19hb 9 2020
Waktu menunjukkan 9.45 pagi tadi saya meninggalkan rumah memandu sendiri menuju ke sebuah perkampungan mencari isu-isu yang berlegar di musim-musim PR ketika ini, biasalah ini antara tugas di bahagian unit operasi untuk laporan ke ibu pejabat. Saya selaku ketuanya harus turun padang mendapatkan maklumat yang sahih dari penduduk setempat. Bukan hanya mengarang cerita diatas meja seperti mengarang sebuah cerpen 😅Tiba di perkampungan, saya buat soal selidik kepada penduduk kampung berkenaan isu2 yang tular diruang fb, setelah isu2 diperolehi saya terus WhatsApp kepada staf yang di tugaskan menghantar laporan tersebut.
Berita baiknya disini, mereka menyokong calon kerajaan parti perikatan nasional. Setelah urusan selesai saya bergerak ke sebuah lagi kampung ditemani oleh sahabat saya dari kampung sebelah menemani ke mana-mana untuk hari ini. baik juga ada teman berborak sepanjang perjalanan tidaklah rasa boring.
Ketika dalam kereta, kawan saya kata dia baru terima satu WhatsApp dalam groupnya menyatakan ada pesakit telah di hantar ke hospital semalam positif COVID. Saya minta dia hantar maklumat itu ke hp saya, sambil memberhentikan kereta di tepi jalan saya terus baca isi kandungan WhatsApp tersebut, masyahAllah saya terkedu, itu keluarga saya, hampir saja saya membatalkan perjalanan pagi ini.
Pada 13hb September lalu satu mesyuarat koprasi keluarga telah di laksanakan dikediaman saya, hampir 50 anggota keseluruhan yang hadir termasuk dia sekali. Selang empat hari berlalu dia datang ke rumah abang long saya sebelah rumah. Belum di ketahui dia positif.
Tiga hari berlalu tiba-tiba di gemparkan semalam melalui satu WhatsApp yang sudah tular tanpa dapat di bendung lagi,, bagai api membakar sekam dia positif. 😱 Entah siapa gerangan yang telah menyebarkan. Saya baru chek setiap WhatsApp dalam group hp, rupanya sudah ada, hanya saya tidak sempat membaca satu persatu, terlalu banyak group ni lah jadinya.
Tiba dikampung yang dituju, tiba-tiba saya dapat panggilan dari anak buah bertanya, benarkah petugas KKM dari hospital sudah tiba ke Kediaman kami Sebentar tadi? aduh saya panik.. Tidak sampai Lima minit, kabar dari rumah pula menghantar gambar kakitangan KKM sedang melakukan kerja, dalam fhoto mereka sedang melakukan semburan ke seluruh kawasan Kediaman kami. Aduhh..
Jantung saya berdebar tidak tenteram, ingin segera pulang. Tapi urusan belum selesai. Staf2 pula bertubi-tubi hantar WhatsApp bertanya itu dan ini berkenaan program2 dimana tempat perlaksanaan, peratusan jangkakan keluar mengundi, peratusan sokongan kepada calon, dan banyak lagi bla bla bla,,,untuk laporan hari ini. bos call beberapa kali tak sempat diangkat, WhatsApp saja. Sempat balas semuanya tapi dalam jiwa sedang diamuk gelisah.
Tiba di rumah sudah petang, saya singgah rumah abang long sebentar bertanya kabar selanjutnya, kakak ipar kata baik-baik saja, sudah confirm keluarga tu positif, tapi tunggu lagi saringan kedua.
Hati masih risau bercampur baur. Dalam hati pelbagai persoalan.
Mujurlah pihak kakitangan KKM dari Hospital segera bertindak sebaik saja diketahui. Setiap lokasi dimana dia berkunjung telah disembur untuk pencegahan. Semoga mereka sentiasa dilindungi dari segala ancaman penyakit. Terima kasih kepada pihak petugas KKM.
Berita seterusnya suami kepada salah seorang staf ofes kami sudah dikuarantin di IPG tengahari tadi menurut isterinya. Pesakit itu adalah Pakcik suaminya. ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ Abang long saya pula dikuarantin keesokan harinya di tempat yang sama.
Moga semuanya baik2 saja.
Gambar saya tidak serta kan bimbang jadi viral pula. Kecanggihan it zaman kini mampu bikin dunia huruhara.
No comments:
Post a Comment