Pembinaan rumah ini agak tergesa-gesa kerana desakaan keadaan. Tidak teracang dengan begitu baik, pelannya pun simpel saja. Yang tidak memuaskan hati cara kontrekter menukang rumah ini agak cincai kerana kurang pemantauan ketika pembinaan sedang di lakukan.
Perancangan untuk pembesaran masih di pertimbangankan, harus kah? atau wajib? atau tak perlu. Persekitaran damai dan tenang, bersyukur sudah dengan apa yang ada. SubhanAllah, Alhamdulillah.
Aman damai menikmati kehidupan disini. Disinilah duniaku, disinilah pengakhiran hayatku. Tiba saatnya aku akan pergi meninggalkan alam fana ini menghadap sang pencipta. Tanpa sedar telah genap empat tahun melayari kehidupan disini.
13 tahun tinggal dikawasan perumahan dahulu beranika corak suasana. Paling meresah kalbu bila jiran-jiran sebelah rumah berbangsa cina meraihkan tahun baru, dentuman mercun hingga mengeggar bumi bikin telinga jadi tuli, bikin jantung merana menahan sabar. Majoriti manusianya hampir tiada semangat kejiranan. *kau kaulah, aku akulah, begitulah lebih kurang.
Hendak di tegur bimbang mengundang marah, hanya bersabar jalan terbaik. pelbagai lagi gelagat manusia disekitar yang cukup menyentap perasaan. Apa pun ada hikmah semua itu, mendidik diri jadi manusia menggunakan akal di kepala bukan akal dilutut atau akal ditelapak kaki.
Kini segalanya telah berlalu dan berubah atas takdir ilahi, Cogan kata yang aku pahat dalam jiwa sejak dulu, "Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian, syukur Alhamdulillah kini telah menjadi nyata. Bahagia itu tidak akan datang sendiri, kita berusaha mencarinya, demikian juga dengan rezeki tidak akan datang bergolek atau datang melayang ke ribaan.
"AKU BERJIWA RIMBA* HIJAU DUNIAKU SEGAR DAN SEJUK😅
" kau tabur duri diatas jalanmu sendiri telapak kaki mu yang berdarah rasai perihnya,
Usah kau cari aku merawat luka itu, tunggulah.. Ketika takdir masih ada..ðŸ˜
No comments:
Post a Comment