Seramai 80 orang warga KEMAS daripada Sabah menghadiri hari ulang tahun Kemas yang ke 50 tahun 14hb November 2011, berlangsung di PWTC Kuala Lumpur. Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan majlis tersebut. Ribuan anggota Kemas dari seluruh Negara telah berhimpun di PWTC mendengar amanat penting dari pemimpin berkenaan.
Semoga program ini memberi semangat baru kepada warga kemas untuk terus berkhidmat lebih cemerlang kepada masyarakat, agama bangsa dan negara.
-KEMAS pemangkin minda masyarakat Luar Bandar
-Ayuh Warga KEMAS kita terus mara ke hadapan mantapkan barisan, kita perjuangkan bumi pertiwi ini hingga ke hujung hayat...
No comments:
Post a Comment