Sungguh mengejutkan tiba-tiba daerah Keningau tersenarai antara kawasan yang terpanas di Malaysia. Apa sudah jadi, benarkah ini? Sebuah daerah terletak jauh dipedalaman dikelilinggi bukit bukau, banjaran crocker, beribu ekar kebun kelapa sawit, hutan simpan masih tebal dengan kedudukannya dilembah, mana mungkin bisa berlaku sampai ke tahap begitu. Saya cuba menolak kenyataan itu. Dalam benak berfikir lainlah barangkali jika terdapat laut yang sememangnya berhawa panas.
Apa pun mungkin ada benarnya juga bila melihat keadaan sekeliling kebanyakan sungai disana-sini semakin mengering, tanah-tanah mula merekah, rumput-rumput yang dulunya hijau kini mula bertukar warna kuning akibat cuaca panas yang semakin membahang. Hujan pula jarang mencurah. Keadaan ini kadang mengundang bimbang dihati setiap warga.
Ditempat lain air paip sudah lama tidak muncul itu yang diviralkan dalam whatsap dan FB. Nah bagaimana jika kemarau berpanjangan, pasti ramai yang pantas kebuluran. Maklumlah zaman sekarang manusia sangat pantang bersusah sedikit. Bila berlaku sedikit masalah mulalah menyalahkan orang lain. Jika boleh mau dirakkan satu dunia ini salah dia, itu salah dia. Merekalah paling betul.
Baru-baru ini ada satu video diviralkan dalam FB memuatkan gambar sungai kawasan tadahan yang mana dikatakan punca susutnya air sungai itu kerana berlaku penerokaan disekitar untuk tanaman kelapa sawit. Dia menyalahkan pula pihak kerajaan walhal yang melakukan semua itu adalah orang kampung. Inilah sikap segelintir manusia hanya tahu menyalahkan tanpa mengkaji punca sebenar masalah.
Manusia yang tidak beriman begitulah menunjukkan sikap, langsung tiada kesantunan dalam diri. Fikiran nagetif telah berlumur dalam diri.
No comments:
Post a Comment