Suasana diluar dewan |
" JIKA TAKUT DILAMBUNG OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI" AIR YANG TENANG JANGAN DISANGKA TIADA BUAYA". JIKA KAIL PANJANG SEJENGKAL JANGAN LAUTAN HENDAK DIDUGA" demikianlah kata pepata melayu berperi.
Setelah selesai semua para perwakilan wanita mendaftar kami pun masuk ke dewan dan duduk ditempat bahagian masing-masing yang telah dilavelkan kerana acara akan bermula.
Sesi petangnya sambung lagi untuk acara penutupan persidangan. Sementara itu aku keluar dewan sebentar menanti kedatangan seorang rakan kerana ada hal. Diluar dewan aku duduk dikerusi yang tersedia disitu sambil memerhati keadaan sekeliling, suasana agak binggit dengan keriuhan orang ramai dan para petugas.
Dalam beberapa minit tiba-tiba kedengaran suara orang bergaduh diselang-seli laungan hidup Muhyiddin meriuh ditingkat bawah. Para petugas diluar dewan, polis, juru gambar dan pemberita berebut-rebut merusuh dibahagian koridor berdekatan tangga bergerak. Aku hanya memerhati apa yang bakal berlaku. Suara bising itu makin mendekat.
Tiba-tiba kelibat Tan Sri Muhyiddin muncul di tangga bergerak menuju ke dewan tempat wanita bersidang, turut kelihatan isterinya dan Datuk Shafie diiringi beberapa orang mungkin para penyokong mereka. Dalam suasana keributan itu juru gambar pula berebut-rebut menggambil gambar. Laungan hidup Muhyiddin terus bergema. Berlaku sedikit kekecohan dipintu masuk antara ponyokong Tan seri Muhyiddin dan para petugas kerana mereka cuba dihalang memasuki dewan. Mujur para pegawai polis yang bertugas disitu pantas mengawal keadaan.
Sebaik Tan Seri Muhyiddin masuk, tepukan gemuruh disusuli laungan hidup Muhyiddin bergema dari para perwakilan pergerakan wanita. Oleh kerana rakan yang kutunggu belum tiba aku cepat2 masuk. Tan sri Muhyiddin bersama isterinya dan Datuk Shafie telah pun duduk dibahagian hadapan. Aku sempat bersalam dengan Datin Sri Noraini yang kebetulan duduk ditepi tempat aku lalu. "MEREMANG BULU TENGKUK AKU" kata Ketua Wanitaku sebaik bekas TPM itu masuk sebentar tadi. Aku juga rasa sebak dan air mataku rasa hendak menitis. Rasa sayang dengan mantan TPM dan Naib Presiden masih ada. Pada aku sesungguhnya mereka tidak bersalah pun hanya mangsa keadaan. Hanya kerana mereka bersuara berkenaan 1MDB.
Dato Sharizat yang sedang berucap dipentas turut mengucapkan terima kasih diatas kunjungan Tan Seri. Bekas TPM itu hanya sekadar melawat sebentar tidak seperti tahun-tahun lalu. Sepatutnya beliau merasmikan persidangan tersebut selaku TPM namun tidak lagi kali ini kerana telah digugurkan sebagai TPM.
Melihat bekas TPM itu, fizikalnya agak susut, wajahnya tidak ceria, aku hanya mampu bersimpati dan dalam hati berbisik, beginilah resam dipentas kehidupan politik. Pangkat dan kuasa tidak selamanya dalam dakapan. Apa yang berlaku hari esok sukar diramal. Apa lagi dalam suasana politik negara ini mana-mana dikalangan pemimpin yang lantang bersuara dianggap menentang pemerintah dan tidak menyokong perjuangan parti. Bersiaplah untuk dicantas dan bijak-bijaklah bawa diri selepas itu begitulah.
Selepas bekas TPM itu meninggalkan dewan tidak sampai pun setengah jam, Dato Sharizat menyambung ucapannya bahawa pergerakan wanita tidak pernah meminggirkan bekasTPM itu namun sebagai sayap yang hanya bertaut, akur dengan segala keputusan pucuk pimpinan dan tidak mampu berbuat apa-apa. Apa pun keadaan yang berlaku kepimpinan PM dan parti terus disokong tanpa berbelah bagi. Sebagai sayap dan tulang belakang parti berusaha dengan gigih, fokus utama memenangkan parti pada PRU 14 nanti.
Oleh kerana ingin tahuku meluap-luap, aku bertanya salah seorang petugas diluar dewan kenapa mantan TPM itu cuba dihalang memasuki dewan? katanya risikan telah dibuat kononnya para penyokong mantan TPM itu akan melakukan kekacauan sebaik memasuki kawasan dewan PWTC. Owh Begitu rupanya.
9hb/12/2015. Tarikh Peristiwa berlaku. Aku terkedu..sedihh duka dan rasa terluka. Namun sebagai orang kecil hanya mampu berdiam tidak mampu bersuara. Rakyat marhaenlah katakan.
No comments:
Post a Comment