Tuesday, 8 August 2017

WALAU SEKADAR KERTAS BIASA


Kad ucapan hari lahirku untuk tahun 2017

Kad ucapan hari lahir dari anakku berusia 11 tahun. Hasil sentuhan tangannya sendiri, meski hanya  sekadar kertas biasa namun amat bermakna buat aku seorang ibu. Tiada hal yang lebih indah melainkan ingatan dari anak2 tercinta.

Dia anak bungsuku yang masih setia menjadi teman dirumah. Selainnya dah dewasa sudah masing2 bertebaran dimuka bumi ini. Beginilah nasib kehidupan semua insan bergelar ibubapa akhirnya akan bersendirian dihujung usia, mau buat macamanakan itu sudah takdirnya putaran hidup bagai sebiji bola.

Hanya doa kutadah moga anak2ku sihat selalu dan ingat2lah orang tua walau dimana saja kalian berada.
Ini pula kad ucapan sempena hari ibu tahun 2016

Saturday, 5 August 2017

PULAU BANGGI

JELAJAH KE PULAU BANGGI KUDAT, kali ini tumpuan kami dalam kawasan dewan undangan negeri N. 1 Banggi parlimen Kudat. Sudah beberapa kali saya ke daerah Kudat atas urusan tugas namun belum berkesempatan berkunjung ke pulau ini, gerakerja sosial anjuran jabatan mengundang saya ke pulau ini dan sudah tentu peluang ini tidak di abaikan.

2hb ogos,  jam 8 pagi saya memulakan perjalanan dari daerah Keningau, memandu sendirian saja kali ini tidak berteman dan pergerakan pun lancar tidak singgah dimana2 hanya singgah makan sebentar di kota kinabalu. Selesai makan saya terus memandu dalam kelajuan 100 km kadang lebih laju dari itu bergantung pada keadaan jalan.

Jam 11.45 am, saya tiba di pekan kudat dan sebelum ke jeti saya berlegar-legar sambil melihat-lihat suasana sekitar pekannya dan terus menuju ke kawasan tamu,  kelihatan tidak lagi begitu sibuk sebahagian pengunjung dan penjaja telah beredar meninggalkan tamu selainnya sedang bersiap-siap mengemaskan barang jualan mereka. waktu pun sudah melewati tengahari. Saya menghentikan kereta dibawah pokok ketapang dipinggir tamu dan berehat sebentar sambil menghubungi salah seorang rakan jabatan yang turut bersama ke pulau banggi.

Dalam makluman rombongan harus berada dijeti pada jam 1.30pm kerana feri  akan bertolak pada jam 2.00pm. Setengah jam kemudian saya terus memandu menuju ke jeti untuk membeli tiket. Harga tiket berbeza-beza mengikut kedudukan tempat duduk. Paling murah RM 20 taklah begitu mahal. Saya sengaja memilih tempat duduk paling belakang.

Setelah semua penumpang selesai mengambil tempat duduk tepat jam 2.00pm feri mula bergerak menuju ke Pulau Banggi rombongan kami terdiri dari kakitangan jabatan sabah yang disenaraikan saja termasuk Pengarah dan timbalan pengarah. Mereka semuanya duduk dibahagian hadapan.

Pergerakan feri agak laju seperti kapal terbang AirAsiah lakunya,  dengan posisi tempat duduk paling belakang saya dapat melihat semua gelagat penumpang dengan pelbagai ragam. Memang agak sesak suasana dalam feri macam ikan sadin, kata mereka biasanya dihujung2 minggu begitulah keadaannya.  Lebih kurang dalam satu jam feri tiba di jeti pulau banggi.  Rasa teruja melihat suasana pulau yang pertama kali kujejaki ini. Rombongan kami disambut oleh beberapa kakitangan jabatan yang bertugas dipulau ini antaranya penyelia Dun 1 Banggi En. Elly Kasim penduduk pulau ini.

Kelihatannya meriah sungguh di jeti ini macam pekan, kedai2 makan beberapa deret, kedai runcit dan kelihatan wanita2nya menjual pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan. Nampaknya semua ada, harga pun berpatutan.

Setelah berehat seketika rombongan kami menaiki kenderaan pacuan empat roda dan selainnya kereta pikap. Kenderaan ini membawa rombongan kami ketempat penginapan di bangunan Tabika yang terletak di kampung Banggi 5km jaraknya daripada jeti. Saya tak terfikir langsung dipulau ini terdapat kenderaan sebegitu dan sangkaan saya perkampungan disini semuanya terletak ditepi laut aduhai. Ditabika inilah rombongan kami menginap biasa2 saja,  gitulah tak kisah yang penting ada tempat berteduh.

Disekitar bangunan Tabika ini terdapat puluhan buah rumah PPRT nampak terbengkalai pembinaannya. Saya yang tak sabar2 ingin tahu lantas bertanya kepada pemandu kenderaan yang kami tumpangi perihal rumah itu.  Menurut kata pemandu itu rumah itu sepatutnya telah lama siap tetapi ditinggalkan begitu saja oleh kontrakter yang dilantik sebelum pru 12 lagi,  selepas pru 12 dan bn menang tiada tindakan dibuat oleh pehak  berkenaan dan jadilah isu panas dikalangan penduduk.

Setelah isu asyik membahang barulah ada tindakan dan kelihatannya sedang disambung pembinaannya saat kami berada dikampung tersebut. Moga rumah itu sudah siap. Kesihan orang kampung menunggu begitu lama.

Selain dari rumah pprt terbengkalai terdapat juga tanaman getah yang dikendalikan oleh RISDA disekitar kampung,  ini pun ada isunya macam2. Namun biarlah cerita itu tersimpan dibalik tirai pengetahuan orang luar seperti kami, itu tugas orang banggilah yang menyelesaikan dengan pihak berkenaan. Hanya saya tetap bersimpati dalam beberapa keadaan moga2 BN masih kekal dihati rakyat banggi. Namun jika beginilah keadaan jangan salahkan rakyat jika rakyat menolak BN.

Kawasan ini majoriti penduduknya beragama islam suku bajau ubian, dusun bonggi dan bajau suluk.
Sokongan dalam kategori Putih. Penyokong kuat BN. Keadaan hidup masyarakat disini biasa2 saja kemudahan semua ada. Panorama disekitar pulau dan kampung sungguh indah hanya cuaca panas membahang. Ikan Kering semuanya segar2 belaka maklum baru ditangkap dari laut. Indahnya pulau banggi.

Keesokan harinya kami memulakan tugas masing2 yang mana rombongan kami telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Dan setiap kumpulan ditugaskan dibeberapa buah kampung berlainan dengan tugasan berbeza. Kumpulan saya telah ditugaskan disebuah kampung bernama Kg. Padang. Kami menaiki kereta ke kampung ini kerana ia agak jauh dalam 7km dari tempat penginapan.

Kedudukan kampung tepi laut, rumah penduduk kampung dibina dengan begitu teratur dan nampak seninya pada ukiran disetiap beranda rumah dan atap juga diukir dengan lambang seakan bentuk atap rumah orang minang. Rumah mereka kebanyakannya bertiang dan bersih.

Kami berkunjung dirumah pengerusi jkkk dan menyampaikan hasrat dan tujuan. Setelah selesai kami terus saja menuju ke mini dewan kampung yang terletak beberapa meter dari rumah pengerusi jkkk  Membuat persiapan kerana pada keesokan harinya ada satu acara yang telah kami atur menjemput waki rakyak bersama penduduk kampung.

dibelakang mini dewan ini terdapat kedai runcit milik individu penduduk disini. Sementara rakan sedang menyelesaikan tugas yg hampir selesai saya kekedai runcit ini membeli minuman tin untuk kami menyegarkan tekak yang dah mulai kering. Kebetulan tuan punya kedai ada dikedai ini suami isteri.

Sambil berurusan membeli saya mengambil kesempatan bertanya hal2 dlm kampung tentang isu2 semasa, politik dan lain2 kepada si suami. Dia begitu bersemangat menjawab setiap pertanyaan yang saya ajukan dalam hal isu2 politik. Katanya walau pun dia bekas pesara kerajaan namun dia berterus terang tidak menyokong kerajaan bla..bla..bla dengan hujah2nya yg panjang lebar.

Saya hanya memaniskan senyuman dan angguk2 tanda faham. Huhhh..saya jadi pendengar setia dan tidak membalas segala hujah pakcik itu walaupun berdesing-desing cuping telinga ini mendengarnya. Dalam diam terus memujuk hati bersabar untuk kesekian kalinya. Begitulah sestengah orang menampilkan sikap.  belum kes hempas kerusi atau tumbuk dinding ha ha.

Disinilah takdir ini tersurat apa nak buatkan. Tugas kami bukannya berkempen atau memaksa orang undi itu jangan undi ini, hanya mencari isu2 apa yang rakyat tidak puas hati terhadap pemimpin atau kerajaan, apa yang rakyat inginkan dan janji2 pemimpin kenalah tunaikan. Kami hanya menyampaikan suara hati rakyat kepada pemimpin dan kerajaan. Jangan salahkan rakyat jika mereka zahirkan ketidakpuasan dihujung jari.

Apa pun manusia ini sebenarnya tidak pernah puas dengan apa yang ada, meskipun segunung emas dilambakan didepan mata pasti tetap juga tidak berpuas hati. Sekian banyak bantuan dan sumbangan kerajaan telah berikan namun tetap juga kata tidak berpuas hati. Ada saja cela dipandangan, tetapi tidaklah semua, marilah belajar bersyukur walau rezeki sekecil zara.

Diluar sana masih ramai insan yang hidup menderita hilang negara, dibunuh, jadi pelarian dan sejuta macam penderitaan. Kita di negara ini masih hidup dalam keadaan selesa dan bahagia belum ada kedengeran berlaku kematian kerana kebuluran atau mati kerana peperangan atau apa2 saja. Kita masih damai di bumi sendiri. Demikianlah secebis kisah dan pengalaman yang tersulam di pulau yang indah ini.

Mungkin kah tidak lagi berpeluang berkunjung ditempat ini pada masa mendatang. Menurut sahabat saya penduduk pulau banggi,  perancangan pembangunan di pulau ini sungguh mengujakan pastinya ditunggu-tunggu oleh penduduk pulau menjadi suatu realiti.

Foto
Pejabat daerah Banggi
Foto

Foto
Hotel pun ada
Foto
pemandangan laut dsekitar pulau
Foto
Jeti Banggi

Foto

SANDAKAN DAN TELUR PENYU


Daerah Sandakan antara daerah yang sedang pesat membangun tanpa sempadan, pembinaan bandar dibeberapa tempat menjadikan pusat bandar utama agak lebih selesa dan tidak lagi berlaku  kesesakan lalu lintas.

Sandakan juga terkenal dengan telur penyu namun sayangnya tidak dibenarkan memakan sesuka hati kerana  ianya dilindungi oleh undang2.  Jika sebelum ini tiada larangan memakan telur penyu ini namun setelah spesis ini didapati bakal berlaku kepupusan akhirnya ia menjadi bahan larangan dan undang-undang telah dikuat kuasakan oleh pehak kementerian dan melarang orang awam memakannya apa lagi untuk tujuan perniagaan.

 Namun segelintir orang awan masih melakukan penjualan telur penyu ini secara senyap dengan tidak  mendedahkan secara terang-terangan tetapi dengan menggunakan isyarat jari  simbul 0.  Jadi kepada sesiapa yang teringin sangat makan telur penyu ini bijak2lah mencari dan boleh didapati ditempat2 tertentu sahaja.

Tetapi awas jika anda ketahuan oleh penguat kuasa anda mungkin bakal masuk penjara kerana memakan bahan terlarang.  Fikir2lah dahulu sebelum berangan-angan hendak memakannya.

Bandar Sandakan  antara bandar yang indah terletak ditepi laut saujana mata memandang lautan lepas yang membiru sungguh mengasyikkan. Banyak tempat boleh dilawati.  Sepilok antara tempat menjadi daya tarikan pengunjung kerana banyak spesis terdapat ditempat ini. Orang hutan  paling populer.

Macam2 ada.
Foto


ANUGERAH DESA PERDANA PERINGKAT NEGERI SABAH DAN LABUAN 2017

Foto:


Kampung Merampong Keningau Sabah telah dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan Desa Perdana peringkat negeri sabah kali ini bagi tahun 2017. Majlis penganugerahan ini berlangsung di Hotel Kalagen 1 Borneo Kota Kinabalu.

Hadiah kemenangan tersebut telah disampaikan oleh Menteri KKLW YB Dato Ismail Sabri.

Bukan mudah bergelar juara jika tidak dengan pengorbanan ,kesungguhan dan kerjasama dari seluruh warga kampung apa lagi bila melibatkan ribuan penduduk yg pastinya pelbagai karenah namun berkat darpada kesepakatan mereka Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Tahniah diucapkan kepada penduduk kampung merampung diatas kejayaan ini. Teruskan usaha  memajukan kampung tuan2 bukan kerana imbuhan semata-mata tetapi demi perpaduan umah sejagat menjadi kampung contoh disekitar.


PARANG PRODUK TEMPATAN



Ini produk tempatan sedang giat diusahakan oleh seorang warga muda dari kampung Merampung terletak 12 km dari bandar keningau. sebuah kampung yang baru saja dinobatkan sebagai kampung cemerlang dalam pertandingan desa perdana peringkat negeri sabah.

 Parang ini diproses secara manual sahaja. Tidak menggunakan mesin canggih. Bahannya pula daripada spring kereta yang sudah tidak digunakan kata pengusaha ini. Pendapatannya amat membanggakan. Ramai pembeli datang dikediamannya menempah parang2 ini. Harganya dari RM 300 hingga ke ribuan ringgit bergantung kepada jenis besi dan saiz parang tersebut.


Foto

MENYIMPUL KENANGAN DIPUNCAK IQRA


 Bergambar kenangan bersama isteri dan Hj Husin berbaju kurung putih
 Hj Hussin merupakan penaung puteri umno sabah sejak puteri diwujudkan tahun 2002

Bertemu sahabat2ku  zaman  puteri umno Sabah,. Berbaju merah sebelah kiri Noraini Idris mantan ketua puteri umno  Penampang sekarang Ketua Wanita Umno Penampang.  Berbaju corak putih hitam rambut pendik Suzaini Datuk Sabdin Ghani mantan Ketua Puteri Sepanggar sekarang berjawatan Timbalan Pengarah pelancungan Negeri Sabah, bertudung biru Maryanie Hj Agu mantan exco puteri negeri sabah sekarang menjalankan perniagaan sendiri.

pandangan sekitar Puncak Iqra




Pandangan dari hadaan puncak iqra, kelihatan dari aras bukit saujana sawah terbentang

Lewat bulan julai lalu sempat menghadiri majlis raya Tuan haji Hussain Kasau mantan setiausaha kerja Ketua Menteri sabah di Puncak Iqra terletak dalam daerah Papar .

Dalam majlis tersebut ada acara pelancaran antalogi puisi bertajuk KEPIMPINAN MUSA AMAN DALAM PUISI  yang dilancarkan sendiri oleh CM. Buku tersebut hasil selenggaraan oleh Tuan Jasni Matlani, Siti Rahmah Ibrahim dan Abdul Karim Gulam.

Suasana persekitaran di Puncak Iqra milik Tuan Hj Hussain Kasau agak menarik tempatnya untuk dikunjungi, kedudukan bangunan diatas bukit dikelilingi pohon2 buahan. Suasananya agak sunyi dari keriuhan. 

Terdapat sebuah mini perpustakaan, beberapa buah bilik penginapan dan mini kafie tempat bersantai. Kata tuan haji jika mengadakan bengkel puisi disini dia alu2kan pada sesiapa saja. Dan katanya lagi sudah beberapa persatuan telah mengadakan acara ditempat itu dan tuan haji Hussain sendiri menyumbang makan minum kepada para peserta tanpa mengenakan sebarang bayaran. 

Perjalanan ke lokasi daripada pekan papar lebih kurang dalam 20 minit. Keadaan jalan juga agak baik semuanya berturap.

Foto
bersama puteri bungsuku

LIM SWEE TIN KOMEN SAJAK AKU

WARISAN LELUHUR

Tanah ini pernah kering tandus
Lalu kami siram ia dengan keringat
Tumbuhlah tunas tunas hijau
Membuahkan rezeki penghapus lapar
Memberi harapan untuk satu perjalanan
Yang bernama kehidupan

Inilah warisan para leluhur
Dan inilah sumpah kami
Bahawa selagi keringat membasah bumi
Akan tetap subur pusaka kami
Menaungi mereka yang bakal lahir

Dulu pernah ada lautan sengsara
Yang membuat kami perkasa
Keperitan dan sengsara adalah hiasan
Menyalut dan mengukuh kebanggaan kini.

Wahai bangsa ku!
Ingatlah
Perjalanan ini tiada hentinya
Perkukuhkan langkah kita
Menuju medan jaya

Haini Karno
Keningau

Komen Prof Lim Swee Tin penyair tersohor tanah air pasal sajak aku ini, Sebelum dia mula mengomen, dia kata jangan marah jika dia komen, kerana ramai penulis tak suka karya mereka dikritik. Aku kata tak jadi masalah dan aku bersedia menerimanya,.

Dia pun komenlah selepas dia baca sajak aku yang tak sepertinya ini. dia kata tidak bagus penggunaan ayat banyak basi, penulis belum bersedia, harus banyak belajar, hem aku tak marah dengan komen2 yang dilontarkan betul pun, kan aku baru belajar tulis puisi.

komennya bla bla bla tiba2 ada lautan sengsara ha ha aduhaii...dia sempat memberi sedikit panduan bagaimana melakar sajak yang indah dan bermakna, katanya lagi tak perlu guna ayat mendayu-dayu bimbang akhirnya tiada makna. Dan dia bagi contoh sajak yang ringkas tapi padat. Wah jika aku berkesempatan ikut bengkel dengannya alangkah bagusnya.

Pertemuan tanpa dirancang di KLIA 2 itu, aku ambil kesempatan bertanya saat kami sedang minum tea O minggu lalu bersama sahabatku Katirina Tati. pertanyaanku  hanya menjurus kpd perkara berkaitan sajak saja seperti lakunya macam budak tadika yang baru belajar a b c. 

Itulah pertama kali dapat sembang2 dengan Prof Lim Swee Tin secara depan pertuturan bahasa melayunya amat fasih logat chinanya langsung tiada.

Foto
Berfoto bersama penyair tersohor negara Lim Swee Tin di KLIA 2, foto ini dirakam oleh isterinya