Saturday, 19 September 2020

MENGEJUTKAN BERITA INI

19hb 9 2020
Waktu menunjukkan 9.45 pagi tadi saya meninggalkan rumah memandu sendiri menuju ke sebuah perkampungan mencari isu-isu yang berlegar di musim-musim PR ketika ini, biasalah ini antara tugas di bahagian unit operasi untuk laporan ke ibu pejabat. Saya selaku ketuanya harus turun padang mendapatkan maklumat yang sahih dari penduduk setempat. Bukan hanya mengarang cerita diatas meja seperti mengarang sebuah cerpen πŸ˜…

Tiba di perkampungan, saya buat soal selidik kepada penduduk kampung berkenaan isu2 yang tular diruang fb, setelah  isu2 diperolehi saya terus WhatsApp kepada staf yang di tugaskan menghantar laporan tersebut. 

Berita baiknya disini, mereka menyokong calon kerajaan parti perikatan nasional. Setelah urusan selesai saya bergerak ke sebuah lagi kampung ditemani oleh sahabat saya dari kampung sebelah menemani ke mana-mana untuk hari ini. baik juga ada teman berborak sepanjang perjalanan tidaklah rasa boring. 

Ketika dalam kereta, kawan saya kata dia baru terima satu WhatsApp dalam groupnya menyatakan ada pesakit telah di hantar ke hospital semalam positif COVID. Saya minta dia hantar maklumat itu ke hp saya, sambil memberhentikan kereta di tepi jalan saya terus baca isi kandungan WhatsApp tersebut, masyahAllah saya terkedu, itu keluarga saya, hampir saja saya membatalkan perjalanan pagi ini. 

Pada 13hb September lalu satu mesyuarat koprasi keluarga telah di laksanakan dikediaman saya, hampir 50 anggota keseluruhan yang hadir termasuk dia sekali. Selang empat hari berlalu dia datang ke rumah abang long saya sebelah rumah. Belum di ketahui dia positif. 

Tiga hari berlalu tiba-tiba di gemparkan semalam melalui satu WhatsApp yang sudah tular tanpa dapat di bendung lagi,, bagai api membakar sekam  dia positif. 😱 Entah siapa gerangan yang telah menyebarkan. Saya baru chek setiap WhatsApp dalam group hp, rupanya sudah ada, hanya saya tidak sempat membaca satu persatu, terlalu banyak group ni lah jadinya. 

Tiba dikampung yang dituju, tiba-tiba saya dapat panggilan dari anak buah bertanya, benarkah petugas KKM dari hospital sudah tiba ke Kediaman kami Sebentar tadi? aduh saya panik.. Tidak sampai Lima minit, kabar dari rumah pula menghantar gambar kakitangan KKM sedang melakukan kerja, dalam fhoto mereka sedang melakukan semburan ke seluruh kawasan Kediaman kami. Aduhh.. 

Jantung saya berdebar tidak tenteram, ingin segera pulang. Tapi urusan belum selesai. Staf2 pula bertubi-tubi hantar WhatsApp bertanya itu dan ini berkenaan program2 dimana tempat perlaksanaan, peratusan jangkakan keluar mengundi, peratusan sokongan kepada calon, dan banyak lagi bla bla bla,,,untuk laporan hari ini. bos call beberapa kali tak sempat diangkat, WhatsApp saja. Sempat balas semuanya tapi dalam jiwa sedang diamuk gelisah. 

Tiba di rumah sudah petang, saya singgah rumah abang long sebentar bertanya kabar selanjutnya, kakak ipar kata baik-baik saja, sudah confirm keluarga tu positif, tapi tunggu lagi saringan kedua.
Hati masih risau bercampur baur. Dalam hati pelbagai persoalan. 

Mujurlah pihak kakitangan KKM dari Hospital segera bertindak sebaik saja diketahui. Setiap lokasi dimana dia berkunjung telah disembur untuk pencegahan. Semoga mereka sentiasa dilindungi dari segala ancaman penyakit. Terima kasih kepada pihak petugas KKM. 

Berita seterusnya suami kepada salah seorang staf ofes kami sudah dikuarantin di IPG tengahari tadi menurut isterinya. Pesakit itu adalah Pakcik suaminya. 😭😭😭 Abang long saya pula dikuarantin keesokan harinya di tempat yang sama. 

Moga semuanya baik2 saja.
Gambar saya tidak serta kan bimbang jadi viral pula. Kecanggihan it zaman kini mampu bikin dunia huruhara. 




Wednesday, 16 September 2020

RAKYAT KELIRU

Aku merenung jauh mengenang nasib bangsaku dan tanah leluhur ini,
dibawah satu bumbung pemimpin ku saling tidak bersatu

sesama bercakaran 
berebut kuasa 
ingin menang sendiri, 
kau kau, aku aku ah.. 
Kami muak! muak! sudah 

halatuju perjuangan entah dimana, lompat sana lompat sini, apa yang dicari? kami rakyat marhaen bingung dan keliru mana satu hendak dipangkah?

Pangkah ayam kah?
Pangkah Anjing kah?
Pangkah babi kah?
Pangkah kucing kah?
Pangkah kuda kah?
atau Pangkah katak?

Dun Liawan 

Jangan salah pangkah
Selamat mengundi yang bakal tiba
26hb September 2020 πŸ™„

*KEKURANGAN ITU ADALAH OK TIADA ORANG YANG SEMPURNA SAMPAI BILA-BILA*

Saturday, 12 September 2020

SUNGAI SAKSI BISU


melihat sungai mengalir tenang 
menguak jendela 
dimusim remajaku dulu 
sungai ini saksi bisu 
ikrar sebuah janji terpatri 
kau kata tidak akan hilang 
kecuali kita melepaskannya

namun kau berlari disana 
mengejar bayang jingga
kenangan itu mengiggil dalam ingatan, 
kepedihan tanpa kata 
meluncur senyuman yang patah

embun menitis dipipi 
ku kesat dengan selendang lusu 
lalu ku lempar disungai yang keruh 
hanyut perlahan kedasar jauh
jiwa kembali damai tersenyum sedar 

11hb sep 2020 
Taman Bandukan 
Keningau.


Friday, 11 September 2020

ANGKAT TERUS

Pantang jumpa, nah angkat terus berpuluh pasu, inilah dia yang sedang saya cari2. Tambahan koleksi bunga-bunga dihalaman.
Halamanku yang damai dengan pohon-pohon hijau 

Tuesday, 8 September 2020

SEDERHANA YANG MEMBAHAGIAKAN


Kediamanku di kampung kelahiran sederhana saja, tidak besar tidak kecil tidak berbelok-belok, tidak berfesyen hanya biasa-biasa saja tapi agak selesa berbanding Kediamanku di kawasan perumahan dahulu. 

Pembinaan rumah ini agak tergesa-gesa kerana desakaan keadaan. Tidak teracang dengan begitu baik, pelannya pun simpel saja. Yang tidak memuaskan hati cara kontrekter menukang rumah ini agak cincai kerana kurang pemantauan ketika pembinaan sedang di lakukan. 

Perancangan untuk pembesaran masih di pertimbangankan, harus kah? atau wajib? atau tak perlu. Persekitaran damai dan tenang, bersyukur sudah dengan apa yang ada. SubhanAllah, Alhamdulillah. 
Aman damai menikmati kehidupan disini. Disinilah duniaku, disinilah pengakhiran hayatku. Tiba saatnya  aku akan pergi meninggalkan alam fana ini menghadap sang pencipta. Tanpa sedar telah genap empat tahun melayari kehidupan disini. 

13 tahun tinggal dikawasan perumahan dahulu beranika corak suasana. Paling meresah kalbu bila jiran-jiran sebelah rumah berbangsa cina meraihkan tahun baru, dentuman mercun hingga mengeggar bumi bikin telinga jadi tuli, bikin jantung merana menahan sabar. Majoriti manusianya hampir tiada semangat kejiranan. *kau kaulah, aku akulah, begitulah lebih kurang. 

Hendak di tegur bimbang mengundang marah, hanya bersabar jalan terbaik. pelbagai lagi gelagat manusia disekitar yang cukup menyentap perasaan. Apa pun ada hikmah semua itu, mendidik diri jadi manusia menggunakan akal di kepala bukan akal dilutut atau akal ditelapak kaki. 

Kini segalanya telah berlalu dan berubah atas takdir ilahi, Cogan kata yang aku pahat dalam jiwa sejak dulu, "Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian, syukur Alhamdulillah kini telah menjadi nyata. Bahagia itu tidak akan datang sendiri, kita berusaha mencarinya, demikian juga dengan rezeki tidak akan datang bergolek atau datang melayang ke ribaan. 

"AKU BERJIWA RIMBA*  HIJAU DUNIAKU SEGAR DAN SEJUKπŸ˜…

" kau tabur duri diatas jalanmu sendiri telapak kaki mu yang berdarah rasai perihnya, 
Usah kau cari aku merawat luka itu, tunggulah.. Ketika takdir masih ada..😭

Thursday, 3 September 2020

TERAPI HATI PALING AWESOME


Tahun 2020 ini fokus untuk Mengindahkan halaman seadanya. Bukannya apa, Itulah impian hati sejak dulu, andai punya rumah di kampung halaman, di tanah sendiri saya akan buat apa yang saya suka. Syukur Alhamdulillah doa bertahun Allah telah makbulkan. Walau tak segah istana Dato Alif syukri πŸ˜… rumah kecil tak bertiang tak bertangga tapi cukup membahagiakan. 
Bila kita akrab dengan alam tumbuhan, kita akan tahu setiap masalahnya dan apa tindakan yang wajar di lakukan. Merawatnya untuk menjadi subur, Merawatnya bila pokok sakit dan banyak lagi yang harus diambil perhatian. 
Pohon-pohon ini seperti manusia ada perasaan, perlukan sentuhan dan kasih sayang andai ia di biarkan pasti ia akan layu tak bermaya hilang segar, hilang seri akhirnya hayat pun berlalu hemm.. 
Pohon-pohon ini seperti bayi kewujudannya, setiap kali pergi berat kaki melangkah dan bila di tinggalkan ingin segera pulang.. Itulah jiwa pencinta bunga-bunga hidup😁 cinta organikπŸ˜…. 
Siang malam asyik dengan pohon-pohon ini, hilang segala nestapa yang bersarang dijiwa. Setiap manusia masing-masing dengan minat. Jadi mungkin TUHAN telah takdirkan dengan ini
Tanpa pengorbanan tak akan dapat melihat anggunnya bunga kebangsaan walau kembangnya tak lama😊😍
Berulang kali dirombak ini hasil sentuhan terakhir, rasanya sudah OK. Disini tempat saya bersantai setiap hari setelah keletihan dengan pelbagai tugasan yang tak bernokta kecuali nyawa bercerai dari jasad. 

Hidup hanya sedetik cuma buatlah sesuatu yang menyumbang hati bahagia. 
Ini pula bahagian hadapan dalam proses penyusunan semula belum berapa OK, akan di teruskan dari waktu ke waktu. 

Hari-hari asyik topik bunga, sebab Hal2 lain letak tepiπŸ˜…πŸ˜…. 
Syukur Alhamdulillah sesungguhnya jiwa rasa bahagia dan tenang bertemankan pohon-pohon ini. SubhanAllah Alhamdulillah Allahuakbar. Ini sekadar cerita kampung-kampung.