Tuesday, 16 October 2018

SELAMAT TINGGAL COMEY

CERPEN,

Haini Karno
                                                                         
SELAMAT TINGGAL COMEY

Hujan semalaman membuat pagi ini sejuk dan meringankan sedikit tekanan mengharungi kesesekan jalan raya di bandar. Comey memejamkan matanya menyambung tidur, ujian tahun enam tinggal hanya sebulan tapi dia masih tidak kisah sangat tentang pelajarannya. Prestasinya tidaklah corot mana tapi aku agak bimbang keseronokannya bermain handpone hampir sepanjang masa akan menganggu prestasi pembelajarannya disekolah, bila ditegur cepat pula merajuk.

Tiba-tiba sahaja kereta myvi di depanku berhenti secara mengejut, mujur aku sempat menekan brek, sekonyong itu juga bunyi hon kereta pun kedengaran bersahut-sahutan.  Hingar-bingar seketika di jalanraya. Comey masih nenyak tidur,  kulit mukanya kelihatan agak pucat mungkin juga kerana kurang tidur, aku memberi peringatan dalam hati untuk singgah beli vitamin nanti.

Kami tiba di perkarangan sekolah menunjukkan tepat pukul 6.30 pagi, dari jauh aku melihat guru darjah Comey berdiri di anjung pintu masuk, comey sedar kereta berhenti dan dia membuka mata dan menggeliat sedikit.  Kelibat cikgu Lilian membuat Comey kelihatan tiba-tiba cergas, dia lantas buka pintu kereta dan terus keluar.
“ Laoshi, Zhao an “ katanya menyapa gurunya, cikgu Lilian tersenyum, “ Zhao an, Azalea” jawab cikgu Lilian,  sambil memegang bahu comey dan menunjuk ke arah bag buku yang masih dalam kereta, “ Ni de shubao “ comey senyum, dia bergegas mengambil bag dan terus berlari menuju ke kelasnya.

Cikgu Lilian menghampiri kereta mengangkat tangan sebagai isyarat ingin bercakap sesuatu. “Selamat pagi pn. Hayati”, “pagi Cikgu “ balasku. “ kalau puan ada masa, saya jemput untuk berbincang sebentar, Ada hal yang sangat penting ingin saya bincangkan” katanya seraya tersenyum memandang tepat ke wajahku. “baik cikgu sebentar saya parking kereta dahulu” kataku dan terus meletakkan kereta di bawah pohon kelapa sawit diluar sekolah. “hal gerangan apakah agaknya yang ingin cikgu Lilian bincangkan ini” dalam hatiku terus diterjah persoalan.

Guru-guru lain sudah pergi ke kelas masing-masing. Hanya tinggal kami berdua dalam bilik guru. Bunyi riuh rendah suara murid-murid masih kedengaran diluar tetapi keheningan sepi dalam bilik itu terasa menghimpit seperti kesunyian yang timbul sebelum hujan ribut turun. Cikgu Lilian nampak tenang di depanku. Kedengaran dia menarik nafas agak panjang.
                                                                                             
                                                          
Dia membuka foldernya dan mengeluarkan sehelai sijil penilaian berkala prestasi untuk Comey. Cikgu Lilian menghulur padaku. Aku nampak tulisan merah untuk subjek mata pelajaran bahasa cina dan Matematik,  Kedudukan enam belas daripada tiga puluh.

“Puan prestasi Azalea ada bertambah sedikit, saya juga ingin maklumkan bahawa mulai tahun ini murid-murid boleh memilih untuk menjawab soalan matematik dan sains dalam bahasa inggeris, dia punya penguasaan dalam bahasa Inggeris sangat bagus dan ini sudah tentu akan banyak membantunya,  so no problem” dengan panjang lebar cikgu Lilian menerangkan. Aku hanya mengangguk dan tersenyum tawar sambil meletakkan semula  kertas berisi keputusan comey di depan cikgu Lilian.

Cikgu Lilian merenung ke bawah seolah-olah mahu memilih kata-kata yang sesuai ingin di katakan seterusnya. “ Puan, tolong bertenang dengan apa yang ingin saya mahu cakap ini” wajah cikgu Lilian nampak serius, jantungku mulai berdegup, rasa tidak sabar mendengar apa yang bakal  di ungkapkan oleh cikgu ini.  cikgu Lilian merenung tepat ke wajahku, senyumnya selemba tetapi menambah jiwaku runsing. Kata-kata seterusnya bagaikan jasadku terkena renjetan elektrik buat aku hampir pitam.

“Puan sejak seminggu ini kami mendapati Azalea tidak menunjukkan perhatian dan suka mengasingkan diri daripada murid-murid lain. Apabila kami selidiki kami dapati dia adalah mangsa buli enternet. Kami juga dapati kesan luka di tangan yang dia akui dibuatnya sendiri. Kami sudah beri dia kaunseling dan dia berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Kami berharap ibubapa mengambil perhatian serius supaya keadaan ini tidak berlanjutan”.

Aku tersentak, termangu bercampur sedih, kecewa dan kebingungan. “ Inilah yang ingin saya sampaikan kepada puan. Peperiksaan tahun enam akan diadakan dalam masa satu bulan lagi dan kita mahu murid-murid tidak ada apa-apa gangguan terutama sekali gangguan mental.  Saya akan berbincang lagi dengan guru besar mengenai hal ini dan kalau perlu kami akan panggil puan”.

Saya tidak dapat berkata apa-apa, minda kaku dan seluruh tubuh berasa lemas.  Tiba-tiba kedengeran bunyi lonceng sekolah mengejutkan aku dari kemanguan. Cikgu Lilian berdiri dan menghulurkan sijil penilaian Comey kepadaku. Dia tersenyum dan menghulurkan tangannya, kami bersalaman. Aku sedar betapa luhurnya nilai kerjaya seorang pendidik kepada kelangsungan hidup setiap murid kerana ia mencakup semua segi pembangunan insaniah, jasmani, rohania, emosi dan entelek.

Betapakah hebatnya lagi sahsiah murid itu jika ibubapa saling membantu mencukupkan peranan guru. Sekurang-kurangnya ibubapa dapat memberi suasana rumah yang tenang, damai dan penuh kasih sayang. “ Oh Tuhan “ bisikku dalam hati, “Dimana silapnya”
“ Terima kasih cikgu“ jawabku.

Cikgu Lilian bergegas ke bilik darjah, aku terus menuju ke kereta dalam keadaan bagai tak terpijak kaki ke bumi dan terus memandu perlahan beredar meninggalkan perkaranganan sekolah. Setengah jam kemudian aku tiba dirumah dan menceritakkan kepada abang Farid apa yang terjadi. Kami putuskan supaya malam nanti kami akan berbincang dari hati ke hati dengan Comey untuk mengetahui punca segalanya. Mungkin itulah langkah awal yang sesuai.  Penggunaan handponenya patut juga di hadkan agar dia tidak terpengaruh oleh anasir yang tidak diingini berlaku.

Aku ke dapur menyiapkan bahan-bahan untuk makan tengahari nanti, tiba-tiba abang Farid menjerit memanggilku dari bilik Comey. Aku dilanda kejutan yang maha hebat, aku terduduk tersimpuh kehilangan akal, biliknya bersepah dengan pakaian dihambur kelantai dan cebisan kertas bertebaran. Yang paling menyayat hati ialah dinding dan meja tulisnya yang penuh contengan kata-kata kesat, kebencian dan kematian.

Untuk  beberapa ketika kami tercegat tidak tahu apa yang hendak dikata atau berbuat apa. Abang Farid turut bersimpuh disisiku. “ Kita ada masalah besar sayang “ abang Farid bersuara dalam nada yang perlahan sambil memegang tanganku erat, aku menyandarkan kepalaku diatas dadanya kerana ingin mahu menangis sekuatnya.

Tiba-tiba aku terlihat potret kami bertiga diambil semasa Comey berumur dua tahun. Gambar Comey itulah yang melahirkan panggilan manja Comey. Aku berdiri dan mengambil gambar itu dari sangkutannya sambil menahan tangisan yang bagaikan empangan pecah, aku mendakapnya diiringi dengan titis-titis hujan yang mula mengalir deras di kedua belah pipiku.


“Comey ibu akan hanya menangis gembira, betapa kami amat menyayangimu” dalam hatiku berbisik perlahan. Abang Farid berdiri dan mendakapku turut menangis bersama. " Abang berdoa pada Tuhan supaya kita di beri petunjuk" kata abang Farid dalam nada yang perlahan hampir tak kedengaran suaranya.

Aku terlihat isyarat mesej masuk di telefon bimbit ku, ada enam miss call daripada cikgu Lilian, aku memanggilnya dan dia memberitahu bahawa guru besar ingin berjumpa ibubapa Azalea. Tiba di sekolah cikgu Lilian dan guru besar pn. Chia sudah sedia menunggu diambang pintu. kami terus ke bilik guru besar. biliknya di hujung bangunan panjang satu tingkat.

" Selamat datang puan Hayati dan tuan Haji" Puan Chia memulakan perbualan, nampak tenang wajahnya penuh wibawa. " Saya dan cikgu Lilian sudah berbincang masalah Azalea dengan teliti. Masalah ini harus di selesaikan segera kerana dia perlukan ketenangan untuk menghadapi peperiksaan tidak lama lagi, kami juga ada berbincang bersama Azalea tadi dan kami mungkan ada pendekatan sesuai, tetapi sebelum itu perlu juga saya berbincang dengan puan dan tuan haji, saya sudah berkhidmat di sekolah ini selama lebih dua puluh tahun dan sudah banyak masalah serupa ini yang saya hadapi, jadi janganlah panik setiap masalah ada penyelesaiannya"

Puan Chia tersenyum sengaja untuk mententeramkan jiwa kami yang masih berkobar. "Azalea ini baru mahu melangkah ke alam remaja, ada perubahan hormon yang mempengaruhi pertumbuhan mental dan fizikal". 'Bagaimana dia bila berada di rumah?" "Maksud cikgu soal ku?"
 "Azalea kata, di rumah dia tiada rakan sebaya", ujar puan Chia.

"Memang betul cikgu" kataku, "semua sepupunya masih kecil"
"Jadi bagaimana peranan ibubapa mengisi kekosong ini? tanya puan Chia lagi, masih tersenyum tapi ada nada tegas. " Aku dan abang Farid berpandangan, tiada jawaban spontan kami. Puan Chia masih tersenyum, tapi ada lenggok marah." Azalea kata kamu jarang  berintraksi dengan dia kerana kamu dua-dua sibuk dengan telefon bimbit, kadang-kadang kena marah lagi".

Ini benar-benar satu tamparan, satu kebenaran yang kami mesti terima dengan rela dan jujur. Melihat kami masih kelu, puan Chia meneruskan kata-katanya. "Ada kes serupa ini berlaku lapan tahun lalu, budak itu lari daripada rumah, dia ketawa barangkali mengingatkan kebodohan ibubapa budak itu. "Tidak apa, hujungnya okay juga. itulah, budak itu mungkin mau berkomunikasi tapi macamana kalau ibubapa tidak beri perhatian.

"Bukan dia yang ada masalah tapi jadi mangsa orang tua yang mengabaikan keperluan emosinya". Akhirnya abang Farid bersuara, " Apa yang cikgu katakan itu semuanya benar. Kami berjanji mulai hari ini kami akan beri tumpuan lebih kepada anak kami". Puan Chia senyum lebar menandakan apa yang ingin disampaikan telah terlaksana dengan baik. " Oh Azale kata dia tidak suka di panggil Comey".

Kami belum dapat bersuara banyak. semua yang di perkatakan oleh Puan Chia sedang menyelinap diseluruh rongga hati kami.  Puan Chia gegas berdiri. "Okay selesai, tapi ada sedikit saja lagi. Ada orang mau jumpa sama kamu. dia beri isyarat kepada cikgu lilian berdiri dan membuka pintu sambil memanggil Azalea masuk. Azalea masuk dan berdiri tegak menghormati guru besar.

Puan Chia memeluk Azalea, seraya berkata "Pergi peluk ibubapa kamu yang amat menyayangi kamu" katanya lembut. Senyuman Azalea sambil dia datang kepadaku adalah yang paling manis pernah kulihat. Mungkin saya perlu satu juta perkataan untuk membayangkan perasaan nikmat memeluk Azalea . Saya sudah dapat kembali mutiaraku yang hampir hilang.

"Selamat tinggal si Comey bisikku. dia memelukku erat sambil ketawa kecil. dia sembamkan mukanya ke dadaku, senyumnya semakin melebar. "Ibu Comey tidak akan ke mana, katanya sambil menekan dadaku dengan jari telunjuk. " Comey akan selalu berada disini".

Tiba-tiba aku rasa ingin menangis, Azalea tentu mendengar sebak dadaku kerana dia memelukku lebih erat lagi. "Nah betulkan bisiknya.  Airmataku sekarang sudah mengalir dengan bebasnya. seketika itu aku rasa selaput mataku telah terbuka dan aku boleh melihat dengan jelas. Dalam pelukanku ialah sekuntum bunga Azalea yang baru mula mekar.

Siaran News sabah times 17hb Feb 2019




No comments:

Post a Comment