Ini adalah antara yang diajar didalam kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga anjuran Kemas yang telah lama beroprasi di kampung Dangulad Keningau. Kelas ini dibuka dua kali dalam seminggu.
Aktiviti kelas tidak beroprasi setiap hari kerana guru berkenaan berada dibeberapa buah kampung mengajar aktiviti yang sama. Banyak Permintaan disetiap kampung sekitar daerah tetapi tidak dapat dilaksana kerana jadual guru berkenaan begitu padat.
Selain aktiviti menghasilkan kraftangan, aktiviti bahagian dandanan, jahitan dan kelas dewasa turut dilaksanakan dibeberapa buah kampung yang berlainan. Setiap kumpulan mengikuti kelas selama enam bulan dan akan menerima sijil.
Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada setiap peserta cuma yuran pendaftaran sahaja. Bahan pula disediakan oleh peserta sendiri.
No comments:
Post a Comment