Dua minggu lagi anak jejaka saya akan berangkat menyambung pengajian ke tanah seberang di pantai timur, Alhamdulillah setelah beberapa bulan menamatkan diploma, penantian untuk menyambung ke peringkat sarjana muda akhirnya terlaksana setelah di kabarkan, dia antara dari retusan siswa telah berjaya diterima semula menyambung pengajian dalam bidang yang telah dikhususkan.
Seorang Umi adalah insan yang paling gembira mengharap dia satu-satunya anak tunggal lelaki, belajar sehingga ke menara gading tidak perlu terburu-buru mencari pekerjaan kerana usia pun masih muda. Kata-kata itu sentiasa saya pesankan padanya.
Segala persediaan telah diatur termasuk Tiket flight dan pendaftaran , tinggal lagi urusan medical chek- up yang diurusnya.
Setelah keputusan medical chek-up diperolehi alangkah kecewanya dia kerana doktor memberitahu dia mengalami masalah kesihatan yang mana dia harus dirawat selama beberapa bulan serta mencadangkan menangguhkan pengajian, itu pun jika pihak universiti bersetuju atau terpaksa menolak untuk tujuan rawatan.
Lalu dia menghubungi pihak U untuk berbincang, namun pihak U juga menolak untuk penangguhan jika sampai melibatkan satu semestar. Malah pihak U mencadangkan agar dia menolak tawaran tersebut dan cuba memohon semula pada masa akan datang.
Dia rasa kecewa, namun saya meyakinkan dia masih ada jalan serta usaha. saya tidak putus-putus memberinya semangat serta motivasi. Tidak lupa saya call kakaknya yang bekerja dibahagian kesihatan turut memberi semangat dan motivasi pada adiknya ini. Dalam diam sebenarnya saya juga turut kecewa, namun dalam hati yang kecewa, minda saya terus ligat berfikir mencari penyelesaian. Saya bertemu pegawai yang melakukan pemeriksaan keatas anak saya dan berbincang secara panjang lebar.
Hasil dari perbincangan ada sedikit penyelesaian, dia minta saya bertemu doktor yang boleh dibawah berunding agar melonggarkan syarat yang telah diberikan oleh pegawai perubatan yang memeriksanya sebelum itu. Kerana hanya doktor yang boleh meletakkan keputusan katanya.
Beberapa orang doktor telah saya temui namun semuanya menolak dengan apa yang saya cadangkan. Mereka tidak mahu berkompromi dalam soal kesihatan seseorang yang telah disyaki ada penyakit. Walhal penyakitnya itu tidaklah memudaratkan sangat, kerana telah pun diberi rawatan sebaik saja dia didapati ada masalah kesihatan. itu kenyataan pegawai yang memeriksa anak saya.
Saya hampir saja berputus asa..namun saya tidak noktakan usaha sampai disitu. Seorang rakan telah mencadangkan saya berhubung dengan seorang doktor pakar yang boleh membantu. Selepas berhubung dan berbincang doktor tersebut tiada masalah boleh membantu namun sayangnya dia berada jauh nun dihujung Sabah. Dia minta saya datang ke tempatnya jika keadaan benar-benar mendesak. Bila memikirkan terpaksa mengeluarkan lagi kos untuk pengurusan..rasanya kurang praktikal.
Waktu semakin dekat akhirnya terpaksa menggambil keputusan terima saja keputusan seorang Doktor selepas perbincangan terakhir. Dalam catatan hanya dua bulan bercuti tetapi dicadangkan cuba merayu kepada pihak U agar di pendikkan cuti dari dua bulan ke dua minggu. Tawakal berusaha dan berdoa. itulah jalan terakhir yang saya cadangkan kepada anak saya. Saya juga terus berdoa. Alhamdulillah, kini anak saya telah berangkat ke pantai timur Insyahallah semoga urusan berjalan lancar.
Hari ini selepas pendaftaran, anak saya telah menhubungi saya memberitahu pihak U hanya memberinya cuti untuk seminggu saja . Syukur Alhamdulillah usaha tidak sia-sia, serta doa kepada yang maha esa memudahkan segala urusan. Nasib baik tidak berputus asa. ALHAMDULILLAH! ALHAMDULILLAH
No comments:
Post a Comment