Sekadar gambar hiasan
Peristiwa ini berlaku beberapa tahun lalu, ketika itu saya dalam perjalanan pulang dari kota kinabalu menghadiri mesyuarat jabatan, tiba di satu kawasan mendekati perkampungan Apin-Apin saya melintasi sebuah rumah tepi jalan lebih kurang masuk waktu magrib, keadaan sudah hampir gelap saya melihat dinding rumah itu sedang terbakar dijilat api, saya hanya mampu melihat dan tidak sempat menghentikan kereta kerana tiada ruang untuk menghentikan kereta disitu.
Beberapa minggu kemudian ketika saya ke daerah Tambunan dan terfikir tentang rumah itu bagaimana keadaannya sudah tentu dah terbakar hangus dalam fikiran saya, Ketika melintasi kawasan rumah itu saya kehairanan, rumah itu masih ada sedikitpun tiada kesan terbakar. rasa pelik, terfikir oleh saya mustahil begitu cepatnya tuan rumah itu membinanya semula sedangkan baru saja lebih kurang dua minggu berlalu.. Rumah itu rumah lama dan berdindingkan bambu. Jika dia membina semula tentu dalam keadaan baru, ini masih seperti sediakala.
Saya masih terbayang bagaimana besarnya API itu, ..sesuatu yang sangat MISTERI...
|
|
|
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment