Wednesday, 3 September 2014

Adik Shahrul Dalam Kenangan

Adik Shahrul bersama sahabatku
Mendapat kabar adik shahrul telah kembali ke rahmatullah, buat saya sebak dada kerana tak sempat ziarah arwah saat hayatnya terlantar sakit, menurut rakan-rakan di HQ sebaik diketahui penyakit adik sahrul dia telah dipindahkan ke negeri kelahirannya untuk tujuan mendekatkan dirinya pada keluarga serta memudahkan rawatannya.

Telah beberapa bulan saya mendapat perkabaran arwah dalam rawatan di Hospital Pulau Pinang sehinggalah dia meninggal, sedihnya tak tercapai untuk datang ke sana kerana faktor kos. hanya doa mampu diutus semoga adik sharul cepat sembuh.  Namun semuanya adalah kehendak dari yang maha esa, darinya kita datang, kepadanya kita kembali Al Fatihah buat arwah semoga rohnya di tempatkan bersama insan-insan solehen. Seluruh warga Kemas negeri Sabah yang mengenali turut mendoakan.

Saya menulis entre ini kerana saya ada kenangan bersamanya,  Peristiwa ini berlaku saat saya dalam perjalanan dari KL balik ke Sabah, adik sahrul pula dari Terengganu menghadiri mesyuarat hari potensi peringkat kebangsaan mewakili negeri sabah. Semasa menaiki Tren dari KL Sentral menuju ke KLIA, secara kebetulan kami duduk dalam satu gerabak hanya berlainan tempat duduk, dia duduk mengadap ke arah saya. Bermula disinilah saya mula kenal adik sahrul selepas dia menegur saya. Sembang-sembang rupanya adik sahrul ni staf pejabat kami di ibu negeri. Patutlah dia asyik pandang saya dan tersenyum sejak mula bertemu. dia kenal saya, saya pula tidak mengenalinya. katanya dia selalu nampak saya di pejabat kemas negeri setiap kali berurusan atau mesyuarat. saya pula langsung tidak perasan.

( Rentetan peristiwa)..Tanpa sedar tren tiba di KLIA, sebelum ke tingkat lima, saya mengajak adik sahrul ke tingkat dua untuk makan bersama sebelum daftar dikaunter utuk berlepas, kerana waktu pun masih panjang.. Semasa kami sedang makan ruang itu saya gunakan kesempatan bertanya tentang dirinya, rupanya adik sahrul ni berasal dari negeri jelapang padi,, tidak perasan dia berasal dari negeri jelapang padi kerana bahasanya pun dah macam cakap orang sabah  rupanya sudah beberapa tahun berada di negeri bawah bayu ini.

Selesai kami makan, kami terus ke tingkat lima untuk mendaftar dikaunter dan terus menuju ke balai berlepas. Tiba di KKIA sebelum kami berpisah dia sempat bertanya apa kah saya akan terus balik keningau, saya juga sempat bergurau dengannya jika belum ada yang punya boleh aplai jadi menantu saya..dia hanya tersenyum dan ketawa sambil beredar. Al Fatihah buat arwah semoga ditempatkan bersama roh insan-insan beriman.

No comments:

Post a Comment