Friday, 4 November 2011

Isu TANAH SOOK, NABAWAN belum berakhir..

Masih hangat rupanya isu ini, bukan calang-calang kehangatannya boleh menumbang satu negara jika ia di biarkan begitu saja, orang kampung bukannya bodoh lagi di zaman saiber ini..mereka tidak lagi mudah di perkotak-katikkan walau diberi segunung emas..mereka sudah bijak, celik komputer nah apa lagi alasan mengaburi pandangan mereka...kau berikan madu gred 1, terima saja namun jangan kalian lupa suara hati mereka siapa boleh menduga esok-esok pru13 lihatlah apa hasilnya.

Suara mereka telah lama sepi,  simpan tidak payah cakap banyak, tidak payah bergendang lagi sudah cukup jiwa mereka  merana sejak tanah mereka di rampas oleh tetupai kota tiada angin, tiada ribut tiba2 tanah2 itu milik c perakus tamak haloba, zalim sungguh kalian, tiada hati perut..sudah 7 keturunan mereka duduk di situ tidak pernah diganggu-gugat tiba2 tanah di rampas di bangunkan ribuan hikter kelapa sawit menghias tanah milik mereka suatu ketika dulu, mereka dihalau bagai anjing kurap tidak berguna, ini tanah Saya kata dia, bukan lagi tanah kamu.. pergi jauh-jauh,,,  hanya terkebil-kebil mata memandang...mereka masih berjuang mendapatkan semula harta mereka yang di rampas, tapi sampai bila????  runding,  runding, runding, itu juga  tiada hasil ,dari kenaikan sampai keturunan tiada kedudukan....

Sedihnya mereka sudah lama pohon geran alasan oleh pihak bertanggungjawab itu tanah hutan simpan milik kerajaan, pelik tapi bila c kaya berurusan secepat kilat dapat sijil milik dia..  ilmu apa yang mereka guna sehingga sijil dapat dikeluarkan sebegitu pantas???? saya boleh menduga.. namun tidak menuduh...

Pakcik A kata mereka tetap akan tukar baju baru, kalau pun bukan baju baru tapi tukar warna....saya faham maksud mereka.. pakcik B menyahut mereka tidak mahu lagi itu timbangan bukannya membantu tapi menyusahkan, tanah kami dirampas katanya berulang-ulang... , timbangan menang kah, atau kalah kah ini juga kehidupan kami tidak juga berubah-rubah putung gata juga sambung Si pakcik C....makin hangat , suara semakin meninggi saya takut saja dia tumbuk meja hempas bangku...huhuhu...


(mereka rupanya yang rebut tanah itu,,,tak sangka...yalah mereka ada kuasa, mereka ada nama, dan mereka ada segala-galanya,,,SAYA KENAL MEREKA SIAPA??????.....

4 comments:

  1. Hani..

    kes rampasan tanah banyak blaku di Sabah..di KB sudah ada 2 kes menunggu..tapi anehnya pemimpin kita macam tutu sebelah mata..apakah kebangkitan rasa tidak puas hati ini akan meletus pada PRU akan datang?

    ReplyDelete
  2. KM jika kusebut nama diantara mereka, kau tidak akan terkejut , pasti kau kenal, kenal sangat....mereka ada kuasa, ada nama dan ada segala-segalanya....

    ReplyDelete
  3. Hani..

    nama tu jugak lah yg bmaharajalela di KB..

    ReplyDelete
  4. Mereka jugalah yang sapu bersih projek berjuta-juta...

    ReplyDelete