Wednesday, 30 November 2011

Kehebatan Sukarno menakluk hati wanita


Kota Jakarta dan semua bandar di Indonesia bergema dengan nama Sukarno sempena 100 tahun kelahiran presiden pertama negara itu. Pelbagai sambutan diadakan bagi mengenang tokoh yang mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia pada tahun 1945 dan meninggal dunia pada tahun 1970.
Namun Sukarno bukan sahaja dikenang sebagai seorang pemimpin unggul Indonesia yang telah berkhidmat hampir 22 tahun kepada bangsa Indonesia sebagai presiden tetapi beliau juga dikenali sebagai `penakluk wanita' paling hebat di negara itu.
Kini sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-100, kisah-kisah cinta Sukarno yang cukup unik dan menarik kembali dicanangkan di media massa utama Indonesia.

Isteri terakhir yang dinikahi secara rasmi oleh Sukarno ialah Heldy Djafar setahun sebelum kejatuhannya sebagai presiden pada tahun 1967.
Perkahwinan dengan Heldy hanya berlangsung selama dua tahun kerana selepas kejatuhannya Sukarno dihumban ke dalam tahanan di Wisma Yaso, Jakarta.
Heldy merupakan salah seorang daripada sederet wanita yang pernah jatuh di bawah jajahan takluk cinta Sukarno dan berkahwin dengannya.
Wanita-wanita lain yang pernah menjadi isteri beliau ialah Utari Tjokroaminoto, Inggit Garnasih, Fatmawati (ibu Naib Presiden, Megawati Sukarnoputri), Hartini, Yurike Sanger, Haryati, Kartini Manoppo dan Ratna Seri Dewi.
Beberapa perkahwinan Sukarno berakhir dengan perceraian manakala wanita yang mampu bertahan sehingga Sukarno meninggal dunia pada tahun 1970 ialah Hartini dan Ratna sari Dewi.
Daripada sembilan isterinya itu, Fatmawati yang melahirkan lima orang anak Sukarno (termasuk Megawati) menjadi Wanita Pertama Indonesia.
Sukarno sememangnya seorang lelaki yang cukup mengagumi kecantikan wanita. Atas sebab itulah dalam satu wawancara Sukarno pernah menyatakan, ``Tuhan menciptakan wanita penuh dengan keindahan. Saya fikir setiap lelaki normal senang melihat keindahan yang ada pada diri wanita.''
Bapa Megawati itu sememangnya mempunyai karisma untuk menakluk wanita sehingga beliau tidak pernah membeza-bezakan usia atau latar belakang wanita yang ingin ditakluknya.
Heldy dan Yurike misalnya dinikahi ketika mereka berusia 18 tahun. beza umur mereka dengan Sukarno ialah 48 tahun. Fatmawati disunting ketika berusia 20 tahun manakala Inggit Garnasih tua lebih 15 tahun daripada Sukarno. Ratna Sari Dewi pula adalah seorang wanita yang pernah bekerja di kelab malam dan kemudiannya menjadi model terkenal.
Haryati adalah seorang penari di Pejabat Setiausaha Negara. Mereka berkahwin pada tahun 1963 dan bercerai tiga tahun kemudian. Sukarno seterusnya berkahwin dengan Yurike Sanger pada tahun 1964, perkahwinan itu juga hanya bertahan tiga tahun.
Begitu juga dengan Kartini Manoppo, bekas pramugari syarikat penerbangan Indonesia, Garuda. Sukarno jatuh cinta pada Kartini apabila melihat potret wajah wanita itu yang dilukis oleh Basuki Abdullah. Mereka bernikah pada tahun 1959 dan memperoleh anak pada tahun 1967. Anak itu diberi nama Totok Suryawan Manoppo.
Namun kesemua wanita yang pernah tunduk kepada cinta Sukarno harus juga bersedia melihat api asmara mereka dengan Sukarno pudar apabila presiden itu bertemu wanita lain.
Dalam wawancara dengan majalah Tempo pada tahun 1999, Hartini menceritakan mengenai kegemaran Sukarno kepada wanita cantik.
``Cintanya kepada wanita yang cantik adalah beban bagi saya. Walaupun saya sudah berusaha menerima dia sebagaimana adanya, dia sangat mencintai keindahan, termasuk keindahan dalam kecantikan wanita,'' kata Hartini.
Malah bekas ajudannya, Bambang Widjanarko sepertimana dilaporkan oleh majalah Tempo pernah berkata, ``Daya tarik dan daya intelektualnya yang tinggi menjadikan Sukarno seorang master dalam menakluk hati wanita.''
Sememangnya sebagai lelaki Sukarno amat bijak mencari kelemahan wanita sehingga mereka tunduk kepada cinta kasanovanya. Salah satu cara yang beliau lakukan ialah dengan memuji dan memberi perhatian penuh kepada wanita yang diinginkannya.
Sudah menjadi hukum karma wanita sememangnya suka dipuji dan merasa disanjung. Atas sebab itulah Sukarno berjaya membuat wanita yang ingin ditakluknya benar-benar merasai hanya dia seorang sahaja yang dicintai oleh Sukarno.
Dalam usaha mencairkan hati seorang wanita, Sukarno tidak segan mengambil minuman untuk tamu wanitanya atau memimpin tangan mereka ketika turun dari kenderaan.
Bak kata Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam filemnya Madu Tiga, ``Mesti pandai pembohong, mesti pandai temberang tetapi jangan sampai hai pecah tembelang.''
Itulah yang dilakukan oleh Sukarno. Oleh kerana mempunyai banyak isteri, beliau harus benar-benar berhati-hati dalam tindak-tanduknya supaya `tembelang' tidak pecah.
Menurut Bambang, antara yang dilakukan oleh Sukarno ialah memastikan dirinya sentiasa berada dalam keadaan rapi tanpa menimbulkan `sebarang keraguan yang munasabah'.
Maksudnya, jika beliau mahu keluar dari rumah isterinya dan mahu ke rumah isterinya yang lain beliau akan memastikan pakaiannya tidak mempunyai sebarang kesan gincu bibir dan bau minyak wangi.
Jika ada, Sukarno bersedia untuk menggantikan pakaian dan mandi terlebih dahulu sebelum meluncur ke rumah isteri yang berikutnya. Sukarno sememangnya mempunyai alasan sendiri kenapa beliau berbuat demikian.
Menurut Sukarno, jika sekali sahaja seorang lelaki tidak mengakui bahawa dia mempunyai hubungan dengan wanita lain, sebaiknya dia berbohong untuk selamanya.
Demi untuk menjaga `tembelang' itulah, suatu hari Sukarno pernah mengarahkan pembantu-pembantunya merosakkan enjin kereta salah seorang isterinya dan menghadang jalan depan istana dengan sebuah lori bagi mencegah kehadiran isteri yang satu lagi.
Semua itu berlaku apabila isteri tersebut datang secara mengejut ketika Sukarno sedang `bercerekarama' dengan isteri yang lain. Namun Sukarno bukanlah takut kepada kemarahan seorang wanita kerana beliau juga mempunyai cara tersendiri untuk mengendali emosi seorang wanita.
Apa yang sering beliau lakukan ialah menulis kata-kata indah di atas satu kertas dan mengirimkan hadiah. Tindakan Sukarno yang paling berani (dan mungkin juga tidak mampu dilakukan oleh lelaki lain) ialah meminta kebenaran daripada isterinya yang baru dua hari bersalin untuk berkahwin lagi satu.
Peristiwa itu berlaku selepas dua hari Fatmawati melahirkan Guruh Sukarnoputra. Sukarno bertemu dengan wanita pertama tersebut untuk meminta izin bernikah dengan Hartini.
Walaupun peristiwa itu melukakan hati Fatmawati sehingga beliau berpindah ke Jalan Sriwijaya, Jakarta namun Fatmawati tetap menghormati Sukarno atas `keberaniannya' itu.
``Terlepas daripada perasaanku, satu hal yang patut dipuji: Bung Karno tidak hipokrit,'' kata Fatmawati dalam sebuah buku berjudul Catatan Kecil Bersama Bung Karno.
Pepatah lautan api sanggup direnangi bukan omong kosong bagi Sukarno kerana dalam memenuhi rasa cintanya kepada seorang wanita, Sukarno sanggup menempuh apa juga halangan.
Perkahwinan beliau dengan Hartini, misalnya satu tamparan terhadap kaum wanita Indonesia yang ketika itu sedang ghairah menuntut pelaksanaan undang-undang perkahwinan antipoligami.
Persatuan Wanita Republik Indonesia telah mengadakan demonstrasi membantah perkahwinan berkenaan namun Sukarno tetap mempertahankan perkahwinannya dengan Hartini dan menempatkan wanita itu di Istana Bogor sehingga beliau jatuh sebagai presiden.
Bagaimanapun tidak semua perkahwinan Sukarno menghasilkan anak. Ketika berkahwin dengan Inggit, Sukarno mengambil dua orang anak angkat iaitu Ratna Djuami dan Kartika, dengan Fatmawati beliau memperoleh lima orang anak iaitu Guruh, Megawati, Rachmawati, Sukmawati dan Guntur, dalam perkahwinan keempatnya dengan Hartini beliau memperoleh dua anak lelaki iaitu Taufan Sukarnoputra dan Bayu Sukarnoputra. Taufan meninggal dunia pada tahun 1980 kerana sakit.
Sukarno kemudian memperoleh seorang lagi anak hasil perkahwinannya dengan Ratna Sari Dewi iaitu Kartika Sari Sukarno yang kini bermastautin di New York.
Demikian kehebatan cinta presiden pertama Indonesia, Kusno Sosro Sukarno. Beliau kini bukan sahaja disanjung sebagai seorang pemimpin yang mampu menakluk hati 220 juta rakyat Indonesia tetapi juga merupakan Don Juan yang bijak mencairkan cinta setiap wanita yang dipandangnya.
Mungkin Sukarno boleh sahaja dianggap sebagai kasanova tetapi di sebalik kisah cinta dan perkahwinannya itu, ada pesanan yang tersirat untuk kaum lelaki zaman sekarang yang berhasrat berkahwin lagi iaitu harus mempunyai keberanian menempuh halangan dan mesti pandai temberang.
Ini kerana bak kata Sukarno: ``Seorang isteri akan memaafkan dan melupakan perbuatan suaminya yang salah, tetapi jika suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain... isterinya mungkin akan memaafkannya tetapi tidak akan pernah melupakannya.

Tuesday, 29 November 2011

Kegiatan Jenayah Siber, Penggodam guna Angry Bird


—————————————————————————————————
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgadbJzUoRnolqFbJMiMF34PYzjYdoirWVES4-i3cg26Cb4YYRuEyvl3uBSj6Tjp5XIz_ufJGrzN2DTkEeqJHQMVOFdI1rNjfXh9P1MPdtWAe_j7WJtpLzqQ8fhSx3cTpYeycIHnYNwMn8/s1600/andr.jpg
BERLIN 21 Nov. – Telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android kini menjadi mangsa terbaru dalam kegiatan jenayah siber. Penggodam menggunakan kelalaian kebanyakan pengguna untuk memuat turun aplikasi ke telefon mereka tanpa memeriksanya terlebih dahulu.
Aplikasi permainan Angry Bird menawarkan samaran yang baik untuk penyerang siber ekoran ia mempunyai berjuta-juta peminat yang menunggu versi permainan terbarunya.
Penjenayah siber menggunakan platform itu dengan menawarkan aplikasi yang kelihatan seperti permainan asal tetapi pada hakikatnya, ia mengintip pengguna.
Pencuri data dan penggodam ‘menyerang’ telefon pintar kerana penggunaannya untuk pelbagai aktiviti termasuk emel perniagaan rahsia dan tempat simpanan maklumat seperti maklumat bank.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiyHcZkWU6K0fsbWSgbx5XdMd2Ur4Uh82-5SYulLMu6olfRQlsTrXARfbrGK6kC6FWFfJxusElNt76rHcDiPrdTnxRHyyunED0tUO1F2y-LeH4jDokyf0FAdNed5eLPIZnZAhi8IEmz6ss/s1600/angry+bird.jpg
Pada prinsipnya, semua sistem operasi telefon pintar terancam namun Android paling terancam apabila 43 peratus telefon pintar baru mempunyai perisian Google yang bersifat terbuka.
Bagaimanapun, Google berkata, program Android selamat kerana ia beroperasi di kawasan ‘tertutup’ kerana ia tidak boleh berinteraksi dengan telefon lain dan laluan terhad kepada sistem operasi.
Namun, pakar keselamatan teknologi maklumat, Alexander Tsolkas berkata, masalah asasnya adalah aplikasi yang dimuat turun pengguna.
”Apabila memuat turun aplikasi, pengguna akan diminta meluluskan penggunaannya dan kebanyakan pengguna tidak akan membaca terma dan syarat selain maklumat terperinci mengenai program itu terlebih dahulu dan sebaliknya terus meluluskannya.
”Keadaan ini berpotensi menyebabkan aplikasi berbahaya dimuat turun yang membolehkan penggodam membaca pelbagai maklumat dalam telefon pintar itu,

Sunday, 27 November 2011

Logos Hope- berlabuh di Kota Kinabalu

Perpustakaan bergerak- sangat rugi jika tidak berkunjung ke gedung ini  ribuan buku boleh dipilih untuk bahan bacaan
meriahkan cuti dengan berkunjung ke Logos..bawalah anak-anak anda ke sini.

Padah hendak cantik


 Kesan Akhir Botox. 



MAHU cantik tapi jadi serik. Inilah yang paling tepat bagi banyak kes yang mana harapan untuk menjadi cantik secara pembedahan kosmetik, akhirnya ibarat menempah bala apabila wajah cantik yang diidam sebaliknya bertukar hodoh.

Hakikatnya, trend populariti prosedur itu menyebabkan ramai yang terpengaruh untuk menjalani pembedahan plastik atau kosmetik asalkan mereka mampu. Selain naluri atau keinginan individu, prosedur itu dianggap jawapan bagi masalah penuaan, memastikan wajah kekal jelita dan memenuhi tuntutan atau kehendak sosial yang lebih menitikberatkan soal ketrampilan pada hari ini. Kepuasan diri yang diutama menyebabkan mereka sanggup berbuat apa saja termasuk memilih klinik dan doktor palsu yang tidak mempunyai kelayakan dalam bidang berkaitan.

-apa kah anda masih mencuba jika kesan seburuk itu yang bakal menimpa wajah anda?? fikir2lah-
-inilah bahananya tidak mensyukuri nikmat pemberian Tuhan-
-sekadar perkongsian sesama wanita-

Selamat Hari Lahir Alea Permata hati IBU

26hb November 2011
begitu pantas masa berlalu,  Alea genap 5 tahun 26hb Novembert
Ucapan indah buatnya semoga menjadi Insan Solehah..


Saturday, 26 November 2011

MISTERI Rumah sedang terbakar..

Sekadar gambar hiasan

 Peristiwa ini berlaku beberapa tahun lalu, ketika itu saya dalam perjalanan pulang dari kota kinabalu menghadiri mesyuarat jabatan, tiba di satu kawasan mendekati perkampungan Apin-Apin saya melintasi sebuah rumah tepi jalan lebih kurang masuk waktu magrib, keadaan sudah hampir gelap saya melihat dinding rumah itu sedang terbakar dijilat api, saya hanya mampu melihat dan tidak sempat menghentikan kereta kerana tiada ruang untuk menghentikan kereta disitu.

Beberapa minggu kemudian ketika saya ke daerah Tambunan dan terfikir tentang rumah itu bagaimana keadaannya sudah tentu dah terbakar hangus dalam fikiran saya, Ketika melintasi kawasan rumah itu saya kehairanan, rumah itu masih ada sedikitpun tiada kesan terbakar.  rasa pelik, terfikir oleh saya mustahil begitu cepatnya tuan rumah itu membinanya semula sedangkan baru saja lebih kurang dua minggu berlalu.. Rumah itu rumah lama dan berdindingkan bambu. Jika dia membina semula tentu dalam keadaan baru, ini masih seperti sediakala.
Saya masih terbayang bagaimana besarnya API itu,  ..sesuatu yang sangat MISTERI...









Friday, 25 November 2011

Artis Terkenal Filipina Peluk Islam



Seorang artis terkenal Filipina telah memeluk agama Islam baru -baru ini, dan Islamlah yang mendamaikan hidup dan batin kata nya.
“Islam adalah jalan hidup saya sekarang. Selama ini, saya hidup penuh dengan dosa. Namun, Allah SWT memanggil saya pada Islam. Kini, aku begitu dekat dengannya,” tambahnya lagi. Sebagaimana yang dilaporkan abs-cbnnews, 22/11.

Thursday, 24 November 2011

MANDUR SYARIF DALAM KENANGAN SEPANJANG ZAMAN


IMG_2125
Raden Jaya Winata

Tidak pernah bertemu dengannya, apa lagi berbicara, bersapa jauh sekali,  namanya sentiasa terpahat dalam ingatan,
Namanya menjadi satu lagenda pada  jenerasi kini , dia terkenal dengan nama panggilan Bapa Tua, dialah yang bertanggungjawab mengislamkan orang-orang Dusun yang telah bertebaran di bumi sabah ini, Ranau, keningau, papar, tuaran, kota belud dan dimana-mana . perkara ini berlaku ketika berada di Estet Lobou dahulu sekitar tahun 40han, kata arwah bapa yang merupakan anak murid kepada mandur syarif.

Mandur Syarif seorang yang hebat, bukan kerana kehebatannya pergi  berperang, tapi hebat dari segi amalannya, ketaatannya kepada agamanya, pengaruhnya menyebarkan dakwah islam begitu berkesan sekali sehingga ramai umat yang bukan beragama  islam  berduyun-duyun memeluk agama islam, kaedahnya hanya melalui perubatan cara tradisional.. amalan syariaat, tarikat yang diturunkan kepada mereka selepas memeluk agama islam.

 Banyak lagi kisahnya yang belum sempat dikongsi diruangan ini, saya masih berusaha menghimpun kisah-kisah menarik tentang Arwah Mandur Sharif  dari beberapa bekas anak muridnya yang masih ada. hasil dari cerita-cerita bekas muridnya iaitu arwah bapa saat hayatnya. Arwah bapa saya adalah antara yang telah menyambung warisan amalan tarikat daripada arwah Mandur Sharif . Bagi mereka yang tidak begitu tahu tentang amalan mereka ini, ada yang berangapan bahawa dalam amalan tersebut  terdapat unsur-unsur khurafat namun hakikat sebenarnya tidaklah begitu. setiap amalan yang dilakukan terselit dengan maksudnya yang tersendiri.

Kini amalan tarikat yang arwah bapa pelajari daripada arwah Madur Sharif telah diwarisi pula oleh abang long saya. Ini adalah atas kehendak abang saya sendiri tanpa ada unsur paksaan. Amalan dalam tarikat ini sebenarnya lebih kepada membantu orang-orang yang sakit ketika mereka memerlukan pertolongan tanpa meminta apa-apa imbuhan. Terpulanglah kepada orang yang berubat itu keiklasan hati sendiri ingin menyumbang atau pun sebaliknya.

Wednesday, 23 November 2011

Golongan Miskin terus di bela..

PKR En. Rosdy Pediman menyampaikan sumbangan daripada UMNO
Hanya melalui kerajaan Barisan Nasional mampu membantu masalah  masyarakat luar bandar, seharusnya ini harus disyukuri  dan tiada sebab mengapa kerajaan BN  harus di tolak oleh rakyat. Pembangkang hanya banyak bercakap kosong namun perlaksanaan membantu rakyat jauh sekali.

 bersama warga umno menghantar sumbangan  untuk orang kampung Petikang Ulu dalam kawasan Dun Liawan Keningau- golongan miskin terus dibela.
PKD Kemas En. Sharizal Hj Mohd Som menyampaikan sumbangan daripada KEMAS


Tuesday, 22 November 2011

Antara SANGGUL BERACUN dan Bola Sepak.






Gara-gara saya terasyik menonton telemove SANGGUL BERACUN lakonan hebat  ERRA FAZIRAH saya terlepas tengok program bola sepak antara malaysia dan Indon, walau bagaimanapun tidak  menjadi kudis dihati, Malaysia menang juga akhirnya Tahniah buat Malaysia.

Sanggul Beracun digarap berdasarkan mitos Siti Aminah yang popular di kalangan orang Johor.“Ini bukan cerita seram atau apa, tapi cerita ini berdasarkan penderitaan Siti Aminah yang ditinggalkan oleh ibunya yang malu untuk mengaku mempunyai anak berwajah hodoh “Siti Aminah dibesarkan oleh bapanya, yang akhirnya meninggal dunia. Sejak itu dia hidup sendirian dan menempuh berbagai cabaran.“Apabila menjadi cantik, dia tidak takbur cuma dia tidak sabar untuk menamatkan syarat yang di tetapkan,” ungkai Erra tentang perjalanan cerita Sanggul Beracun.

Saya tak sabar pula menonton lakonan Erra dalam kisah " BADAI SEMALAM " Novel air mata...adaptasi dari sebuah novel penulis hebat Khadijah Hasim sangat popular di zaman sekolah menengah, salah satu subjek dalam mata pelajaran sastera ketika itu.1980han

Friday, 18 November 2011

LIM KIT SIANG Mengamuk DI TENOM habislah....



Ekoran daripada masalah pemilikan Tanah orang-orang kampung yang telah dikebas oleh orang-orang ghaib 134 ahli UMNO masuk PAS ketika lawatan Azmin Ali, Lim Kit Siang dan Hadi Awang ke daerah Nabawan oktober lalu.. Tindakan mereka ini membawa hati yang kecewa lantaran harta pusaka mereka yang tiba-tiba bertukar milik, walaupun mereka telah dijanjikan berbagai imbuhan namun hati rajuk mereka tak mampu diubati lagi, mengadu pada siapa?...

Ubat mereka hanya akan sembuh pada PRU 13 itu pun jika kerusi bertukar milik, jangan permainkan hati orang  kampung, Bawah Bayu dah banyak makan garam sudah tentu soal menukar baju perkara biasa... jangan terperanjat beruk jika itu yang berlaku....dan .................hari ini TENOM  kacau bilau......

18hb november petang hari ini...Lim Kit Siang dan kuncu-kuncunya sedang menyerbu daerah Tenom, menurut rakan saya di sana, ribuan rakyat turun padang bertemu mereka....ini pun ada kaitan dengan isu TANAH. biasalah pihak parti lawan suka  menangguk di air keruh..

-Beralih sokongan kepada  pembangkang , apa kah tindakan mereka ini sesuatu yang wajar, adakah dengan melakukan demikian masalah mereka akan terus selesai..tepuk dada tanya HATI......


Wednesday, 16 November 2011

SENJA DIPANTAI TANJUNG ARU

Puteriku sedang bermain ombak senja















Disinilah hidupku
yang hanya ingin
di buai angin
angin sayup melalui celah dedaun
pohon ini inginkan keamanan
keamanan sejati
tanpa kemusnahan
keamanan alam
tanpa ketamakan manusia
di sinilah hidup yang hanya mahu
di buai angin sepoi senja
bersama alunan azan magrib
beburung hinggap diatas dahan ini
menghargai nikmat ilahi

Tuesday, 15 November 2011

Sikap suka putar belit fakta




Muhyiddin Yassin bersama Mohd. Shafie Apdal menyaksikan persembahan silat oleh kanak-kanak Tadika Kemas pada majlis Sambutan 50 Tahun Kemas di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA



KUALA LUMPUR 14 Nov. - Sikap suka memutar belit fakta dan menabur janji-janji kosong adalah bukti kegagalan pembangkang menubuhkan sebuah kerajaan yang telus dan adil.
Itu sebahagian daripada amanat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disampaikan kepada kira-kira 6,500 kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) pada ucapan tertutup Sambutan 50 tahun Kemas.

Pesanan beliau itu dikongsi oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal selepas perasmian majlis di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Muhyiddin berkata, keghairahan pembangkang menghakis kepercayaan rakyat kepada kerajaan melalui pelbagai tuduhan dan fakta yang diputarbelit selain dikaburkan dengan janji-janji kosong.
"Dalam isu belanjawan misalnya penyampaian kerajaan dituduh tidak betul malah mereka mengaku mampu melakukan dengan lebih baik.
"Mereka juga janjikan kerajaan yang mengamalkan sistem pemerintahan telus sedangkan apa yang berlaku di Selangor dan Kedah terbukti sebaliknya," katanya.

Turut hadir pada majlis itu kedua-dua Timbalan Menteri di kementerian itu, Datuk Hasan Malek dan Datuk Joseph Entulu Belaun serta Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Ibrahim Muhamad.
Muhyiddin berkata, pendekatan tipu helah yang diamalkan pembangkang itu tidak akan diikuti kerana kerajaan berkhidmat atas kemampuan sebenar dan bukan sekadar menabur harapan palsu kepada rakyat.
Sehubungan itu beliau menyeru orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan tuduhan yang diputarbelit pembangkang kerana ia hanya membawa kepada perpecahan rakyat negara ini.
Sempena sambutan itu, Muhyiddin turut mengiktiraf sumbangan Kemas dalam membangunkan sistem pendidikan negara dan pelbagai aspek penting lain seperti sosial dan ekonomi khususnya di kalangan masyarakat luar bandar.

Sementara itu, Mohd. Shafie berkata, kepakaran dan tahap penyampaian pendidikan Kemas akan terus dipertingkatkan.
"Kebanyakan guru-guru Kemas pada hari ini terdiri daripada mereka yang berkelulusan diploma jadi kita akan terus tingkatkan lagi ke peringkat ijazah," katanya

Friday, 11 November 2011

KEMAS 50 Tahun sambutan di PWTC- 14 November 2011


Seramai 80 orang warga KEMAS daripada Sabah menghadiri hari ulang tahun Kemas yang ke 50 tahun 14hb November 2011, berlangsung di PWTC Kuala Lumpur. Timbalan Perdana Menteri Malaysia  telah merasmikan majlis tersebut. Ribuan anggota Kemas dari seluruh Negara telah berhimpun di PWTC mendengar amanat penting dari pemimpin berkenaan.

Semoga program ini memberi semangat baru kepada warga kemas untuk terus berkhidmat lebih cemerlang kepada masyarakat, agama bangsa dan negara.

-KEMAS pemangkin minda masyarakat Luar Bandar
-Ayuh Warga KEMAS kita terus mara ke hadapan mantapkan barisan, kita perjuangkan bumi pertiwi ini hingga ke hujung hayat...

Thursday, 10 November 2011

GUNUNG EMAS YANG SEPI





photo 
kehadiran kabus menambah kedinginan sekitar gunung emas dalam waktu-waktu tertentu terutama ketika hujun turun sekaligus menjadi daya tarikan di Gunung Emas juga kehadiran  monyet-monyet hutan mesra pengunjung
Gunung emas satu tempat persingahan yang sangat menarik, terletak antara daerah Tambunan dan Moyog Penampang. Tempat ini sangat meriah dan menjadi perhatian setiap pengunjung, suasana sejuk, flora dan fauna mendamai pandangan, kehadiran monyet-monyet hutan mesra pengunjung, menggamit tumpuan setiap pengunjung yang tiba, ..namun kini gunung emas tidak lagi semeriah dulu, monyet-monyet hutan itu tidak lagi kelihatan, begitu sunyi dan sepi, sesepi hati sang perawan yang di tinggalkan sang kekasih.

Saya sempat bertanya kepada salah seorang penghuni gunung emas, kemana gerangan monyet-monyet itu pergi? katanya  hanya sekali-sekala muncul namun tidak lagi datang ke pondok-pondok yang ada di situ,  selainnya telah di buruh oleh orang kampung untuk dijadikan santapan.

Kesunyian itu kesan daripada terbinanya jalan raya keningau kimanis menghubung ke kota kinabalu yang mana lebih dekat dan hanya memakan masa lebih kurang 1 jam setengah perjalanan. Kebanyakan kenderaan lebih tertumpuh melalui jalan kimanis berbanding Tambunan kerana agak jauh sedikit untuk sampai ke bandaraya kota kinabalu.

Kenderaan seperti bas besar, kecil dan teksi membawa penumpang tidak lagi melalui jalan itu, ini menambahkan lagi kesepian dan kesunyian gunung emas.

Kementerian pelancongan sewajarnya melakukan sesuatu agar tempat-tempat seperti ini di pelihara dan di bangunkan agar ianya kekal menarik serta bagi mengelak pupusnya khazana alam yang terdapat disekitar dan menjadikannya salah satu daya tarikan pelancong di Negeri Sabah ini.

Tuesday, 8 November 2011

Bila aku bertubuh gemuk begini..


kiranya aku gemuk begini
Bertubuh kurus kadangkala orang anggap ada kaitan dengan masalah jiwa, gangguan fikiran, makan  hati. Namun tidak menolak kemungkinan berlakunya kemerosotan berat badan akibat menanggung tekanan perasaan,  kurus biasa dan kurus bermasalah boleh dilihat perbezaan melalui wajah seseorang....
 
Bila bertemu rakan lama yang jarang bertemu denganku mereka menyatakan keterkejutan melihat aku kurus, lalu bertanya kenapa kurus sangat, aku pun rasa pelik sejak dari dahulu kurus begini tidak pernah berubah, hanya memang tidak kuat makan puncanya.

Suatu hari aku ke farmasi mencari produk yang boleh menambah berat badan, aku pun bertanya pada dua orang gadis yang sedang bertugas , kataku bagi kakak produk yang boleh menggemukkan badan.. lalu dia ketawa, katanya ramai orang hendak tubuh kurus, kakak pula hendak gemuk hehe..yalah kerana rasa tercabar ramai kata aku kurus sebab itu aku cuba berusaha hendak bertubuh gemuk namun tidak juga berubah walaupun dah makan berbagai produk yang membantu menggemukkan tubuh ...

Aku masih sehat walafiat jauh dari penyakit, berapa ramai wanita mati dihujung jarum dek kerana ghairah melangsingkan tubuh dengan cara melakukan penyedutan lemak, ngeri! ngeri! !!!!!!!!!!
bersyukurlah dengan segala pemberian Tuhan tidak perlu di ubah-ubah....yang penting sehat...

Sunday, 6 November 2011

KENINGAU GEMPAR RATU LIAWAN DIBURU LELAKI KACAK

sekadar gambar hiasan
Bayu PRU 13 kian menderu mungkin esok atau lusa atau bila-bila waktu sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Dato Sri Najib...pastinya saat ini ramai wakil rakyat yang duduk di kerusi masing-masing sudah tidak duduk diam, tidak tidur lena, bagai duduk diatas barah, masih terpilih kah pada PRU 13 ini ??  apa lagi yang sememangnya tidak sanggup kehilangan jawatan melobi sakanlah dan sebolehnya mahu terus kekal di kerusi itu hingga ke hujung nyawa. Walau kenyanyukan sudah melanda, walau lutut sudah bergegar namun kerana mahu terus berkuasa semua itu di tolak tepi...siapa yang tidak mahu kuasa, siapa yang tidak mahu kemashyuran, semua mahu...walau sudah tidak berbudi kepada rakyat, hanya sesekali bertemu rakyat, sehingga rakyat hampir lupa kewujudannya di situ, sukar sangat hadir bila di jemput, jika sekadar hanya 50 orang kampung yang datang...konon-konon kerana terlalu menjaga  riputasi selaku namanya yang setanding dengan  Hang tuah....

 Malangnya wakil rakyat yang serupa ini masih dikekalkan sebagai pemimpin pilihan, walhal masih ramai yang berkebolehan boleh di ketengahkan, namun yang berpotensi tidak diberi ruang, malah dicantas awal-awal mengapa?.. namun tak tahulah dalam era Dato Najib ini, apa kah pemimpin seumpama ini masih mendapat tempat, Jika boleh tukarlah pemimpin yang sudah tidak berfungsi ini, sudah tidak menyumbang kepada kemajuan negara, tidak membanggakan kepada rakyat...rakyat sudah muak asyik dia juga seumur-umur.....

Adun Liawan saat ini dalam suasana panas membahang, YB Datuk Hj Sairin Karno selaku wakil rakyat dun ini agaknya sudah tidak boleh tidur lena, apa tidaknya dua orang daripada AJK nya sedang giat kempen masuk kampung keluar kampung promosi mereka juga sedang memburu adun ini untuk PRU 13 ... bukan lagi secara senyap tapi secara Anak Jantan..

Antara alasannya Datuk Sairin Karno yang sudah dua penggal sebagai wakil rakyat adun ini di lihat banyak berjanji namun masih gagal  melaksanakan sebahagian janjinya. Namun Jika di lihat dari sudut prestasi tugas Datuk Sairin selaku  pemimpin di Adun ini, masih di tahap membanggakan kerana beliau masih sentiasa turun padang bertemu rakyat, masih ligat di kawasan, sering dengan program anjuran parti mahupun jabatan, Sairin Karno telah sedaya upaya melakukan yang terbaik bagi keperluan rakyat Liawan, namun adat dalam politik jawatan dan kedudukan itu bukan milik mutlak satu-satu pemimpin, dan siapa juga berhak bercita-cita kearah itu, namun sejauh mana kemampuan mereka terpulang kepada diri masing-masing, Pemimpin silih berganti,  jangan hendak kata..Tun Mahatir  pemimpin hebat negara pun rakyat  minta dia turun takhta..ini kan hanya sekadar Sairin Karno.. walaupun sairin karno secara jelas menyatakan hasrat meneruskan khidmat untuk rakyat liawan bagi penggal ke 3 akan datang dalam ucapannya semasa mesyuarat Umno bahagian keningau yang lalu.

Siapa tak kenal AZMAN HJ RUSLAN- seorang Peguam muda, pernah melakar nama sebagai ketua sayap Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Bawah Bayu namun telah di lucut jawatannya atas sebab apa, tidak di ketahui puncanya, namun kini masih memegang jawatan Ketua Pemuda Parlimen Keningau-Penggal terakhir- Beliau antara pemburu adun ini untuk PRU 13, walaupun cuba menafikan hasrat itu namun masyarakat semua tahu, "Angin-angin Sirukan telah lama tersebar"  dengan terbentangnya banner disana-sini dengan gambar beliau sekali , beliau  juga sanggup mengeluarkan bajet sendiri bagi membiayai setiap program yang di anjurkan sekaligus perasmi program tersebut...

ANUAR DATUK AYUB AMAN- Ajk Bahagian , anak buah kesayangan Ketua Menteri Sabah-  berwajah kacak mirip pelakon hebat Sharuk khan,  juga melakukan perkara yang sama, masuk kampung keluar kampung mendekati para pengundi, baginya tidak perlu bersusah payah menggantung banner atau keluar bajet ribuan ringgit, pakciknya pemimpin NO 1 Negeri Bawah Bayu pastinya lebih dekat dengannya sudah pasti harapan untuk tercalon PRU 13 lebih menyerlah...

 Namun impaknya dilihat berlaku rebut-merebut....nanti kerana ribut-meribut , akhirnya saya yang tercalon hahah...mana tahu tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu......

Saturday, 5 November 2011

Salam AidilAdha buat semua Warga Malaysia



salam aidiladha buat semua warga malaysia, pengorbanan adalah sesuatu yang dituntut dalam agama demi keutuhan sebuah ummah