Monday, 8 September 2014

Majlis Konvokesyen Diploma dan Sijil Kemahiran Malaysia KEMAS 2014

Majlis ini telah di sempurnakan oleh Dato Ketua Pengarah Kemas Malaysia Ybh, Dato Hasan Hj Mohd Amin, bertempat di Bangunan Tabung Haji Kota Kinabalu Sabah sekaligus majlis raya di adakan serentak.  Majlis ini antara tujuannya adalah mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan pegawai atasan bersama warganya diperingkat bawahan. Turut bersama dalam majlis ini Pengarah Kemas Sarawak dan Sabah.

Majlis ini diselitkan penyampaian sijil diploma kepada beberapa kakitangan Kemas yang telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing dalam pelbagai bidang kemahiran seperti jahitan, masakan dan dandanan. Dato Ketua Pengarah turut memberi ingatan kepada warga kemas agar sentiasa berusaha menambah ilmu dalam pelbagai bidang khususnya yang mampu menyumbang pengetahuan kepada masyarakat luar bandar sesuai dengan matlamat jabatan kemas.

Warga kemas juga diingatkan agar sentiasa memberi tauladan yang baik kepada masyarakat serta menjalankan setiap tugas dengan niat yang ikhlas.

Kemas adalah antara agensi yang telah terbukti berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan sekaligus berjaya mendidik sebilangan masyarakat khususnya dalam bidang kemahiran seperti menjahit, masakan, kraftangan serta kemahiran terkini yang baru di wujudkan kepada golongan wanita muda ialah kemahiran dandanan diri, malah ada golongan ini telah berjaya menjadi usahawan hasil daripada bimbingan guru-guru kemas sejak beberapa dekad lalu.

Pendidikan awal kanak-kanak merupakan salah satu  aktiviti yang berjaya menyumbang kegemilangan jabatan Kemas sejak dulu dan sehingga ke hari ini. Telah berjaya melahirkan kanak-kanak ditahap cemerlang seawal umur 4tahun ke 6 tahun yang mana mereka ini fasih membaca, menulis dan mengira sebelum melangkah ke fasa sekolah rendah.

 Justeru semua guru-guru diingatkan agar terus berusaha gigih tanpa jemu dalam membimbing mereka. Kebanyakan guru-guru kini telah berjaya menamatkan pengajian mereka di institiut Perguruan sudah tentu tahap pengajaran lebih berkualiti setaraf guru-guru pra sekolah dibawah kementerian Pendidikan.
Antara sedutan ucapan Dato Ketua Pengarah Kemas Malaysia. 

No comments:

Post a Comment