Daerah Sandakan antara daerah yang sedang pesat membangun tanpa sempadan, pembinaan bandar dibeberapa tempat menjadikan pusat bandar utama agak lebih selesa dan tidak lagi berlaku kesesakan lalu lintas.
Sandakan juga terkenal dengan telur penyu namun sayangnya tidak dibenarkan memakan sesuka hati kerana ianya dilindungi oleh undang2. Jika sebelum ini tiada larangan memakan telur penyu ini namun setelah spesis ini didapati bakal berlaku kepupusan akhirnya ia menjadi bahan larangan dan undang-undang telah dikuat kuasakan oleh pehak kementerian dan melarang orang awam memakannya apa lagi untuk tujuan perniagaan.
Namun segelintir orang awan masih melakukan penjualan telur penyu ini secara senyap dengan tidak mendedahkan secara terang-terangan tetapi dengan menggunakan isyarat jari simbul 0. Jadi kepada sesiapa yang teringin sangat makan telur penyu ini bijak2lah mencari dan boleh didapati ditempat2 tertentu sahaja.
Tetapi awas jika anda ketahuan oleh penguat kuasa anda mungkin bakal masuk penjara kerana memakan bahan terlarang. Fikir2lah dahulu sebelum berangan-angan hendak memakannya.
Bandar Sandakan antara bandar yang indah terletak ditepi laut saujana mata memandang lautan lepas yang membiru sungguh mengasyikkan. Banyak tempat boleh dilawati. Sepilok antara tempat menjadi daya tarikan pengunjung kerana banyak spesis terdapat ditempat ini. Orang hutan paling populer.
Macam2 ada.
No comments:
Post a Comment