Monday, 1 October 2018
TANGISAN AKINABALU
Hari ini sempat menonton filem ini di pawagam Keningau, rasanya sudah berpuluh tahun tidak masuk pawagam, seingatku kali terakhir pada tahun 90han pawagam di Kuala Lumpur, "Tragedi Oktober". Ingat sangat tajuk itu.
Tangisan Akinabalu akhirnya berjaya memujuk hati ini memasuki pawagam disaat hujung minggu. Jika ikutkan hati waktu hujung minggu ini adalah waktu2 yang terlalu mahal untukku korbankan dengan aktiviti luar apa lagi jika hanya sekadar menonton filem, kerana aktiviti ku dirumah yang berlambak sentiasa menunggu untuk diselesaikan.
Selesai menonton rasa tidak rugi jugalah, ternyata filem ini berbaloi untuk ditonton kisahnya cukup meruntun kalbu. Watak Salina Gomez malaysia mencuri perhatianku saat rakannya ditimpa runtuhan batu dan meninggal ditempat kejadian, tangisannya buat jantungku berombak kencang diikuti air mataku jatuh berlenangan dipipi. Rasa tak puas pula menontonnya, nak sambung lagi hingga puas. apa pun tahniah kepada barisan pelakon dari negeri bawah bayu kerana berjaya menghidupkan watak2 dalam filem tersebut tidak membosankan. Itu pandangan peribadiku saja ya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment