Raden Jaya Winata Tidak pernah bertemu dengannya, apa lagi berbicara, bersapa jauh sekali, namanya sentiasa terpahat dalam ingatan, Namanya menjadi satu lagenda pada jenerasi kini , dia terkenal dengan nama panggilan Bapa Tua, dialah yang bertanggungjawab mengislamkan orang-orang Dusun yang telah bertebaran di bumi sabah ini, Ranau, keningau, papar, tuaran, kota belud dan dimana-mana . perkara ini berlaku ketika berada di Estet Lobou dahulu sekitar tahun 40han, kata arwah bapa yang merupakan anak murid kepada mandur syarif. Mandur Syarif seorang yang hebat, bukan kerana kehebatannya pergi berperang, tapi hebat dari segi amalannya, ketaatannya kepada agamanya, pengaruhnya menyebarkan dakwah islam begitu berkesan sekali sehingga ramai umat yang bukan beragama islam berduyun-duyun memeluk agama islam, kaedahnya hanya melalui perubatan cara tradisional.. amalan syariaat, tarikat yang diturunkan kepada mereka selepas memeluk agama islam. Banyak lagi kisahnya yang belum sempat dikongsi diruangan ini, saya masih berusaha menghimpun kisah-kisah menarik tentang Arwah Mandur Sharif dari beberapa bekas anak muridnya yang masih ada. hasil dari cerita-cerita bekas muridnya iaitu arwah bapa saat hayatnya. Arwah bapa saya adalah antara yang telah menyambung warisan amalan tarikat daripada arwah Mandur Sharif . Bagi mereka yang tidak begitu tahu tentang amalan mereka ini, ada yang berangapan bahawa dalam amalan tersebut terdapat unsur-unsur khurafat namun hakikat sebenarnya tidaklah begitu. setiap amalan yang dilakukan terselit dengan maksudnya yang tersendiri. Kini amalan tarikat yang arwah bapa pelajari daripada arwah Madur Sharif telah diwarisi pula oleh abang long saya. Ini adalah atas kehendak abang saya sendiri tanpa ada unsur paksaan. Amalan dalam tarikat ini sebenarnya lebih kepada membantu orang-orang yang sakit ketika mereka memerlukan pertolongan tanpa meminta apa-apa imbuhan. Terpulanglah kepada orang yang berubat itu keiklasan hati sendiri ingin menyumbang atau pun sebaliknya. |
Thursday, 24 November 2011
MANDUR SYARIF DALAM KENANGAN SEPANJANG ZAMAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment