanda-tanda terdapat organ dalaman mengalami masalah, jika tidak dirawat nah sendiri menanggung derita.
Kadang kedengaran suami merungut isteri asyik tak sihat saja tetapi suami juga harus menyumbang peranan membantu menjaga kesihatan sang isteri.
Sudahlah membantu melahirkan zuriat untuk kamu sia-siakan lagi. Bila isteri sihat suami pun turut sihat hu huππππ apa pun dari kita saja itu wahai wanitaku. Kesibukan jangan jadikan alasan dalam menjaga kesihatan. Aku hanya berkongsi rahsia awet muda. Hi hi
Kisah saya bermula mengamalkan minum jamu, ketika masih remaja belasan tahun. Saya mesra dengan seorang wanita berbangsa jawa. Melihat muka saya ditumbuhi jerawat yang tak terkawal.
Dia memberikan beberapa paket jamu berupa serbuk, dia suruh saya minum setiap hari, mulanya tak mampu di telan kerana rasanya terlalu teruk namun lama kelamaan rasa sebati maka sejak itu saya terus amalkan. Bukan saja jenis serbuk tetapi jenis suplement. Berkotak-kotaklah saya oder dari agen sebelah pantai timur. tapi kini jenis serbuk dan suplement saya tidak lagi amalkan, saya dah tukar ke jamu kampung buatan sendiri.
Jamu kampung ini saya belajar dari seorang makcik berbangsa suluk dia pula berkongsi pengalamannya mengamalkan jamu kampung ini sejak dia muda yang diturunkan oleh ibunya. Zaman dulu katanya ibu2 yang melahirkan hanya bergantung kepada jamu kampung buatan sendiri dan Alhamdulillah sihat hingga ke tua.
Demikianlah kisah seadanya.πππjusteru rajin2lah menjaga kesihatan, buatlah sendiri lebih baik.
No comments:
Post a Comment