Aku menyanjung Tun M atas dasar baktinya kepada agama bangsa dan negara. Kebijaksanaan mentadbir negara sehingga disegani rakan dan lawan terkenal diseantero dunia.
Kehidupan rakyat makmur dan sejahtera tak terhitung segala jasa, tidak mampu dibilang satu persatu. 22 tahun mentadbir negara, Putera Jaya, KLIA, Klcc antara mercu tanda kejayaan pentadbiran Tun M. Atas faktor ini aku antara jutaan rakyat amat berbangga menjadi warga Malaysia. Jasa Tun M sentiasa terpahat dalam kenangan dan ingatan.
Fitrah hidup ibarat roda berputar, setiap diri kita atau siapa saja termasuk yang bergelar pemimpin tidak selamanya berada diatas, tiba waktu akan berganti dan terus berganti. Demikian juga Tun M namun tidak pun dipinggirkan.
Persaraan Tun M rakyat mengharapkan kau berehat, bertenang dan berbahagia bersama keluarga yang dikasihi disaat usia is emas begini. Namun sungguh diluar jangkaan berlaku pula sebaliknya. Tindak-tanduk Tun amat mengejutkan. Mengkritik kepimpinan Tun Abdulah Ahmad Badawi tidak lama dulu kerana dilihat gagal mentadbir negara dengan baik apa bila keputusan pru12 tidak mencapai taget.
Tun M bertindak keluar parti dan minta Pak Lah letak jawatan. Kini tiba pula giliran Dato Najib. Dato Najib tidaklah sebodoh itu jadi pak turut. Tun M dilihat semakin pelik dan sesetengah rakyat sudah menganggapnya jauh tersasar. Paling sadis keluar parti untuk kali kedua seterusnya membuat pertemuan pula dengan seteru politiknya dahulu.
Soal maruah bukan perkara utama bagi Tun , yang penting Najib mesti digulingkan. Kini hormat sesetengah rakyat padanya kian pudar malah dianggap nyanyuk, gila kuasa, ibarat sampah yang tidak berguna. Aduhai Tun M sesungguhnya aku anak bangsa teramat pilu dengan keadaan ini.
Katamu menyelamatkan melayu, umno dan negara dari kehancuran ditangan Najib. Namun persoalannya, kenapa sanggup kembali berjuang bersama manusia-manusia yang Tun anggap sebagai perosak bangsa melayu satu ketika dulu jika diberi kesempatan memerintah negara ini.
Mungkin aku golongan generasi pertengahan gagal memahaminya namun jauh didasar hati cuba memahami sedalamnya, aku faham mengapa Tun bertindak demikian namun tidak mengapalah biarlah keadaan yang menentukan pasti barangkali suatu masa akan terungkai segalanya.
Sering bertanya dibenak fikir? apa sebenar yang engkau mahu? Zamanmu sudah berlalu, segalanya telah kau miliki. Hanya bulan, bintang dan mata hari tidak mungkin jatuh keriba.
Apa pun yang berlaku aku sentiasa menyayangimu wahai TUN MAHATIR bagai seorang bapa. Moga Tun sentiasa dalam kerahmatan ALLAH.
No comments:
Post a Comment