Saturday, 5 August 2017

PULAU BANGGI

JELAJAH KE PULAU BANGGI KUDAT, kali ini tumpuan kami dalam kawasan dewan undangan negeri N. 1 Banggi parlimen Kudat. Sudah beberapa kali saya ke daerah Kudat atas urusan tugas namun belum berkesempatan berkunjung ke pulau ini, gerakerja sosial anjuran jabatan mengundang saya ke pulau ini dan sudah tentu peluang ini tidak di abaikan.

2hb ogos,  jam 8 pagi saya memulakan perjalanan dari daerah Keningau, memandu sendirian saja kali ini tidak berteman dan pergerakan pun lancar tidak singgah dimana2 hanya singgah makan sebentar di kota kinabalu. Selesai makan saya terus memandu dalam kelajuan 100 km kadang lebih laju dari itu bergantung pada keadaan jalan.

Jam 11.45 am, saya tiba di pekan kudat dan sebelum ke jeti saya berlegar-legar sambil melihat-lihat suasana sekitar pekannya dan terus menuju ke kawasan tamu,  kelihatan tidak lagi begitu sibuk sebahagian pengunjung dan penjaja telah beredar meninggalkan tamu selainnya sedang bersiap-siap mengemaskan barang jualan mereka. waktu pun sudah melewati tengahari. Saya menghentikan kereta dibawah pokok ketapang dipinggir tamu dan berehat sebentar sambil menghubungi salah seorang rakan jabatan yang turut bersama ke pulau banggi.

Dalam makluman rombongan harus berada dijeti pada jam 1.30pm kerana feri  akan bertolak pada jam 2.00pm. Setengah jam kemudian saya terus memandu menuju ke jeti untuk membeli tiket. Harga tiket berbeza-beza mengikut kedudukan tempat duduk. Paling murah RM 20 taklah begitu mahal. Saya sengaja memilih tempat duduk paling belakang.

Setelah semua penumpang selesai mengambil tempat duduk tepat jam 2.00pm feri mula bergerak menuju ke Pulau Banggi rombongan kami terdiri dari kakitangan jabatan sabah yang disenaraikan saja termasuk Pengarah dan timbalan pengarah. Mereka semuanya duduk dibahagian hadapan.

Pergerakan feri agak laju seperti kapal terbang AirAsiah lakunya,  dengan posisi tempat duduk paling belakang saya dapat melihat semua gelagat penumpang dengan pelbagai ragam. Memang agak sesak suasana dalam feri macam ikan sadin, kata mereka biasanya dihujung2 minggu begitulah keadaannya.  Lebih kurang dalam satu jam feri tiba di jeti pulau banggi.  Rasa teruja melihat suasana pulau yang pertama kali kujejaki ini. Rombongan kami disambut oleh beberapa kakitangan jabatan yang bertugas dipulau ini antaranya penyelia Dun 1 Banggi En. Elly Kasim penduduk pulau ini.

Kelihatannya meriah sungguh di jeti ini macam pekan, kedai2 makan beberapa deret, kedai runcit dan kelihatan wanita2nya menjual pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan. Nampaknya semua ada, harga pun berpatutan.

Setelah berehat seketika rombongan kami menaiki kenderaan pacuan empat roda dan selainnya kereta pikap. Kenderaan ini membawa rombongan kami ketempat penginapan di bangunan Tabika yang terletak di kampung Banggi 5km jaraknya daripada jeti. Saya tak terfikir langsung dipulau ini terdapat kenderaan sebegitu dan sangkaan saya perkampungan disini semuanya terletak ditepi laut aduhai. Ditabika inilah rombongan kami menginap biasa2 saja,  gitulah tak kisah yang penting ada tempat berteduh.

Disekitar bangunan Tabika ini terdapat puluhan buah rumah PPRT nampak terbengkalai pembinaannya. Saya yang tak sabar2 ingin tahu lantas bertanya kepada pemandu kenderaan yang kami tumpangi perihal rumah itu.  Menurut kata pemandu itu rumah itu sepatutnya telah lama siap tetapi ditinggalkan begitu saja oleh kontrakter yang dilantik sebelum pru 12 lagi,  selepas pru 12 dan bn menang tiada tindakan dibuat oleh pehak  berkenaan dan jadilah isu panas dikalangan penduduk.

Setelah isu asyik membahang barulah ada tindakan dan kelihatannya sedang disambung pembinaannya saat kami berada dikampung tersebut. Moga rumah itu sudah siap. Kesihan orang kampung menunggu begitu lama.

Selain dari rumah pprt terbengkalai terdapat juga tanaman getah yang dikendalikan oleh RISDA disekitar kampung,  ini pun ada isunya macam2. Namun biarlah cerita itu tersimpan dibalik tirai pengetahuan orang luar seperti kami, itu tugas orang banggilah yang menyelesaikan dengan pihak berkenaan. Hanya saya tetap bersimpati dalam beberapa keadaan moga2 BN masih kekal dihati rakyat banggi. Namun jika beginilah keadaan jangan salahkan rakyat jika rakyat menolak BN.

Kawasan ini majoriti penduduknya beragama islam suku bajau ubian, dusun bonggi dan bajau suluk.
Sokongan dalam kategori Putih. Penyokong kuat BN. Keadaan hidup masyarakat disini biasa2 saja kemudahan semua ada. Panorama disekitar pulau dan kampung sungguh indah hanya cuaca panas membahang. Ikan Kering semuanya segar2 belaka maklum baru ditangkap dari laut. Indahnya pulau banggi.

Keesokan harinya kami memulakan tugas masing2 yang mana rombongan kami telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Dan setiap kumpulan ditugaskan dibeberapa buah kampung berlainan dengan tugasan berbeza. Kumpulan saya telah ditugaskan disebuah kampung bernama Kg. Padang. Kami menaiki kereta ke kampung ini kerana ia agak jauh dalam 7km dari tempat penginapan.

Kedudukan kampung tepi laut, rumah penduduk kampung dibina dengan begitu teratur dan nampak seninya pada ukiran disetiap beranda rumah dan atap juga diukir dengan lambang seakan bentuk atap rumah orang minang. Rumah mereka kebanyakannya bertiang dan bersih.

Kami berkunjung dirumah pengerusi jkkk dan menyampaikan hasrat dan tujuan. Setelah selesai kami terus saja menuju ke mini dewan kampung yang terletak beberapa meter dari rumah pengerusi jkkk  Membuat persiapan kerana pada keesokan harinya ada satu acara yang telah kami atur menjemput waki rakyak bersama penduduk kampung.

dibelakang mini dewan ini terdapat kedai runcit milik individu penduduk disini. Sementara rakan sedang menyelesaikan tugas yg hampir selesai saya kekedai runcit ini membeli minuman tin untuk kami menyegarkan tekak yang dah mulai kering. Kebetulan tuan punya kedai ada dikedai ini suami isteri.

Sambil berurusan membeli saya mengambil kesempatan bertanya hal2 dlm kampung tentang isu2 semasa, politik dan lain2 kepada si suami. Dia begitu bersemangat menjawab setiap pertanyaan yang saya ajukan dalam hal isu2 politik. Katanya walau pun dia bekas pesara kerajaan namun dia berterus terang tidak menyokong kerajaan bla..bla..bla dengan hujah2nya yg panjang lebar.

Saya hanya memaniskan senyuman dan angguk2 tanda faham. Huhhh..saya jadi pendengar setia dan tidak membalas segala hujah pakcik itu walaupun berdesing-desing cuping telinga ini mendengarnya. Dalam diam terus memujuk hati bersabar untuk kesekian kalinya. Begitulah sestengah orang menampilkan sikap.  belum kes hempas kerusi atau tumbuk dinding ha ha.

Disinilah takdir ini tersurat apa nak buatkan. Tugas kami bukannya berkempen atau memaksa orang undi itu jangan undi ini, hanya mencari isu2 apa yang rakyat tidak puas hati terhadap pemimpin atau kerajaan, apa yang rakyat inginkan dan janji2 pemimpin kenalah tunaikan. Kami hanya menyampaikan suara hati rakyat kepada pemimpin dan kerajaan. Jangan salahkan rakyat jika mereka zahirkan ketidakpuasan dihujung jari.

Apa pun manusia ini sebenarnya tidak pernah puas dengan apa yang ada, meskipun segunung emas dilambakan didepan mata pasti tetap juga tidak berpuas hati. Sekian banyak bantuan dan sumbangan kerajaan telah berikan namun tetap juga kata tidak berpuas hati. Ada saja cela dipandangan, tetapi tidaklah semua, marilah belajar bersyukur walau rezeki sekecil zara.

Diluar sana masih ramai insan yang hidup menderita hilang negara, dibunuh, jadi pelarian dan sejuta macam penderitaan. Kita di negara ini masih hidup dalam keadaan selesa dan bahagia belum ada kedengeran berlaku kematian kerana kebuluran atau mati kerana peperangan atau apa2 saja. Kita masih damai di bumi sendiri. Demikianlah secebis kisah dan pengalaman yang tersulam di pulau yang indah ini.

Mungkin kah tidak lagi berpeluang berkunjung ditempat ini pada masa mendatang. Menurut sahabat saya penduduk pulau banggi,  perancangan pembangunan di pulau ini sungguh mengujakan pastinya ditunggu-tunggu oleh penduduk pulau menjadi suatu realiti.

Foto
Pejabat daerah Banggi
Foto

Foto
Hotel pun ada
Foto
pemandangan laut dsekitar pulau
Foto
Jeti Banggi

Foto

No comments:

Post a Comment